nurinkhairi: Akhirnya Guna Jugak Baby Cot..

11 November 2014

Akhirnya Guna Jugak Baby Cot..

11 November 2014
Duduk rumah sendiri, master bedroom, lebih luas daripada dulu. Dulu, cik Aisyah tidur pun dah macam lompat bintang gayanya, lagi2 kongsi katil queen kami, memang paknya tidur sipi2 katil je la dulu. Kadang2 bentang katil bawah lantai dan pujuk dia tidur bawah..selalunya kena dodoikan dulu sama2 dia. kadang2 berjaya sampai ke pagi, tapi selalunya tengah2 malam Aisyah nangis mintak angkat ke atas semula..

Memang selalu nak kena dipeluk mama saja.. redha je la.. (best kan jadi mak2, most wanted betul :P )

Akhirnya salah satu barang yang tak digunakan yang pernah cerita sebelum ni (LINK), being put to good use sejak pindah.. baby cot!



Untuk gambar penuh 4-in-1 baby cot ni, boleh ke link post saya yang sebelumnya di SINI . Yang bestnya tentang cot ni sebab ianya boleh digunakan sampai budak tu dah besar..mungkin sampai 5-6 tahun gitu selagi dia tak memanjang lebih daripada cot ni lah. Palang2 dia dekat tepi2 cot ni boleh bukak ikut suka kita. Palang dia yang kami bukak, sekarang jadi tempat sementara sangkut telekung..hehe




Dulu masa Aisyah baru newborn, kami letak cot ni kat tengah rumah mak, palang semua siap letak dan pasang kelambu. Tapi pasang kejap je, tak lama. Lepas tu tukar letak atas tilam kat lantai, salah satu sebabnya ialah tangan saya pendek/cot tu tak berapa nak tinggi..jadi bila nak angkat dia tak berapa sampai, kadang2 tak smooth nak angkat..pastu cik Aisyah terjaga lalu menangis lah dia.. Kalau baby tu tidur atas lantai, kan senang sikit nak angkat slow2..terus slip kan tangan under their body je kann.. atau mungkin I yang tak berapa nak gentle huhu..



Cot ni boleh laras ketinggian dia.. Kebetulan laras tinggi dia elok2 je dengan ketinggian katil kami. Sangat penting sebab Aisyah tak boleh berenggang dgn mak dia masa tidur..huhu.



Katil ni pun ada tayar, tapi kami cabut sebab dia macam cepat bergerak. Kalau nak letak tayar, mungkin kena letak carpet kat bawah.



Alhamdulillah bila mintak dia ke 'cot Aisyah' dia memang akan pergi, dia ada bantal dan selimut sendiri. Takde masalah tidur di katil baru dia sejak sebulan kami pindah. Next step ialah untuk cuba dia tidur sendiri tapi tu lama lagi lah..

2 comments:

  1. Nmpaknye kami pon kna cari jgk baby cot ni utk tasneem, xlama lg adiknye plak nk kuar....dh xmuat nk brjemaah ats katil queen reramai....hehuuuu.....

    ReplyDelete
  2. Dlu btiga, bleh la semua sumbat satu katil.ni da berempat, kne buat cmni gak klu x semua tdo mcm sipi2 je nnti.haaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...