nurinkhairi: Jalan2 Kyoto Day 1 - Membuang Masa & Night-Time Window Shopping

24 October 2014

Jalan2 Kyoto Day 1 - Membuang Masa & Night-Time Window Shopping

24 October 2014
Alhamdulillah, berkesempatan untuk sambung cerita travel ke Kyoto. Dah berbulan2 kepam cerita, masa takde!

Day 1, Sabtu, 17th May 2014

Hari pertama tiba kat Nagoya, semua initial plan yang dibuat kat Malaysia hancurr. Oleh kerana lambat kat imigresen kaunter dan kelaparan (makanan bawak dari Malaysia masih dalam beg, susah nak bukak), maka kami tak jadi jalan di Nagoya. Lepas makanan di restoran makanan halal di Nagoya Towers (bersambung dengan Nagoya Station, nama kedai dia Maharaja), kami terus ke Kyoto. 





Harga set meal ialah JPY 1000 (RM 30) utk promo lunch hour. Makanan India, boleh la.. Ambik set meal promo JPY 1000 dgn set meal biasa JPY 1500

Travel ke Kyoto ambik masa 3 jam dengan syarikat train Kintetsu Train, setakat yang murah je train pass yang kami beli. Stop sampai 2 kali, train melencong sana sini baru sampaii. Kalau nak naik bullet train, boleh lah sampai dalam 40 minit tapi harga pun mahal la.


Kaunter tiket Kintetsu train di Nagoya train station. Kalau datang dari Nagoya Airport (naik Meitetsu train), Kintetsu train ni adalah di bangunan sebelah. Kena cross jalan sikit, tapi jalan lobby je, bukan jalan raya

Abaikan cik budak yang tengah tengok Upin Ipin ataupun yang tgh tidur tu. Nak tunjuk keluasan kat dalam train Kintetsu ni

Kyoto Station pada petang Sabtu dgn lautan manusia, budak2 sekolah pun ada


Sampai Kyoto kene check Kyoto Tourist Information Centre dulu. Tengok tu beg yang I carry..tu beg yang medium size. Backpack versi large size encik Hubby yang angkut. Gigih kami angkut dgn ada anak kuat merengek asyik nak mendukung je..

So apa mau buat first day? Kami solat2, makan, dah malam baru keluar explore. Destinasi pertama yang tourist friendly untuk berjalan malam ialah shopping la. Aihh..masa keluar dah malam, mostly kedai tutup pukul 8 rupanya! Kami ke Teramachi dan Shinkyogoku shopping area (terbelit lidah nak sebut), ada kedai yang masih bukak, ada yang dah hampir nak tutup.


Teramachi shopping arcade

Shinkyogoku shopping area yang bersambung dgn Teramachi shopping arcade

Kedai game bukak la

Kami kat sini sampai 2 malam - the next night pun pergi sini lagi. Beli souvenir je banyak. Entry lain kali. Next post sambung Day 2 :)





2 comments:

  1. Tak pe next time boleh repeat Nagoya lg... He He He.... Teramachi Shopping Arcade tu lebih kurang macam Osu Kannon di Nagoya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi next time nak pegi tokyo lak huhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...