nurinkhairi: Gugur PPROM - Mama Redha Pemergianmu Sayang..Tunggu Mama Di Syurga Allah

18 October 2014

Gugur PPROM - Mama Redha Pemergianmu Sayang..Tunggu Mama Di Syurga Allah

18 October 2014
Dah hampir seminggu anak kedua kami meninggalkan kami. Anak yang kami tunggu, yang my lil' Aisyah tunggu, ditimpa dengan khabar sedih apabila saya terpaksa admit ke wad oleh sebab air ketuban pecah. My lil' one did not survive. Hanya doa dan pengharapan yang mengiringi mu anakku..maaf mama tak mampu membawamu ke dunia.


10 Oktober 2014, Jumaat, 3 am
Malam ni saya dan Aisyah tidur di rumah my mum sebab ada pregnancy check up dengan specialist kami di UKMSC. Ini kali pertama saya jumpa dengan dia untuk kandungan kedua, mungkin sebab jadualnya penuh. Oleh itu, pada bulan2 sebelum, saya ke GP atau Klinik Kesihatan. 

Dalam pukul 3 pagi, saya dikejutkan dengan tilam dan seluar basah. Saya dah la sehelai sepinggang je kat rumah mak.. mana ada pad (pregnant kot), panties etc etc. I sincerely thought it was a nuisance incontinence.. tapi peliknya incontinence yang banyak, sampaikan pergi toilet pun tak habis2 lagi. My mum ada panty liners dan saya jumpa panties brand new amongst my kain2 yang masih tinggal di rumah mak. I waited until morning.

10 Oktober 2014, Jumaat, 9 am
My baby was 22 weeks old..dalam 5 bulan. Pagi ke UKMSC agak lambat sebab beli pad, disposable panties.. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama sangat untuk jumpa my specialist. Kami bincang2 tentang my Aisyah (dia jugak yang sambut Aisyah 2 tahun lepas), my husband's medical career, lepas tu doc bawak pergi scan. She saw nothing abnormal, except that dia kata nampak macam uri saya jatuh sikit. Dia explain yang consequence uri jatuh ialah takut dia menutup bukaan serviks, dan terpaksa bersalin ceasar sebab baby tak boleh keluar. Tapi, pada stage macam ni tak perlu risau lagi sebab naturally bila uterus makin membesar, uri tu akan naik sendiri dan akan duduk kat tempat dia yang betul.

Bila dia dah habis scan tu baru saya dengan malu2 cakap dgn dia about my incontinence that started to happen pagi tu. Waktu scan2 tu masih keluar tapi sikit2 je tak banyak macam mula2. Even pagi tu pun takde la tumpah banyak sangat macam burst/broke ke apa. She asked me to open up and dia masukkan satu stick inside the uterus. Lepas tu dia kata, "ni bukan incontinence ni..yang ni air ketuban you leaking". I did not understand the gravity of the event lagi, apa consequence dia. "You kene masuk ward ni". Dia explain pasal air ketuban pecah ni, term medical dia adalah Preterm Premature Rupture of Membrane (PPROM), yang mana selalunya ada 3 outcome:


  • Baby akan keluar sendiri. Meaning, kita deliver la. Bergantung pada berapa umur kandungan kita, the baby may survive or not
  • Baby akan keluar tapi dipercepatkan kerana mother mengalami complication iaitu chorioamnionitis, iaitu infection pada mummy and baby yang dizahirkan melalui demam. Sebab tu pada banyak kali nurse/doctor yang cek saya tanya yang saya ada demam ke tak
  • Leaking ketuban tu stop atau leaking sikit2, dan baby bertahan sampai full term sebelum dia dilahirkan - so specialist tu cakap kita harapkan yang ini lah
Saya memang blur2, kena masuk wad, tukar baju, call husband. 

10 Oktober 2014, Jumaat, 3 pm
Dah masuk wad sejak pukul 11 pagi camtu, ada a couple of doctors datang ambik history. My husband datang lepas solat Jumaat. Kami bincang2 tentang perkara ni, and he explained in more detail about this. Saya tak dapat nak google pun pasal benda ni sebab handphone saya memang mati dari awal. Cuma yang saya dengar daripada specialist saya tu je. Memang rasa sugul je kami berdua menanti, dan berfikir, dan berfikir, dan termenung... Saya pasti masa husband saya termenung panjang, dia tau lebih banyak daripada saya tau tentang ini sebab he works in medical line. I am so glad to have his support.

Mula2 saya agak confuse sebab dimasukkan ke wad government. Bukan apa, sebab medical coverage saya membolehkan saya ke bahagian wad swasta di UKM. Tapi kami trust the doctor's judgment in bringing us to government ward. Sebabnya, kat sini lebih dapat perhatian daripada doctor2 dan nurse2 memandangkan the proximity of the patients dan kekerapan ward rounds. Tambahan pulak dah nak menjengah weekend, klinik pakar di UKMSC tu tak bukak pun. Decision for Prof to bring me down to govt ward showed that this is a serious matter. 

11, 12 Oktober 2014
Hari2 sugul semasa duduk di wad. Husband tak dapat teman sebab wad govt. Macam2 masalah pulak yang timbul masa dalam wad. Mulanya tentang guarantee letter AIA card saya masa saya buat pregnancy check up dengan specialist di UKMSC pada hari Jumaat lepas. Panjang cerita dia.. Kemudian problem dengan my internet provider sepanjang berpindah di rumah baru, iaitu U Mobile. Cerita ni pun panjang tapi sampai kena buat report polis sebab ada nama orang lain pada IC saya. Tapi kedua2 masalah yang menuntut saya untuk hadir untuk selesaikan masalah, tapi saya tak boleh keluar! Husband sangat sabar tolong settlekan semua masalah pada weekend tu jugak, sebab dia kata tak nak saya stress..kena relax and bedrest je. 

Saya macam dilema..sebab bila keluar air ketuban, bila baca blog, disarankan minum air banyak untuk replace lost air ketuban. Tapi kalau minum banyak, nanti you will pee more, and had to go to toilet more frequently..meaning, kena gerak dan maybe increased risk of infection (remember the chorioamnionitis yang I cakap tadi?) daripada toilet. Sharing toilet is not the most hygienic place. But when I asked my husband and doctor, diorang cakap minum macam biasa je. Lagipun, yang kita taknak ialah pertama sekali infection. Bila takde infection, dan bila air ketuban tu dah tutup dan tak leaking lagi, ada caranya untuk tambah semula air ketuban.. through medical procedure (I heard la from doctor, taktau betul tak), or naturally la. So, memang saya kurangkan pergerakan. Solat di surau pun secara jamak dan duduk atas kerusi. Toilet dan surau pun tak jauh, a few steps away je pun.

12 Oktober 2014, Ahad, 6.30 pm
Masa Husband dan keluarga saya lain datang visit, saya dah ada rasa pelik. Perut rasa kurang senang sikit, but very very mild. Saya baring sebab nak duduk senyap2 untuk pastikan kenapa. 

12 Oktober 2014, Ahad, 8 pm
Lepas habis waktu melawat, I decided to sleep. Hujan kat luar. I had my sleep mask on, selimut hospital memang saya standby dua (sebab saya cepat sejuk, tak tahan air cond sangat kadang2), lepas tu saya tidur lepas solat Maghrib jamak dengan Isyak. I told doctor who did the round, that I had a very mild sakit perut, tapi tak pasti apa. Kadang2 je ada. Dia kata, kalau ada lagi nanti, cakap lagi. So I slept on it and had a sleep.

12 Oktober 2014, Ahad, 11.45 pm
Saya dah start terjaga sejak pukul 10 lebih gitu..having had sakit perut lagi. I had thoughts whether to tell doctor or not, or just wait until morning. The main reason to wait until morning pun sebab husband saya boleh datang..ada ke camtu..

But I decided to tell anyway. Bukaan dah 1 cm rupanya. Start pukul 12 lebih gitu, sakit perut makin kerap. Ah, contraction la ni! Memang dah rasa cemas. Nurse cek temperature dah 38.5 deg C - demam. I was in denial, I kata I tak demam, sebab badan saya memang jenis badan panas. Padahal masa pergi toilet dalam pukul 10 pm, dah rasa pelik sebab menggigil2. Dahla tidur selubung dan hujan kat luar. 

Kandungan saya 22 minggu. Kalau terpaksa melahirkan sebelum 24 minggu, baby tak akan survive. After 24 weeks, usually ada kemungkinan boleh survive tapi kena administer lung, dan macam2 lagi. Bila saya dengar doc cakap camtu, menangis berhamburan. Terasa macam saya bermimpi ke? Betul ke ni? Tambah lagi bila doc cakap nak bagi antibiotic untuk kurangkan infection, saya tanya untuk baby? Doc kata untuk saya..sebab baby kalau lahir takkan survive. Mak mana yang tak sedih sangat, sambil terbaring menahan kesakitan. Husband takde at your side.

13 Oktober 2014, Isnin, 3 am
Wheeled into labour room dalam pukul 3 am. I am a low pain tolerance person, so I was writhing in contraction pain tgh2 malam sambil patients lain sedang tidur. Mummies yang bersalin mesti paham sangat kan rasa contraction, sakitnya yang teramat. Walaupun saya memang memilih bersalin dengan epidural, dua2 pengalaman bersalin saya masih perlu mengharungi sakit contraction. Yang pertama sebab anaest oncall tak jawab telefon so kena tunggu pukul 8 pagi anaest lain masuk keje.. Manakala yang kali ni sebab, bila demam, itu petanda infection dah masuk dalam badan dan effect baby and mummy. Kalau inject epidural, doc on call kata ada kemungkinan besar akan infect tulang belakang and risk to your life. I had to endure the labour pain.

I called up my husband, suruh dia cepat. 

13 Oktober 2014, Isnin, 4.55 am
I delivered my baby. Ceritanya dalam labour room tak perlulah saya ceritakan, memandangkan saya berkongsi pun sekadar untuk share some of the pengajaran/info untuk mummies2 yang dikasihi (contohnya, if you ever experience leaking water yang tak habis2, it's probably air ketuban/liquor, bukan urine! It is really serious and you should go to emergency as soon as possible!).

My baby did not survive, she was very small and looked very peaceful. 

Anak mama..mama redha pemergianmu sayang. Kamu telah dijamin syurga, sayang. Mama berdoa dan berharap setiap malam dapat bertemu dengan anak mama dalam mimpi dan anak mama memanggil dengan panggilan "mama". Tapi kalau tak dapat, mama abah jumpa anak mama di syurga ye sayang.

Setiap hari asyik terkenangkan anak mama terutama sekali apabila keseorangan. Mama redha sayang..Allah knows best. Segala rancangan Allah adalah sebaiknya.

_____________________________________________________________________________
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa  Rasulullah saw bersabda:

"Anak-anak kecil Islam (yang meninggal sebelum baligh) akan menjadi pelayan2 syurga yang akan menemui kedua orang tuanya. Ia pun memegang pakaian mereka dengan tangannya. Ia tidak melepaskannya lagi sehingga Allah memasukkannya bersama orang tuanya ke syurga"

(HR Muslim) ______________________________________________________________
Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki syurga. Tetapi mereka memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:
“Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu”.
Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.
“Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami”.
Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah Yang Maha Mengetahui:
“Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”.





11 comments:

  1. Memang bergenang air mata...banyak banyakkan bersabar k..semua yang terjadi itu ada hikmahnya...dan Allah bagi ujian pada yang mampu....yang pastinya memang akan tunggu di syurga....insyaallah...


    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yang menjadi kekuatan saya..jaminan itu..

      Delete
  2. Takziah.bgenang air mata.tabahnya u dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa tabah..dalam hati Allah je yang tahu betapa seksanya. lagi2 kalau dok sorang2...

      Delete
  3. Nurin...

    Salam takziah...
    Cekal
    Dan selalu pikir positif...

    ReplyDelete
  4. Malam ni bukak blog nurin. Takziah nurin. Allah uji pd mereka yg kuat dan Dia syg. InshaAllah bertemu lg dgn si comel tersayang di syurga.

    Actually sy pernah laluinya jgk masa pregnant ariana. Air ketuban mcm leaking n maauk wad. Doc pun dh bg injection (lupa nama utk prepare lung baby yg belum ready kalau bersalin awal), ada contraction etc. mmg menangis je. Cuma doktor minta rehat, jgn sedih/stress. Dh tertulis ariana smpt bersama kami, slps dua mggu di wad, sy boleh blk, tp bedrest smp bersalin 36mggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      oh..lama ke bedrest nye.. betul, waktu kat wad tu husband saya byk tolong, kebetulan masa tu byk masalah dgn insurance lah, dgn broadband la (kes kecurian identiti sampai kene report polis), husband saya tolong settlekan semuanya sbb taknak saya stress kat hospital. tapi dah takdir tak dapat survive.. saya baca ada orang yang bedrest berbulan2, berhenti keje atau cuti tanpa gaji. u keje sendiri kan..mungkin ok..

      apa saja untuk anak tercinta kan? :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...