nurinkhairi: Jalan2 Kyoto Day 2 - Perkampungan Arashiyama

27 October 2014

Jalan2 Kyoto Day 2 - Perkampungan Arashiyama

27 October 2014

Day 2, Ahad, 18th May 2014

Cuaca yang indah, rancangan pada hari ini as per initial plan iaitu ke bahagian north-west Kyoto: daerah Arashiyama. Tempat ni sebenarnya perkampungan yang agak besar, ada attractions macam temple (and they have lots of them! Most of the temples kenakan entrance fee untuk masuk, dalam 500 Yen gitu per person - RM 15), ada tasik yang indah, taman, rumah2 orang sepanjang perjalanan etc. 

Masa mula2 survey tu, Allah cantiknya tempat ni. Rasa macam nak cover semua je..tapi bukan senang tu nak cover semua. The best way untuk cover kawasan ni ialah sama ada jalan kaki, atau sewa basikal. 

Daerah Arashiyama ni public transport dia tak de la berapa variety sangat. Train hanya stop bahagian selatan. Manakala banyak pemandangan yang cantik2 dekat bahagian utara. Lepas survey2 dan dapat info yang sangat berguna daripada blog ini, nekad untuk naik bas ke bahagian utara, dan jalan kaki make our way to the south. Ikutkan blog tu boleh sampai ke bawah dalam masa 75 minit non-stop. We did not even come close.. we took 5 hours to complete!! Sudah pasti la, sebab asyik berhenti tengok itu ini..ambik gambar lagi!



Jalan kaki selama 5 jam

Ada jugak pikir amik basikal memandangkan penat kott nak jalan kaki. Ambik basikal yang ada tempat letak budak. Tapi akhirnya tak jadi, sebabnya tak pasti lagi kalau cik Aisyah nak duduk situ, selamat ke? Nanti boleh ke cepatkan perjalanan, atau lebih melambatkan? Aish..gitu ler kalau dah jadi mak pak ni..nak berjalan sangat!

Bas kami berhenti depan temple ni, nama Otagi Nenbutsuji temple. Tu..Ada 2 ekor setan yang menunggu

Ada rumah2 kampung
Ada sawah padi..eh sawah gandum


Ada kedai souvenir. Terkenal dgn produk buluh
Ada kedai lagi

Tak banyak tourist pun yang kelihatan. Mostly locals yang buat kerja masing2, ada yang sedang pasang kabel, nak pergi temple, ada yg sedang joging..

Locals mengangkut buluh

Bahagian utara tenang je dan tak banyak tourist. Bila approaching southern part, mak aih, Sunday weekenders..!
The famous Arashiyama bamboo trail. Jalan yang penuh dengan pokok2 buluh menjulang tinggi. Ramai orang - nak selfie pun tak boleh hehe

Pemandangan tasik di jambatan Togetsukyo


Harus la kepenatan lepas dah sampai ke selatan. But the views were priceless. Taktau dapat kekuatan dari mana berjalan selama 5 jam with a daugther in tow. Alhamdulillah no cranky Aisyah or mummy :D

Terima kasih kerana membaca.. kat bawah ni ialah spesifik untuk sapa yang planning ke Kyoto sahaja :)

_________________________________________________________________
Guide untuk ke northern part of Arashiyama

Note: Sebelum itu, sapa yang dah research utk ke Kyoto should know that there are travel passes such as:


  • Kyoto City Bus All-Day Pass (unlimited City Bus travel for one day),
  • Kyoto Sightseeing One Day Pass (unlimited Subway and City Bus travel for one day),
  • Kyoto Sightseeing Two-Day Pass (unlimited Subway and City Bus travel for two days)

Sebelum March 2014, kawasan Arashiyama tak boleh guna travel passes macam kat atas. Malahan Kyoto City bus tak lalu pun kat situ, yang lalu ialah Kyoto Bus (kira macam bus masuk kampung laa). Banyak website tentang Arashiyama belum update pasal the fact that Arashiyama sekarang dah boleh guna bus pass ni, contohnya website ini



Tapi sekarang dah boleh guna travel passes ni, jadi boleh la combine your day trip dengan benda lain. Lebih berbaloi kalau nak naik bas ke bahagian utara. Cara2 ke Arashiyama belah utara macam itinerary kami:

- Beli mana2 travel passes antara tiga yang tertulis kat atas tu, beli kat Kyoto Information Centre dalam Kyoto Station 
- Ambik Kyoto City Bus nombor 72 atau 74 kat Kyoto Station. Pergi ke stesen bas nombor C6

- Timetable untuk bas 72 dan 74, better check dekat bus stop satu hari sebelum berlepas. Website dia in Japanese sahaja. Ada bas seawal 6-7 pagi, frequency bas setiap 1 jam ada 2-3 bas rasanya
- Perjalanan dari Kyoto Station ke bahagian utara dalam sejam. Kami haritu berhenti kat stesen nama "Otagiji-mae". Cek jalan belah kiri, you should see this temple yang dalam gmbr no 2 in this post. Sebenarnya nak stop awal sikit pun takpa..agak2 dah 55 minit gitu, turun je la hoho
- Boleh ambik JR train dari Saga Arashiyama station utk pulang ke Kyoto Station. Boleh jugak nak ambik Kyoto City Bus to maximise your one day bus pass
- Bus map untuk Kyoto city bus kat link ni

Tips:
- Ada banyak guide map di sepanjang perjalanan so that you know where you are heading
- Kami bawak kompas untuk pastikan yang kami berjalan arah ke selatan (or more precisely, ke arah south-east)
- Ada beberapa website yang tak galakkan naik bas sebab takut traffic jam. Kami pergi pada hari Ahad so memang takde traffic jam, tapi tak pasti weekday macam mana
- Boleh jugak plan untuk stop kat selatan, and make your way up. Kemungkinan untuk mengelakkan tourist yang banyak dekat Bamboo Path, so senang sikit la nak berselfie hehe. Tapi kemungkinan lama2 korang akan jemu dan tak sampai pun atas sebab lama sangat, pastu patah balik hehe. Lagi satu, make sure aware timetable bas, takut terlepas. I tak berani nak jalan dari selatan ke utara sebab bahagian utara less familiar, takut kang tak jumpa pulak perhentian bas dia hehe
_________________________________________________________________________________

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...