nurinkhairi: Jalan2 Kyoto Day 2 & 3: Shopping Kimono & Sesi 'Kimono Experience' di WAK Japan

03 November 2014

Jalan2 Kyoto Day 2 & 3: Shopping Kimono & Sesi 'Kimono Experience' di WAK Japan

03 November 2014
Malam pertama dan kedua kat Kyoto, kami shopping di tempat yang sama. Malam first tak dapat shopping sangat, jadi malam kedua kami pergi shopping for souvenirs. And our most expensive souvenir we bought was a kimono. Memang dah lama teringin nak beli kimono..bukannya akan pakai pun later, cuma nak frame je kat rumah.


Cantik tak.. We wanted to buy a good quality kimono with some Japanese elements, tapi tak mau yang mahal. Bayangkan kimono dia boleh semahal beribu2 ringgit. Yang murah pun ada jual di kedai souvenir biasa tapi boleh rasa kualiti dia tak berapa elok. Mungkin untuk tourist boleh la, but native Japanese won't buy these. Saya beli pun tak mahal..ambik yang paling murah kat kedai kimono yang kami jumpa. Kimono ni sebenarnya saiz kanak2 tapi saya pakai muatt..hehe.

Orang kedai tolong wrap kimono kami

Depan kedai kimono


 Kimono dijual kat kedai souvenir, cantik jugak kalau nak beli bawak balik!



 Hari seterusnya, ialah hari memakai kimono. We booked ourselves a Kimono Wearing and Tea Ceremony Experience dengan an organization nama WAK Japan. Kalau tak silap, organization WAK Japan ni terdiri daripada surirumah2 Kyoto yang adakan sesi2 macam tea ceremony, pakai kimono, origami, memasak.. kepada pelancong2 yang datang kat Kyoto. Ada jugak sesi kalau kita nak melawat rumah orang tempatan kat Kyoto, tapi mahal sikit. Saya ambik yang Kimono Wearing sebab memang teringin nak ambik gambar pakai kimono, sambil tu nak faham camne nak pakai and all the layers..

Depan bangunan WAK Japan. Kalau nak pergi sini, ikut the detailed guide from their website. Even though kami ikut tu pun, ada sesat sikit huhu
We booked our session well in advance and paid through credit card. The breakdown of the charges are:

Tea ceremony + kimono ceremony for 2 adults:     (JPY 3800 + JPY 2200) x 2 = JPY 12000
Kimono wearing for 1 child  : JPY 3800
Charge for private session: JPY 3000

Total JPY 18,800. Klik kat link for more detailed price list (LINK)

Kami ambik private session sebab nakkan privacy untuk tukar2 kimono, lagipun sebab takut Aisyah meragam etc..nanti mengganggu orang lain pulak. This was the best rate we found for private session surcharge. Ada satu organization tu, dia charge JPY 10000 (RM 300+) untuk private session sahaja..!

Mula2 cik Aisyah yang dipakaikan kimono...



Halfway dia nak minum susu pulak..
Pastu cik Hubby pulak yang pakai kimono.. followed by yang paling susah iaitu mak nye.. takde gambar tengah bersiap sebab tak pakai tudung. Dia ada pilihan2 kimono untuk kita. Tapi kebetulan saya ada beli kimono malam sebelumnya, saya mintak dia pakaikan saya kimono tu. Our host tu macam pelik and macam reluctant nak pakaikan.. orang Malaysia ni suruh dia pakaikan kimono budak2 kat mak budak..! Mula2 kami tak paham kenapa, sebab muat je..rupanya baru perasan, dia macam pendek sikit and most importantly, lilitan kimono tu tak berapa panjang. Meaning, kalau gerak2 kimono tu terbelah kat tengah2 dan akan nampak baju inner dia. Dalam kimono tu kena pakai satu lapis pakaian lagi, tak ingat nama dia.

Sambil dia pakaikan, sambil I tanya2 ni lapisan apa..ni nama apa.. pastu dia nak start ikatkan my rambut..pastu dia cakap, in Japanese culture, when wearing kimono, sangat penting untuk nampak leher belakang bla bla..ekekek. Sorry takpayah la ikat rambut, lalu mencapai tudung bawal putihku yang setia. :D

Koleksi kimono yang WAK Japan ada 

Loceng belakang kimono Aisyah..kring2

Handbag dan loceng kat belakang kimono.. kring2 bunyi dia

Lepas tu kami pergi ke bilik tea ceremony. Lama dia story pasal tea ceremony ni.. Dia kata yang bilik tea ceremony ni selalunya hiasan dia minimal sebab nak people enjoy each other's company and enjoy the tea. Our host ni kata masa dia dulu2, tea ceremony ni kira macam wajib kena master before kahwin, kira syarat kahwin la..hehe. Sekarang ni the girls semua dah bekerja dan tak ramai yang pandai dah. Macam kita2 jugak la ye dak bekerja...

Dia demo cara2 buat teh tu, siap cara masuk ke bilik tu dan hidangkan kami manisan dan teh tu.. Adeh..pahit2 pun minum je la.

Our host tengah terangkan a significance of a Japanese word


And family pictures!

Family picture.. and a red kimono to take back home :)
Overall, kami sangat puas hati dengan hospitality dan experience yang kami dapat kat sini.. rasanya experience paling best sepanjang kat Kyoto, berbaloi sangat. Ada kami carik kalau kat Tokyo ada ke tak (sebab mula2 cadang nak ke Tokyo) tapi takde, yang banyak pakai2 kimono ni dekat Kyoto. It is an authentic teahouse experience, bukan pakai kat photo studio ke apa.. and our host took her time untuk pakaikan kimono kami, main2 dengan Aisyah, dan explain pasal the tea ceremony culture. My husband asked her a lot of questions which she explained. We even told a bit of our culture stories to her too. 

Dia kata she used to have child guests before, tapi Aisyah adalah yang paling kecik sekali dia pernah host. She said her orange kimono yang dia pakaikan tu, besar sikit untuk Aisyah.. but it looked lovely on her. Aisyah was so baik, tak meragam sangat pun.. alhamdulillah. Worth the time and money spent kat WAK Japan. And lovely pictures!

Family photo..and a red kimono to take back home :)

Kalau nak tau lebih lanjut, website dia kat SINI



2 comments:

  1. Comel sangattt..gambar family pakai kimono tu nampak sgt klasik..cantikk..sy pun tringin nk paki kimono dh ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik ke? boleh frame la camni.. :P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...