nurinkhairi: Pengalaman Dan Kos Bersalin Di UKM Specialist Centre (UKMSC)

23 October 2014

Pengalaman Dan Kos Bersalin Di UKM Specialist Centre (UKMSC)

23 October 2014
Update 18 Januari 2016: Post terbaru berkenaan pengalaman dan kos bersalin di UKM Specialist Centre (UKMSC) di entri terbaru (LINK)



Masa mengandungkan anak pertama, one of the preparations all mothers kena buat ialah carik hospital untuk bersalin nanti. Kami banyak jugak survey hospital, dan menimbangkan sama ada nak hospital kerajaan atau swasta.. Finally we chose UKM Specialist Centre. The two main reasons why we chose UKMSC were:

  • Nak doktor perempuan!
  • Support untuk kes2 melibatkan pregnancy complications atau paediatrics lebih meluas
Selain tu, kebetulan pulak dekat dgn rumah my mum kann, so memang senang la. 

Service/Support di UKMSC

1. Doktor

UKMSC ialah private wing pada Pusat Perubatan UKM. Yang berminat utk bersalin kat sana boleh pilih specialist dia.  Kalau doktor gynae dia, sebenarnya takde la ramai sangat perempuan pun.. waktu survey 2012 dulu, gynae perempuan ada 2-3 org je, manakala gynae laki nisbah lebih byk. Even my colleague pun deliver dgn prof laki di UKMSC. Kalau berminat dgn UKMSC dan nak amik gynae perempuan, kena book cepat2! They are always fully booked in advance. Kena buat antenatal check up dgn diorang, kalau tak silap, at least dua kali sebelum deliver. 

Oleh sebab nak jaminan deliver dgn lady doctor, kami sign up dgn UKMSC even though masa tu saya belum sign up medical card my company yang membolehkan perbelanjaan hosp dibayar. Ingat senang nak bersalin lady doc?? Kami gigihkan diri simpan duit..



I deliver anak pertama Aisyah dgn Prof Azurah. She is a gentle doctor, pleasant character, soft spoken. Bila dia jahit (episiotomy) ok je. Bila mengandung anak kedua, lepas dapat tau bulan 6, terus kami call buat appointment dgn UKMSC. Assistant situ kata the earliest check up bulan 10! Maknanya waktu tu dah masuk kandungan 5 bulan baru boleh jumpa Prof. When I told her earlier last week yang kami tak dapat buat check up dgn dia sebelum bulan 10 sebab dah penuh, she was quite surprised. Pengajarannya, next time kena call dia sendiri ataupun assistant dia sendiri ke, utk arrange appointment sendiri kalau mmg nak dari awal. Oleh sebab dah pernah keguguran anak kedua, saya rasa penting untuk follow up dgn doctor tetap dari awal, takut masih berisiko..huhu.

2. Nurses

Depending on your case, mungkin you akan masuk wad dulu atau terus ke labour room. Masa bersalin Aisyah, I terus dari rumah ke O&G emergency..cek2 terus kena masuk labour room. Kat labour room, nurses yang attend are from the government wing. Labour room kat tingkat 1, sama je yg sign up govt ke private ke akan pergi labour room sama. Saya emphasise ni sebab takut ada orang yang tak tau, sebab mungkin ada yang nak layanan kelas pertama sepenuhnya, mungkin tak dapat ye. 

Tapi ikut pengalaman dah deliver 2 kali kat labour room tu, nurses dia baik2 saja. Nurse yang attend kami tu ada sorg tu both cases dia jugak..we remembered her face. Muka ceria je. Cuma yang saya ingat masa deliver anak pertama, I biasa ler..ala2 first time mother, tak tahan sakit, mana ler nak tau jgn jerit sangat nanti takde tenaga. Plus I akui memang low pain tolerance. Ada dengar sorang nurse tu remind kawan2 nurses dia  yang saya "dari tingkat atas" (meaning, from private wing). Kira rasa special la jugak..heh nyampah. 

Waktu bersalin anak kedua, masuk labour room tak lama, waktu tu kami under govt wing, tapi layanan nurse tak buruk pun, baik2 je.

Macam saya katakan, kelebihan utama bersalin di UKMSC ialah dua points kat atas. Kalau nak fully kelas pertama boleh sign up kat Ampang Puteri ala2 Rozita Che Wan :)

 3. Labour Room

Husband boleh masuk untuk support. Most of the time, nurses takde pun so kita dok kat situ menahan contraction. (Yela kadang2 nak tunggu deliver berjam2). Macam biasa, boleh turun labour room bila bukaan dah 4 cm. Pergi balik dari wad nurses UKMSC yang akan ambik. 

Kat labour room waktu anak pertama, we were asked nak ambik epidural ke tak, and I agreed. Tunggu punya tunggu, anaest on-call tak angkat2 telefon (waktu tu pukul 4-5 pagi gitu). So that was probably my only bad experience masa bersalin anak pertama, sbb kena menahan contraction sampai anaest lain masuk keje pukul 8 pagi. 

Labour room besar dan kalau tak silap for emergency cases lepas deliver macam nak bagi baby life support, incubate dsb..boleh buat dalam labour room tu sendiri so kita boleh tengok sendiri kalau nak. Or else, boleh mintak husband you follow to another room. Check back with UKMSC if you nak survey to that detail.

4. Support dari PPUKM 

This comes back to my second point. Kelebihan hospital kerajaan, support untuk high dependency cases adalah bagus. I have experiences from relatives yang kena admit sebab sakit lain, dari swasta macam Ampang Puteri last2 pergi ke Hosp Ampang jugak. Tak semua pregnancy dan proses melahirkan anak tu berjalan lancar. Ada yang problem waktu pregnant, ada yang masa tgh nak lahir, ada yang masa baby dah keluar. We particularly chose this hospital sebab dia ada paediatrics support daripada govt wing. Kalau hosp swasta, belum tentu lagi dia boleh support high dependency paediatrics cases yang memerlukan kena warded. Please correct me if I am wrong.

Kemudahan

Bilik wad


Abaikan kesepahan bilik ni

Ni gambar2 bilik masa melahirkan anak kedua, Wad Baldu. Kami dok sini 1 malam, manakala the first 3 nights duduk di wad biasa (high dependency case). Ada toilet sendiri, tv (Astro macam rosak), peti besi (boleh muat laptop), ada almari, side table dan sofa. Water heater pun macam rosak time kami kat sana. Sleeper bed untuk Hubby charge extra. Cost detail scroll kat bawah.



Sleeper bed yang kena charge extra RM 15/night. Ada almari, 2 hanger dengan peti besi. Sejadah pun ada. Kiblat husband kena tanya nurse kat luar
Ada pilihan menu hari2 dia akan hantar satu hari sebelum. Dapat bilik private, tak perlu kena pakai tudung selalu, tapi kena aware jugak orang ketuk pintu sebab kadang2 orang yang hantar makanan adalah org lelaki. Tapi selalunya wad dia ada langsir yang boleh menghalang pemandangan daripada pintu terus ke katil


Ada langsir kat kiri gambar ni, gambar diambil dari pintu masuk wad. Boleh tarik langsir ni kalau takut ada laki masuk je. At least ada time nak pakai tudung
Menu

TV

Kos Bersalin
Yang ni masa 2012

 
Kos ni masa 2012. Hehe

Yang ni masa 2014. Oleh sebab 2014 kami guna medical card AIA, strangely dia tak bagi detail kos semua. Hanya kos untuk sleeper sebab yang tu tak cover dalam medical card i.e. kena bayar sendiri



71 comments:

  1. medical card AIA maksudnya insurans kan?insurans cover untuk bersalin ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..kalau sign up sendiri dgn AIA saya taktau dia cover ke tak. Saya punya ni ialah benefit dari company. Ada bayar sikit bulan2 dan dia cover cases macam bersalin, hospitalization, pegi klinik biasa demam batuk etc, pegi klinik gigi buat check up etc. yang ni bukan life insurance.. On top of this saya pun ada pru-bsn sbb life insurance ada. Lgpun kalau saya berenti keje dgn company tu, benefit tu xde. Saya takde jumpa lagi insurans yg cover bersalin..confirm pru-bsn takde tapi AIA tak pasti kalau sign up sendiri

      Delete
    2. Puan Maya Asyikin .. semua insurans takaful personal tiada cover bersalin.. AIA kad merah puan Nurin ambil ni adalah daripada insurans kelompok..general insurans melalui company.

      prubsn ada cover komplikasi mengandung tapi tak cover bersalin. AIA takde cover bersalin utk insurans personal.

      Delete
  2. Tq for review. Dah lama mencari esp nak tahu keadaan dlm bilik sbb dok google x jumpa. Just nk tny, kenapa sis dok 1 hari kt ukmsc and another 3 days kt wad biasa ek? Kos 2012 tu bsalin normal ke operate ye? Maaf sbb x berapa paham nk bc report. Hihi. Klu bsalin normal, normally cost rm3000 above la kot ek...

    ReplyDelete
  3. Oo yg pasal dok 3 hari wad biasa tu saya cerita briefly dekat entry lain. Saya dok 3 mlm pertama kat wad biasa sbb gynae specialist saya kat ukmsc yg suggest sbb high dependency case. Saya ada komplikasi bersalin, so better dok hosp kerajaan sbb lebih ramai doktor dan nurse yg ward round, kebetulan pulak time tu weekend. Kat ukmsc, klinik pakar dia tutup masa wiken, jadi mungkin kurang support kat wad ukmsc. Kos 2012 tu normal, ada episiotomy dgn tambah epidural

    ReplyDelete
  4. Assalam sis..sy plan mmg nk bersalin kat ukmsc ni..tp mcm sis ckp..kalo de komplikasi dia hantar gov ward ya..before this sy pernah misscariage..dok kt gov wad dia..not bad..selesa..nurse ngan doc selalu round..dlm dilema..nk pilih mna 1..huhu

    ReplyDelete
  5. baru2 ni sy call UKMSC sebagai preparation utk wife saya. charge bersalin normal dah naik jadi RM5k, utk ceaser dah naik jadi RM7k...tgh pikir kt mana nak pi sbb ikutkan rate ni mmg mahal compare dgn private hospital yang lain...tp yg senangnya sebab rumah sy kt area HUKM ni jer....dan plan nak buat monthly check up kt sini..lebih2 lagi wife sy skrang ade issue fibroid...agak2 la better ke sy maintain kt sini atau g kat private hospital lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. saya pon sama dilema mcm awak.
      saya deliver on july nnti..
      normal dh jd 5k..

      Delete
    2. Hello dear bole share u punya kos dengan pngalaman x with me? I tgh pk nak beranak dekat hukm kr pangai cheras ni...nak tahu kos tahun 2015 ni... If u don't mind.. eanooramaliatalib@yahoo.com

      Delete
  6. Rm7k utk czer kire murahh la tu...swasta lain czer mau rm8-12k

    ReplyDelete
  7. Sy baru je lepas bersalin di ukmsc dgn dr kadir pada 4/4/2015..servis mmg best..total bil rm2900..normal+Vakum+Bilik single 2 malam..ikutkan kos bersalin rm2500 ,tapi anak rm400..so jadi rm2900..x sampai pon rm5k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr kadir ok x?
      saya xdecide lagi nk amik doc mana
      doc pompuan sume x avaialble time due tu.

      Delete
    2. Salam, thanks puteri faezah for info.. Tengok ramai org comment kat sini pasal mahal rasa risau pulak, ingtkn mmg dah melonjak sgt2. Sbb mmg plan nk ke ukmsc shj for future births pun. Dr kadir x tau tapi rasanya kawan saya dgn doc tu. Dgr doc saya prof azurah naternity leave tak lama lg

      Delete
    3. me plak deliver on july nanti..ingat nk book prof azurah, tp dia cuti bersalin.
      skg ni tgh pkir nk book doc mana..
      peningnya lahaii

      Delete
    4. Haah, adik ipar nurin pun x dpt nk deliver dgn dia, sbb nurin promote prof azurah tu. Tu la, x ramai doc pompuan kt ukmsc

      Delete
    5. Sy mmg amek doc laki..doc pempuan ni mcm x best sikit mulut nye..huhu..dok kadir ok..sempoi n cool je..timr jahit boleh borak2 lg..ape2 nk tanye,boleh tanye sbb masih baru lg sy bsalin kat situ..insyallah boleh share dgn mummy semua sbgai rujukan

      Delete
    6. Doc perempuan kat ukmsc fully book..sy dapat doktor kadir..dok paling muda kat situ..mule2 mcm risau gak tp bile da jumpe monthly checkup,cook je doktor nye..mommy jgn risau,semua doktor kat ukmsc tu semua title pakar..yg paling best,waktu dlm labour room,kite akan share jugak dgn patient dari tingkat bawah..so punyelah ramai student praktikal..tapi bilik labour room yg dari ukmsc mmg dorang x kacau..mayb nurse dah inform kot yg swasta ukmsc xleh ganggu..so rasa aman sikit kat situ

      Delete
    7. Puteri faezah..haah, mmg nurse kat labour room akan remind kalau patient tu dari 'tingkat atas' (ie ukmsc, 7th floor tingkat atas). Time saya pun camtu. Sbb saya penah dok hukm wad gomen sbb high dependency case, mmg x best la dikerumuni students pastu dia cite2 kes bersalin kita..uhuk rasa sedih masa dia cerita dpn specialist n students2 lain..pengalsman x best

      Delete
    8. syukur jumpa puteri faezah kat sini,
      thnks sharing da info..
      rasanya mcm nk book doc kadir la.hahaha
      selalu google psl pengalaman bersalin kat ukmsc tp xde yang latest.
      30.4 ni baru nk buat 1st checkup kat sana.b4 ni kat tawakal..saje stnby 2 hospital..

      Delete
    9. Hehe
      Da call utk booking ke??
      Dr kadir ok
      Sy bersalin sabtu tgh malam
      Rilek je dia dtg pakai jeans n tshirt
      Hehe

      Delete
    10. hari ni baru nk cll..
      nk tnyala kalau 1st checkup brp yg kene bayar?
      and checkup stereusnya sampai masa nk bersalin tu?

      Delete
    11. Mule mule call dia bg apointment date
      Nanti dtg laaa time date
      First dtg tu mahal sket
      Saya kena dlm rm250 mcm tu kot
      Pastu next visit dlm rm170,150,130
      Lebey kurang linkungan cmtu

      Delete
    12. salam..
      baru lepas checkup dgn doc kadir smlm..
      dgn dia checkup 2 minggu sekali.
      pastu time petang je..

      awak dulu mcm tu jugak ke?

      Delete
    13. masa awak bersalin awal bulan hari tu, awak ade tanya kos deliver time checkup ke kt doc kadir? atau pakej?

      Delete
    14. ain,mmg jadual dr kadir 2-5ptg..nanti makin besar kandungan,makin kerap jumpa dia..ukmsc takde pakej bersalin..saye takde tanye pon kos bersalin kat doktor kadir sbb doktor pun tak berapa pasti nnt kite akan normal ke czer last minit..so far,ok tak dok kadir?huhu

      Delete
  8. Nurin,kalau wad gomen hukm tu husband leh teman ke tdo sekali??wad dia open ke?
    Sbb ade member tanye kalau kat gomen mcm mane,sy pon x sure

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt hukm gomen husband xleh dok skalu..rasanya semua wad gomen mcmtu

      Delete
    2. Puteri Faezah bill awak dah include gst ke? My Edd next month. I checkup dgn Doc Aqmar Suraya. ..

      Delete
    3. Dah include rasenye..tak perasan lak..gud luck yaaaa for ur edd..

      Delete
  9. Puteri Faezah bill awak dah include got ke? My edd next month ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acom farok:dr aqmar suraya ok x?sy now 5bln..tgh survey nk bersalin kat ukmsc dgn gynae pompuan..tp sy x call buat appoinment

      Delete
    2. due bila? sebab saya due bulan 7, sume doc pompuan x avaialable..
      hu2.
      cuba cll cepat..mungkin rezeki awak ade

      Delete
    3. Due hujung bulan 8.Sy baru call hukmsc.dia ckp time tu nnt dr aqmar suraya je yg available.dua lg gynae pompuan cuti...huhuhu

      Delete
    4. rezeki awak la..
      sebab saya due 24.07..time raya..
      hu3...

      Delete
    5. Tu la tp nurse ckp kena cepat buat appoinment sbb takut full nnt..
      awk selalu check up lame x?ade x smpai kena cuti satu hari?

      Delete
    6. saya checkup kat tawakal..hari sabtu,,
      28.4 ni baru nk buat 1st apoinment kt ukmsc tu..
      saje stnby 2 hospital..
      lagipon hukm lagi dekat dgn umah

      tatau la wak lama ke x.hu3

      Delete
    7. Sy pon skrg check up kat tmc.ingt start bulan depan nk g ukmsc kalo betol confirm nk bersalin sane..betol ke delivery charge ukmsc dah naik skrg?

      Delete
    8. Checkup dia x lama sgt kalau dtg awal. Lgpun parking kat ukmsc tu cpt penuh. Dia kne sign up and ikut giliran dtg. Kadang2 kalau sy giliran ke-6 atau 7 ke, still boleh habis by 10-11am gitu. Xtau la if it varies between doctors ke apa

      Delete
    9. Appoinment ikot time doctor ke mmg 8pg-5ptg?sbb kalo tgk kat website waktu klinik setiap doc berbeza...

      Delete
    10. Setiap doc berbeza. Mcm doc saya orof azurah, dia ada kat tingkat 7 cuma hari jumaat whole day. Hari2 lain dia kerja dekat governmnt wards

      Delete
    11. Oooo kena ikot time doc la ye..awk bersalin normal ke czer?berape kos ye?

      Delete
    12. Sy bersalin normal. Kos ada kat blog post saya ni
      -tuan rumah :) -

      Delete
    13. Checkup x lame pon..kalau dlm kad tulis antara 2pm-5pm,siapa cepat dtg,tulis nama dulu..ikut giliran..setiap doktor ade jadual dia..bukan hari2

      Delete
    14. Nurse kat ukmsc ckp semua prof dan doktor kat ukmsc tu part time kat situ..ikut jadual dorang..hari bukan jadual dorang keje kat bawah,yg govement punye

      Delete
    15. Nuyyul So far doc Aqmar Suraya ok sgt. Sy pun 1st time dgn dia. Try la book dia.
      Klinik doc suraya rabu n jumaat je.

      Delete
  10. Xsure lak gst tuu..Dlm bil xde lak perkataan gst..huhu

    ReplyDelete
  11. Salam semua, sy nak tanye kalo dh 6 months pregnant sempat lagi ker nak register bersalin kat UKMSC? Ade no contact x untuk saya refer?

    Thanks,
    Najwa

    ReplyDelete
  12. Aug 2013 sy bersalin di UKMSC with prof Zainul secara cser due to fetal distress.. Alhamdulillah.. prof sgt OK.. cost bersalin RM 5500.. inshaa Allah 9 Dec 2015 ni sy due for second.. still pilih prof zainul... 1st appoiment 23 Sept nanti..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.Nak Tanya di wad baldu ukmsc, ada pakaian wad disediakan tak.Ke kena pakai baju sendiri (utk ibu bersalin)...1st time nak Caesar kt sni 7/9 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat semua wad di ukmsc ada baju disediakan utk ibu bersalin. Kalau tengok gmbr sleeper bed saya kat atas, ada baju warna purple dlm gmbr tu.

      Delete
    2. Salam Annur Ida, dan tuan rumah.

      boleh sy tahu latest kos untuk bersalin secara Caesar dkt UKMSC? thanks

      Delete
  14. Harini saya baru lepas call UKMS..nurse inform estimated normal delivery RM3k-5k... estimated caesar rm6k-8k... saya book juigak...huhu dgn Prof Amelia... first appt pada 18.12.2015... sape2 ade experience dgn Prof Amelia..share sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak..tuan rumah kat sini. Kebetulan sgt hari ni memang saya tgh mencarik sapa yang pernah ceasar di UKMSC dan brp anggaran harga. Carik kat google tak jumpa yang latest. Macam tak percaya je ada org reply dgn apa yang saya tgh carik2. 6-8k rupanya huhu

      Delete
  15. Assalam smua saya ada trbaca psl kos bersalin di ukmsc.sy pun dr awl treatment mmg pegi ukmsc n under prof zainul,akhir thn lps sy ada wat laproscopy tp memndgkn kos tinggi jika di buat under ukmsc, so sy trfr kes ke govt wing.alhamdulillah dr total RM5k hnya RM 600 total laproscopy trmsk wad di govt wing.skrg sy pun da pregnan n still check up di ukmsc n maybe bersalin pun di govt wing.pengalaman warded di sna alhamdulillah smuanya ok sgt.sbnrya wad private wing n govt wing kt hukm ni 2 2 ok.cuma mcm biasa govt wing xde bilik2 tp wad sgt selesa n xsesak.nurse pun baik2 smpila ke operation theatre,actually if korang mmg under prof dr ukmsc diorg lg aware.so jgn risau.so sape2 yg risaukn kos tinggi bole je bgtau prof yg kita nk bersalin kt govt wing tp still nk check up monthly kt tgkt 7.itu yg sy wat skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear..betul, boleh kalau nak bersalin govt wing, nurin pun baru bersalin dan sebab nurin ada kebarangkalian untuk ceasar, maka nurin pernah jugak pertimbangkan untuk bersalin di govt wing memandangkan kos akan jadi lagi mahal. Tapi kalau tak silap, kalau di govt wing, kita tak boleh la nak pilih doktor, jadinya tak mencapai la objektif (at least objective nurin la) untuk mendapat rawatan dengan doktor yg nurin pilih.

      Delete
  16. Salam semua..saya ada update kos utk bersalin di UKMSC yang terbaru..saya bersalin akhir bulan Disember 2015. Harap bermanfaat.

    http://nurinkhairi.blogspot.my/2016/01/pengalaman-dan-kos-bersalin-di-ukmsc.html

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. husband dan saya memang prefer prof azurah. to me, she is a gentle, soft-spoken lady. utk bersalin saya yang ke-3 (boleh refer post terbaru, link kat bawah), kami sanggup tunggu dia sampai dia habis maternity leave, waktu tu perut dah boyot dah


      http://nurinkhairi.blogspot.my/2016/01/pengalaman-dan-kos-bersalin-di-ukmsc.html

      Delete
    2. Prof azurah umonye dlm lingkungan berapa?dia jahit ade bius tak?dia garamg x sis?

      Delete
    3. Kalau ikutkn pangkat prof dia, rasanya dlm lingkungan awal 40-an. Tapi dia baru bersalin haritu, so mungkin lewat 30-an pun ada kemungkinan jugak. Muka mcm lewat 30-an kot.. Dia jahit guna bius, sudah tentu. Dia sgt gentle la, bukan jenis garang2 atau suka mengomel etc. Saya mcm byk songel jugak sbnrnyr sbb 2-3 kali saya kena masuk wad, tapi dia suruh masuk wad govt tapi saya xnak, nak masuk ukmsc (company yg cover), tapi dia sabo je melayan songel ni. One more, dia ni doc yg play safe, xnak ambik risiko. Good la kalau camtu tapi mungkin ada patient yg x suka, terpulanglah

      Delete
    4. Kenapa sis ckp dia playsafe?contoh?

      Delete
    5. sis.. boleh email nurin? nurinkhairi@gmail.com

      Delete
  18. kalau bersalin di govt wing perlu book awal or just g emergency ? takut kes katil penuh kene tolak2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pernah check up dgn govt wing pun, at least kena ada rekod buku pink dgn klinik kesihatan. kalau tak pernah check up lgsung (selalu kes orang foreigner), memang kena marah la. jadi utk jawab soalan u, pada pendapat saya boleh datang di govt wing (patient assessment centre PAC) tanpa perlu book awal as long as ada rekod dgn klinik kesihatan dan bawak buku pink. husband saya cakap, selalunya klinik kesihatan akan tanya di mana kita plan utk bersalin, jadi org pun nak taknak kena plan jugak la. klinik kesihatan pulak selalunya akan inform pihak hosp yang u akan bersalin di situ.

      tu pendapat saya dan suami (suami saya doktor di hospital kerajaan). wallahualam

      Delete
  19. Hi..saya br bersalin di ukmsc baru ni ngan prof hashim yg cool tu..kos bersalin czer sekrg dh naik yer ke 7k++ compare thn 2013 yg hanya 5k++

    ReplyDelete
  20. Salam, saya baru bersalin normal di ukmsc dgn prof azurah this month (my doc is prof Lim tapi sbb dia outstation masa delivery day,prof Azurah ambil alih).kos utk saya normal + epidural is RM3.5k..sblm bersalin saya survey price utk bersalin di ukmsc skrg ni for normal delivery estimate around RM2k to max RM5k, Czer starting from RM5k to max RM8k.

    ReplyDelete
  21. Salam, saya baru je bersalin di ukmsc bulan ni dgn prof Azurah (my doc is Prof Lim Pei Shan, tapi sbb dia outstation on my delivery day, Prof Azurah ambil alih).kos bersalin total is RM 3.5k (normal delivery + epidural). Sblm saya bersalin saya ada survey pasal harga kos bersalin di ukmsc.Normal delivery starting from RM2k to max RM5k, Czer starting from RM3k to max RM8k. Deposit masa register utk normal delivery is 2k, czer is 3k.

    ReplyDelete
  22. hi, saya baru nak start check up dgn prof zainul tu. tgh confused lagi ni. saya pregnant twins. klu twins c-sect dorang charge double ke sama je?

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. prof shuhaila ok x? siapa ada kos terkini 2016 normal & ceaser?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...