nurinkhairi: Bagaimana Kami Jimat Untuk Kos Lantai/Flooring

28 October 2014

Bagaimana Kami Jimat Untuk Kos Lantai/Flooring

28 October 2014
Entry ni sepatutnya bertajuk: "Bagaimana Kami Jimat Untuk Kos Lantai dan 'Get The Most Out Of Our Money' " . As I always said in my blog posts, my Hubby and I are different in our way of thinking: most of the time saya suka berjimat, sedangkan Hubby jenis yang takpe belanja lebih sikit asalkan berkualiti dan 'good value'. Lama2 I tried to adapt to his ways, tapi mesti berpada2 while still exercising my thrifty skills. 

We are different in so many ways :)

Sebelum saya mulakan, advice kepada sesiapa yang baru membeli rumah dan belum start proses reno/masuk rumah, hindarkan dari tergoda dengan benda2 yang 'kehendak'. Sebab baaaanyak lagi benda 'keperluan' yang perlukan duit dan essential sebelum masuk rumah. I'm speaking this from experience, ladies: Unless you have duit berkepuk2 tak terhabis, the most mundane things seperti grill, lampu keselamatan/floodlights, lampu, kipas.. perlu diutamakan berbanding wallpaper, built-in wardrobe yang diingin2kan tu, ataupun flooring. Yes, FLOORING! Itu yang nak saya perkatakan hari ni.

My husband might argue that tukar lantai baru ialah satu 'keperluan' :) Sebab tapak kaki dia asyik melecet je jalan dekat lantai parquet di tingkat atas hehe.

Kedua, sedikit background. Kami ada sign up untuk buat laminate flooring pada bulan April 2013 dengan Inovar Flooring. Dah lama tuu.. setahun setengah dah. 

sumber
Laminate flooring ni ialah jenis lantai menggunakan interlocking system. Takpayah gam, simen ke apa.. Senang pasang dan senang kalau decide nak cabut later. Of course la jauh lebih murah daripada lantai kayu, tapi ada la fefeeling ala2 kayu kann.. 

Kami pada mulanya cadang nak install flooring ni di keseluruhan tingkat atas. Untuk info, tingkat atas kami ada terbahagi kepada beberapa ruang: master bedroom, ada walkway yang menyambungkan master dengan family area, ada family area, dan ada 3 bilik kecik.

Oleh sebab time is running out and we had 1.5 years worth of booking yang belum direalisasikan, kami contact Inovar Floor, cadangnya untuk start with the business. It's not the best timing, dengan planning kitchen cabinet underway, it was definitely not the best timing for a 'kehendak'.

Ketiga, ini adalah T&C daripada Inovar masa kami sign up, ini harga untuk pakej floorboard yang bernama Traffic Zone:

1. Perlu install >500 sqft untuk menikmati harga promo RM 6.90/sekaki persegi
2. Kalau install kurang daripada 500 kaki persegi, harga naik jadi RM 7.60/sekaki persegi (harga sebenar ialah RM 9/kaki persegi)
3. Kalau install kurang daripada 300 kaki persegi, bukan sahaja harga ialah RM 7.60, malah dia akan surcharge kita RM 300!
4. Tapi kalau install kurang daripada 100 kaki persegi, dia tak guna rate2 di atas, tapi akan charge lump sum price. Tak pasti lump sum tu berapa harganya

T&C dia agak strict kan?

So this was what I did to try to save cost:

1. 'Economic Analysis' menggunakan Microsoft Excel (engineer dgn Microsoft Excel tak boleh dipisahkan hehe)


Tujuan utama saya buat ni sebab nak analyse pakej mana dan ruang mana yang kami nak install flooring, dan compare dengan berapa RM yang perlu dibelanjakan for the next few months. Then we asked ourselves if we have the money, or if have extra money to install at more places?


Pakej yang kami berkenan ialah pakej Traffic Zone. Tapi, kami menimbangkan pakej yang lebih murah iaitu Famili Series and we asked ourselves if we have extra money for more quality product which is the Traffic Zone. The reason why we finally chose Traffic Zone was:

- We felt that cost saving from choosing Traffic Zone over Famili Series is minimal. Maksudnya, tak banyak sangat saving pun kalau pilih Famili Series, sedangkan kualitinya agak berbeza antara keduanya
- Lebih tebal, 12 mm berbanding Famili Series 8 mm. Ketebalan ni mempengaruhi keselesaan semasa pijak dan kurang berbunyi
- Maximum AC rating iaitu AC5, manakala Famili Series AC3. AC rating ialah ketahanan terhadap wear and tear
- Traffic Zone: Lifetime warranty against termite; Famili Series: 10 years warranty against termite

Selain itu, the main promotion daripada Inovar ialah for Traffic Zone. Harga Famili Series lebih kurang je antara >500 sqft atau <500 sqft. 

2. Hack skirting sendiri

Oleh kerana Inovar perlu pasang skirting lantai yang khas, dia mintak kami hack skirting sendiri. Dia suggest guna kontraktor luar instead of kontraktor Inovar sebab lebih murah. Hack skirting Hubby boleh buat sendiri

3. Pasang laminate flooring ni atas parquet yang sedia ada

SA kami tak suggest cara ini sebab takut kalau parquet tu dimakan anai2 yang menyebabkan flooring laminate tu mendap, maka warranty tu tak boleh diguna pakai. Well, we took the risk. Parquet tu kalau nak buang makan masa dan kos upah, obviously. Lagipun, my Hubby cakap ada sorang Inovar punya SA cakap sebaliknya - suggest pasang je atas parquet. Apa2 lah..

4. Negotiate!

Yang ni part penting. Negotiation is the key to fruitful business deal:


(a) T&C dia terang2 tulis booking price hanya valid for 1 year. Kami dah melepasi 1.5 years dah, dan kami negotiate lagi untuk dapatkan price booking extend sampai April 2015 haha. Akhirnya dia bagi sampai Februari sahaja. Itu dah 1 tahun 10 bulan

(b) SA tu tersasul cakap perlu install >400 sqft untuk menikmati harga promo RM 6.90/sekaki persegi. Saya pun "OK!" dengan happy nya walaupun T&C cakap >500 sqft. Turns out that was a 2014 deal, not 2013 - sekarang hanya perlu >400 sqft

(c) What was surprising, and it slipped our mind was that, rupanya sebesar2 company macam Inovar, dia takde installation plan! Sama ada cash, cheque atau credit card. Tapi lepas nego, dia suggest kami bayar ansuran (contoh guna online banking), tapi make sure still adhere to the T&C, which is sebelum install, mesti dah habis bayar 80%. Oo boleh pulak gitu.. bagus la daripada takde alternatif langsung. I obviously don't want to use credit card for that sum of money.


5. Renew our booking 

Pagi hari Ahad terbaca blog Miss N berkenaan sign up with Inovar masa Homedec KLCC minggu lepas. Thanks bebanyak! Memang Hubby ada berkira2 sebelum ni untuk renew booking masa Homedec, supaya kami boleh extend lagi masa installation. Saya tak nak sebab takut harga naik dengan banyak. Alhamdulillah, dapat info from Miss N yang harga dia RM 7.20/psf (naik 30 sen je), dan setelah kira2, kami hanya perlu bayar extra RM 150 sahaja dengan kenaikan harga ni. So memang set la Hubby pergi ke Homedec untuk tanya boleh ke tak renew cenggitu.

Rate tahun ni, Homedec Oct 2014

Rate tahun lepas, April 2013
What was pleasantly surprising was that, lepas dah dapat renew, bukan sahaja kami boleh extend sampai setahun lagi, tapi dapat jugak voucher discount RM 250. Jadi sebenarnya, walaupun kami kena bayar extra RM 150.. tapi sebab ada voucher tu jadi RM 150 tolak RM 250, kami sebenarnya jimat RM 100! Ok la takde la banyak sangat jimat, tapi takde la rugi ye dok.


Kami rancang nak buat bulan March sebab April dah start GST. 6% adalah banyak.. Kena accelerate projek rumah sebelum April, no no no.... 





10 comments:

  1. Salam sis..Rumah baru da siap wiring ke?kalau belum boleh contact sy sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Farah, Inovar floor offers you each component layer is made of material that meets international standards for durability. With a decade of product research and development. For detail review visit:
      http://kidbuxblog.com/quality-flooring-design/

      Delete
  2. luv your entry yg bg tips mcm ni, sgt helpful for us readers. we have so much in common, i.e. being money-smart, and priotizing betw kehendak n keperluan...it was such a refreshing read, tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for dropping by and for the comment, appreciate it..mmg hoping that my posts will help give info to people. teruskan follow my blog ye.

      Delete
  3. As frontier in laminate flooring, FLOOR DEPOT focus entirely in home improvement, expertise in total flooring solution; all remain as foundations of all we do. laminate flooring, vinyl flooring malaysia, laminate flooring malaysia, wood flooring malaysia, flooring malaysia.

    ReplyDelete
  4. Sy ada membuat kerja2 ubahsuai rumah dan pejabat..membina kolam ikan(simen ferro) dan landskap.membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper. Terbuka untuk daerah bangi,kajang,cheras,serdang,ampang,puchong dan nilai. Silah hubungi sy d no 0192945175(amir) atau wsp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  5. Sy ada membuat kerja ubah suai rumah dan pejabat,kolam ikan(simen ferro)dan landskap,membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper silah hubungi sy d no 0192945175 or wssp 01129110298

    ReplyDelete
  6. Sy ada membuat kerja ubah suai rumah dan pejabat,kolam ikan(simen ferro)dan landskap,membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper silah hubungi sy d no 0192945175 or wssp 01129110298

    ReplyDelete
  7. Sy ada membuat kerja ubah suai rumah dan pejabat,kolam ikan(simen ferro)dan landskap,membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper silah hubungi sy d no 0192945175 or wssp 01129110298

    ReplyDelete
  8. Pening kepala baca sbb campur malay n english..huhu campurization terlalu bnyak..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...