nurinkhairi: Buat Plaster Ceiling dan Backsplash

21 November 2014

Buat Plaster Ceiling dan Backsplash

21 November 2014



Alhamdulillah dua minggu lepas siap lah projek kecil-kecilan untuk buat plaster ceiling dan pasang backsplash di dapur. Definitely not a 'keperluan' tapi terpaksa buat sebelum kitchen cabinet masuk..arghh.. kalau kitchen cabinet dah masuk, memang susah dan berkecah la nak buat plaster ceiling dengan simen segala, nak hack backsplash sedia ada dan ganti dgn baru pun lagi lah susah. Terpaksa la..

Survey dan nak beli backsplash adalah benda yang paling susah untuk projek rumah setakat ni. Akhirnya jumpa jugak yang berkenan, bila dah pasang..oh cantiknya (pada saya la ye..). Tapi belum pasang kitchen cabinet, jadi tak tau la serasi ke tak..nampak macam ok.

Kontraktor yang kami ambik ialah yang pernah buat projek pasang tiles baru kat dapur tempoh hari. Kontraktor ni orang Indon, memang based in Rawang. Kerja dia ok, puas hati. Boleh kaw-tim dan tak berkira sangat. Bos dia tolong chip in sekali tolong anak buah dia buat kerja.




Mula2 kami cover semua tiles baru dengan plastik sampah + masking tape.. pastu cover dengan kotak2. Even bahagian dapur kami tutup dengan tikar getah, buat jadi tirai/langsir la kira..untuk prevent habuk pergi ke bahagian rumah yang lain.



Ni lah ceiling sebelum ditutup..awkward nye ceiling pemaju ni buat gini. Kalau ada duit lebih, mau je buat storage rahsia..letak harta karun ke apa..kah2. Tapi sad truth is, plaster ceiling is just a piece of plaster board..tak boleh tahan berat.



Lepas hack tiles, proses pasang tiles baru.. Satu hari sebelum kontraktor ni datang, kebetulan kitchen cabinet kontraktor datang lagi untuk re-measure (projek ni kami asyik delay je huhu..dulu busy sangat dgn kerja sampai tak menyempat), jadi dia dah tanda siap2 kat mana base unit dengan wall unit will end, so that senang kerja2 hack backsplash dan pasang backsplash baru. 



Kontraktor ni tengah pasangkan balik tiles lama dekat bahagian wall/base unit yang ditutup nanti.. so takde la bazir pasang dengan backsplash baru, memandangkan nanti akan kena tutup jugak. Lagipun backsplash marble baru tu dia tebal sikit, so kalau kitchen cabinet pasang atas backsplash baru ni, nanti dia akan ke depan sikit..tak seragam dengan backsplash sedia ada.



Piping sink pun kami kena mintak dia ubah sikit sebab orientation tap dapur yang baru lain daripada yang original.

Kemasan grout dia mula2 tak puas hati jugak..sebab ada yang hitam sini sana..ada yang tak rata. Ada yang tebal, ada part yang nipis. Sebab saya duduk kat rumah, so selalu jugak turun bawah pantau buat kerja. In the end, diorang kemas kan bagi nampak puas hati. Tak cukup puas hati sebenarnya tapi my Hubby cakap ok je.. baiklah.

Yang ni susunan tile senget sikit..ada nampak?
Grout tak rata.. tapi kontraktor tu kata diorang tak siap lagi time ni. Saja ku buat busy body kennn..
Grout tak rata..ada yang tebal, ada part yang nipis
Simen meleleh dia catkan balik


Finally plaster ceiling dengan lampu downlight dah siap. Kami siap2 bagi ukuran untuk pasang downlight ni, i.e. berapa cm dari hujung kiri dan hujung kanan tu. Oleh sebab ada pengalaman, memang tak suka kalau lampu jatuh pada dapur/sink/etc masa kita bekerja kat dapur. Sangat lah tak best ada bayang2 atas dapur.. oleh sebab tu, kami kira2 dan make sure downlight tu bawah kepala ataupun depan kepala.. Tapi sebenarnya..sebenarnya.. kontraktor ni dia tak ikut ukuran tu betul2!! Hmmphh..suka suki dia je tukar sikit. Tapi takpe la, harap2 takde la efek bayang2 tu. 


Gambar backsplash dah siap ada tapi gelap sangat la..maleh nak ambik gambar lagi. 


Oh ye..kerja yang kontraktor ni buat ialah:

  • Hack tiles dan pasang tiles backsplash baru
  • Pasang plaster ceiling dan lampu downlight
  • Buat wiring baru sebab nak letak additional plug point untuk oven baru
  • Buat piping baru untuk sink

Anyway, backsplash aje punn..kitchen cabinet nye entah bila lah.. (#cepatcepatsebelumGST)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...