nurinkhairi: Jalan2 Kyoto Day 3: Memburu Geisha - Gion

02 December 2014

Jalan2 Kyoto Day 3: Memburu Geisha - Gion

02 December 2014



Itinerary malam hari ke-3 kami di Kyoto ialah another tempat 'obligatory' pergi, i.e. pergi Kyoto kena lawat sini iaitu Gion - geisha district. Oleh sebab banyak review menarik pasal Waraido Gion Walking Tour, tambah pulak harga dia murah je.. (JPY 1000/person = dalam RM 30), so kami join la. Yang menarinya walking tour ni sebab dia lalu area2 jalan kecik2..yang kebiasaannya kita takkan lalu sebab gelap ataupun kita fikir takde apa2 yang menarik pun. Walking tour ni jadi menarik sebab macam biasa la, guide tu akan cerita pasal history, pasal benda2 yang interesting pasal Gion dan geisha2 yang ada. 

Tempat berkumpul sebelum tour bermula. Kedai dia warna oren, boleh nampak dari jauh


Kebanyakan yang join tu mat saleh je..mereka ni nampak macam berminat betul dengan geisha2 ni. Ada yang kami perasan (bukan with the tour group), yang bawak kamera besar, tunggu depan teahouse untuk snap gambar geisha, ala2 paparazi la kira.. Tak kuasa nak menunggu. Geisha kat Jepun ni dah semakin pupus..ianya salah satu simbol budaya/culture Jepun. Diorang ni kerja nya entertain customer yang kaya2, makan..menari..main game tradisional. Yang tour guide tu asyik tekankan, diorang ni sama sekali bukan pelacur. Baiklah.



Geisha atau geiko ni kira macam entertainer professional la, charge dia lagi mahal. Manakala satu lagi nama maiko, dia macam apprentice geisha, baru je dalam dunia geisha. Cara diorang berpakaian dan rambut pun lain.. tour guide kami ni terang la satu2 camne nak cam. Masa dia terangkan tu, dia cakap kemungkinan boleh jumpa geiko/maiko malam ni, mungkin tak..depending on nasib la. Diorang ni tak suka dengan tourist, of course la, hari2 tourist sibuk paparazi je..memang la tak selesa. Sebab teahouse/ochaya tempat bertemu dengan client tu kebanyakannya dekat antara satu sama lain (melintas je pun boleh), usually mereka akan jalan dengan cepat untuk elakkan bertembung dengan tourist.

Dengan semangatnya menerangkan perbezaan antara maiko (gambar kiri) dengan geiko (kanan). Geiko/geisha: pakai kimono yang bewarna gelap atau tak byk corak, rambut sanggul, obi dekat belakang pendek. Maiko: pakai kimono yang ada warna2, ada perhiasan rambut macam kat gambar tu, obi kimono tu panjang

 "Pembelajaran kita pada hari ini ialah perbezaan obi kimono antara geiko dan maiko ya"

Geiko dengan maiko ni, bayangkan.. mereka ada rules yang ketat. Tak boleh ada handphone. Tak boleh pergi keluar sesuka hati melainkan dengan client.. Kalau nak pergi makan junk food macam McD ke, boleh la pujuk client bawakkan..tapi mana nak nampak tetiba ada geisha dok makan McD pulak tengah2 bandar.. Tidur pun dengan rambut sejemput gitu, dengan bantal punya keras.. (kenapa bantal orang Jepun keras benar ntah). Duit entertain client pun bukan diorang yang simpan..'mak ayam' jugak (sorry aa nurin sebenarnya taktau gelaran dia apa, tapi dia bukan mak ayam yang macam dibayangkan). Ala pernah tengok Memoirs of Geisha kan.. nurin je yang tak pernah tengok (pernah baca buku je, tapi tak dapat feel sangat baca2 buku kalau tak pernah mengalami/ melawat etc).

Tour group. Kami selalunya yang paling kat belakang sebab Hubby suka amik gambar and cik Aisyah jalan kaki terkedek2 hehe. Dia sorang je budak kat dalam group tu
Ni gambar depan salah sebuah rumah kat situ. Cara nak tau rumah kat situ rumah biasa (rumah orang kebanyakan) atau rumah tempat tinggal geisha.. rumah tmpt tggl geisha (okiya) ada papan kayu camni, and how many is the papan kayu will tell you how many geiko/maiko live in this house
Tour guide tu awal2 lagi dah pesan dengan group, kau nak ambik gambar geisha tu, boleh... asalkan jangan ambik gambar masa dia dengan client, kalau terserempak la. Kalau dia sorang2 atau dengan kawan2 geisha yang lain, boleh la ambik.. hati2 jugak jangan nampak dek mak ayam diorang, eh silap... taktau la apa nama gelaran dia, tapi kira cam penjaga okiya tu la.. yang jaga rumah tmpt diorang tinggal, yang ada contact dgn clients ke apa..camtu la kot. 

Kami nampak la banyak kereta2 besar masuk jalan2 kecik ni.. sekali tu ntah camne I tengah ambik gambar rumah..rumah dia ala2 camni la, tapi time ni ambik masa lain:


Pastu entah camne, ada la kereta besar jenama Lexus berenti depan rumah yang aku nak amik tu. Aku pulak still lagi tengah acukan kamera tu, sebab tak teringat pasal warning tu. Yang kau masuk tetiba dalam lens aku apesal. Pastu ada salah sorang daripada orang dalam tour group tu warning kat I, baru la perasan.. Uhuhu berderau darah.. kang ada bonzer client kaya tu datang hempuk DSLR my Hubby tak pasal2..hehe. So sejak tu, kalau lalu jalan North-South Highway dekat area Cheras tu, ada satu servis centre kete Lexus, mesti teringat perkara yang membuatkan I kecut perut itu. Huhu.

Scenery dia ala2 camni la... Tapi kete yang masuk ni teksi taww..nampak ada kepala berlampu atas kereta dia tu

So, turned out, teksi tu sedang membawa sorang geisha/geiko dan sorang maiko. Berebut kau orang dalam tour group tu amik gambar. Diorang pun maintain control aje.. kalau aku dah tutup muka, tunduk2 dah.. Teksi tu pulak yang macam marah, macam bawak laju nak langgar one of the guys kat dalam group ni


Actually bila nak post gambar ni, I macam teragak2.. Kesalahan ke post gambar geisha dalam public domain ek? Ada kena 'tulah' ke..haha.. Ada ke nanti mak ayam dia carik blog owner ni sebab publish gambar? Haha. Apsal I ada perasaan cuak ni.. ni mesti penangan kereta Lexus ni. Hehe.


Lagi dua orang..yang ni maiko sebab obi dia panjang. Yang ni rasanya tak ramai yang sempat amik gambar dia, sebab jalan laju.. kebetulan my Hubby jauh sikit dari group yang biasa dan dekat dengan geisha ni, tu yang sempat ambik. 

Apakah, sapa yang paparazi ni sebenarnya?? 

1 comment:

  1. Assalam Nurin..sis JM datang buat kunjungan balas..ohh pernah ke Jepun rupanya...sis ada cari Geisha kat sini tapi tak sempat snap gambar sbb dorang jln laju seperti lipas kudung...no chance nk take pic FREE huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...