nurinkhairi: Jalan2 Kyoto Day 3: Istana Emas Kinkakuji

30 November 2014

Jalan2 Kyoto Day 3: Istana Emas Kinkakuji

30 November 2014
Dalam Kyoto City Bus ni memang ada skrin yang ada tulisan rumi tentang stop yang kita nak. Make sure study dulu la stop mana yang kita nak turun, walaupun certain bas dia ada suggest tempat apa yang menarik utk tourist kat situ

Lepas habis sesi memakai kimono dengan tea ceremony, kami naik bas menuju ke Kyoto punya istana yang diperbuat dari emas, Kinka-kuji nama dia. Kira visit pegi sini macam obligatory la..sebab famous punya tempat. Asalnya tempat ni ialah temple, jadi boleh nampak lebih ramai sikit orang pakai kimono.

Lepas turun bas, cross jalan dan lalu jalan yang kat dalam gambar ni. Kinkakuji tu dalam 5-10 minit jalan kaki, agak berbukit sikit

Tempat dia kecik je, masuk JPY 400 sorang (dalam RM 12). Dalam 30 minit ke 1 jam dah boleh pusing habis.. tempat nye punya la ramai orang, tourist ada, locals ada..rasanya tempat ni dah tak boleh nak sembahyang ke apa utk diorang sebab istana emas ni kena pagar, orang tak boleh masuk, cuma boleh tengok dari jauh je. Kang botak struktur ni sebab hilang emas dia.. Bangunan dia pun kecik je. 'Istana' tu nurin propa je..hehe.


Ni yang paling dekat yang boleh kami pergi...pagar everywhere

Subhanallah untuk pemandangan yang cantik
Apa la yg cik Aisyah ni buat. Ada kedai souvenir sepanjang jalan ke Kinkakuji, tapi tak digalakkan beli kat sini sebab agak mahal berbanding dgn beli kat area Shinkyogoku
Oh.. nak pergi ke sini rasanya tak sesuai bawak stroller untuk anak.. suggest utk babywearing saja. Ramai orang dan jalan nya banyak batu kecik2.. actually kat Kyoto memang tak sesuai bawak stroller sbb ada beberapa attraction dia yang berbukit..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...