nurinkhairi: Pasang Grill Rumah - Khidmat E Neng dan Three Kim

17 October 2014

Pasang Grill Rumah - Khidmat E Neng dan Three Kim

17 October 2014
Alhamdulillah sejak bulan Sept lepas, my husband dah pindah ke rumah baru. Saya pulak mula pindah mid Sept, lepas tu atas sebab tak dpt dielakkan, moved back to my mother's house, dan officially masuk balik rumah baru sejak 1 Oct. Rumah masih serba kekurangan - takde lampu siling kat certain places mcm ruang tamu, bilik master still pakai kipas berdiri, apatah lagi kitchen cabinet mahupun wardrobe. "Still living out of cardboard boxes" bak kata cik nurinkhairi (saya ler tu).

Tapi antara paling awal yg dah agak lama kami buat sebelum pindah ialah pasang grill. We did it in 2 phases dgn sikit jarak masa between both; partly sbb bajet duit n partly coz we had two grill contractors. Grill tingkat bawah kami guna khidmat E-Neng Marketing, we found them kat expo. Lepas tu Hubby berkenan dgn Three Kim Metal Works punya company sbb banyak good review dalam lowyat and ada facebook page yang aktif, selalu upload latest project. So we used them later utk grill tingkat atas.



Utk semua grill, kami tambah elemen bunga2 tu. Selain nampak cantik, tambahan welding bunga tu utk added security. Especially kalau mild steel n kelebaran tingkap tu lebar, grill jadi panjang n pastu takut senang pencuri boleh lentur utk masuk. So rumah yg tingkap/pintu lebar2 kena careful. The more welding points you have, the better. Bila survey grill contractor, cek kekemasan dan kekukuhan welding dia. Ada kontraktor yang buat welding dia tak kemas.. ada yg letak bunga bagai, tapi welding kat atas bawah je, camtu tak guna jugak for added security reason.



Boleh senang lentur ke tak pun, it depends pada jenis grill yang dibeli.. ada yang solid, ada yang hollow. Yang hollow ni senang lentur/bengkok so that pencuri akan squeeze through, manakala tapi yang solid pulak senang patah kalau pencuri ketuk. Kat bawah ni Madam kat Three Kim tu tunjuk cross sectional area jenis2 grill dan ketebalan dia.

Contoh grill kat Three Kim


Untuk tingkat bwh kami ambik jenis powder coating sbb Hubby yang nak, tahan karat. Ikutkan nak yang biasa je, rumah mak I yang wrought iron je takde karat pun hehehe. Untuk tingkat atas, ambik jenis wrought iron biasa and bunga dia lebih simple.

Macam biasa la, lagi fancy your grill, lagi la mahal. Kalau nak kerawang bagai, lagi la mahal (tapi susah nak lap tuu). Kalau nak yang solid metal, lagi mahal dan berat. Kalau nak yang je is galvanized hot dip, lebih tahan lama dan tahan karat. Untuk tingkat bawah, kami pasang angle bar. Harga tambah sikit tapi nampak lebih kemas sebab tutup edge of the window. 

Grill with angle bar

Gambar kat bawah ialah grill yang tak pasang angle bar. Nampak kan beza dia dgn yang ada angle bar?Kekemasan angle bar boleh menutup imperfection pada tingkap yang developer buat. Kalau camni, berlekuk2 tingkap developer tu taram. Yang ni grill tingkat atas yang serba serbi lebih jimat daripada bahagian bawah.

Grill takde angle bar
Puas hati dengan servis kedua2 contractor grill. Cat elok, grill punya pusingan smooth takde tersekat2. Masa Three Kim pasang, ada satu yang tersekat bila dia mula pasang, lepas tu dia betulkan balik. Penting untuk cek semua tu. 

Saya tak pasti servis pemasangan daripada E Neng Marketing, sebab waktu tu hanya husband je yang ada. Office dia ada kat Shah Alam dan Puchong. Klik sini for more info. Kami lawat showroom dia, and it was a good showroom display of their workmanship, bukan sekadar grill sahaja. Tangga, metal ornaments, bangku pun ada.

As for Three Kim Metal Works, showroom dia kat Kajang. Ni link facebook dia. Company ni banyak interaction through facebook, even our quotation pun guna nama username facebook. Showroom dia kat Kajang, but hard to find kalau dalam GPS. Check facebook dia untuk GPS coordinate yang tepat. Showroom dia bukan macam showroom biasa yang kita pergi.. it is just a very shabby shoplot. Takde signboard company, takde presentation yang menarik. Tingkat bawah dia ialah small workshop untuk pekerja dia buat kerja. Tingkat atas ialah office dia yang memang buruk amat. But that was the very reason why we were convinced. We were convinced that they were good and well-recommended, solely sebab servis yang bagus. Takde cost untuk upkeep sangat, dan cost saving tu pass kat customer.

Percaya tak, even waktu installer dia datang pasang, kami masih lagi berbaki dalam RM 2000 lebih. Kami dah cakap awal2 that we won't be able to pay so soon, therefore better install lambat sikit. Tapi dia kata takpe dia siap awal, sebab later dia ada queue job lain manakala time tu free sikit. Dia kata ok install dulu; bayaran later. Bayangkan dia dah siap install, I sampai bayar about a month later kot! I would not have that kinda trust with other company. I pulak pun rasa bersalah terbayar lambat - lupa!

Would not suggest you do the same, but truly recommend the service. Waktu dia install ni, installer dia datang dalam 3-4 orang, kami sebab keletihan, tertidur sambil diorang pasang. Nasib baik job ok. Fuhh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...