nurinkhairi: February 2014

27 February 2014

Survey Lampu Downlight

27 February 2014
Warning, kat sini bukan nak bagi tips apa pun, sebab saya pun baru belajar pasal lampu2 ni. Malas nya nak dok fikir pasal lampu dan pilih2 lampu ni, tapi terpaksa la. To me, a good lighting can make a lot of difference to areas in your home. I pernah tengok gambar2 area rumah and boleh simpulkan yang the lighting enhances your area so much, nampak lagi elegant dan menawan gitu. 

I pun pernah ada problem dengan lighting, terutamanya tang dapur di mana sebab downlight di pasang belakang kepala, bila kita masak, the shadow will fall on the kuali tang kita masak tu. Dapur ni bukan macam dining area atau study area yang kita boleh pasang lampu untuk satu spot je supaya nampak terang, sebab dapur ada banyak area kat seluruh angle yang kita gunakan untuk masak, preparation etc. Honestly, masih taktau lagi camne nak buat lighting dapur, tapi masih tengah survey2 dan discuss dengan orang kedai lighting la.

Kami nak beli energy saving lightbulbs. Ada dua category energy saving lightbulbs ni, iaitu compact fluorescent lighting (CFL) dan light emitting diode (LED). Boleh baca kat sini perbezaan antara dua benda ni. Lagi satu, boleh tengok website Philips untuk tengok gambar2 jenis CFL dan LED

Biasa la kalau dah taktau apa sangat pasal lighting ni, our first survey was mainly about exploring products dan just survey2 design lighting dari nilai aesthetic je. Cuma tau sikit2 je la pasal energy saving power that LED and CFL has. Senang cite, sebagai comparison, untuk mendapatkan brightness yang sama, typical lampu LED hanya generate power dalam 6 Watt, manakala CFL dalam 9 Watt, dan lampu mentol biasa dalam 40 W digunakan untuk generate brightness yang sama. So LED dalam 85% penjimatan elektrik berbanding dengan lampu biasa.. banyak tu! Tapi sudah tentu untuk capital cost i.e. investment untuk beli LED lighting tu banyak ler..huhu. 

Downlight segi empat

Berbalik pada nilai aesthetic, nak dibandingkan antara downlight fitting bentuk bulat dan segi empat, saya lebih prefer segi empat. Saya rasa nampak lebih cantik..haha. Tapi apa yang saya discover was that, untuk fitting segi empat, bulb dia fitting macam kat atas tu, i.e. horizontal. Manakala kalau fitting bulat, fitting dia macam biasa yang kita tengok lah kan.. 

Downlight bentuk bulat

Tapi rupanya, kalau downlight bentuk segi empat ni, brightness dia tak seragam, sebab bahagian bawah bulb tu kan adalah screw dia. Tambah lagi, bulb ni selalunya bukannya nyala penuh..dia nyala dalam 3/4 je daripada bulb dia (tak masuk screw fitting). Contoh macam gambar kat bawah.


Tapi kalau downlight bulat, senang nak install. Kalau segi empat, takut kontraktor nanti pasang senget pulak. Sekarang ni rumah takde lampu atau kipas pun lagi, tapi dah ada letrik dan air jadi boleh la bawak kipas dan stay lama sikit untuk pantau kerja seterusnya. Macam mana pun, masih tak pandai tentang lampu, harap2 ada masa untuk pergi survey lagi weekend ni. 




24 February 2014

Tips Memandu Seorang Diri Dengan Baby

24 February 2014
Jadi weekend husband and wife ni banyak cabarannya. Antaranya cabaran untuk keep up dengan berjumpa setiap hujung minggu. Selalunya Alhamdulillah kami dapat jumpa tiap minggu, tapi kalau dalam satu bulan tu ada 4 weekend, selalunya mesti ada at least satu weekend yang tak dapat jumpa sebab dia kerja dan cuti tak begitu panjang to make bus ride an attractive option. Dah setahun setengah jarak jauh ni, my Aisyah and I hanya pernah naik bas 3 kali je, itupun waktu cuti panjang yang campur dengan public holiday.

Untuk kali pertama, weekend ni saya memberanikan diri untuk bawak kereta with my Aisyah ke Temerloh. Bear in mind perjalanan dari KL ke Temerloh kena lalu Karak Highway yang terkenal dengan simpang siur dan berbukit2 tu. To be honest, sebelum ni tak pernah terfikir akan drive sendiri ke sana dengan baby, mungkin faktor tak yakin and risau takut get distracted kalau my daughter menangis ke apa. My parents pun risau tapi I ni kalau dah tekad sangat, memang tak patah balik! I yakinkan diri yang I can do this. I am an OK driver, so driving is not the main issue. The main issue is driving with the baby

Alhamdulillah pergi balik was a smooth journey, especially journey balik. Waktu pergi sebab hari Jumaat petang, targetnya nak tempuh Karak sebelum malam tiba, tapi sebab tersalah amik jalan, ter-lalu Jalan Tun Razak arah ke utara yang sangat la terkenal dengan traffic jam nya, lagi2 petang Jumaat. Oleh itu alkisahnya saya masuk tol Gombak pukul 8.30 malam. Bayangkan dari rumah (Cheras) pukul 6 petang, pastu 8.30 malam baru sampai tol Gombak! 

Sebelum ni saya pernah kongsi pengalaman saya naik bas sendiri dengan baby dan jugak naik long haul flight dengan baby (tapi yang ni bukan sorang diri), kali ni nak share la sikit pengalaman saya dan tips la sikit2 untuk drive dengan baby jarak jauh seorang diri. Ada antara tips ni agak straightforward dan orang pun ingat, ler takyah tulis pun takpe tapi takpe la k.. ;D


1. Isi minyak awal2 untuk elak berhenti masa perjalanan 
(Note: sesuai kalau jarak perjalanan tak jauh sangat - kalau tak berhenti, perjalanan Cheras - Temerloh biasanya dalam 2 jam)

Saya cuba untuk elak berhenti masa perjalanan atas sebab keselamatan. Tapi in both of the journeys pergi balik, saya terpaksa berhenti jugak. Tiga kali waktu perjalanan pergi dan sekali waktu balik ke KL, tapi bukan sebab nak isi minyak tapi mostly to pacify my baby dan pergi toilet! Kalau kena berhenti, then berhenti lah dekat stesen minyak yang popular dan ramai orang.. 

My Aisyah menangis mintak breastfeeding, tu yang kena berenti jugak. Tapi sebenarnya dia minum susu botol, mostly nak BF sebab manja rasanya..hee.

2. Pergi la toilet siap2

Macam point di atas. Ataupun bersedia lah angkut baby bawak masuk toilet, pastu bukak selipar dia pijak atas lantai toilet sambil I watched helplessly in front of her sebab tengah err..membuang air. 

3. Sebelum bertolak, sediakan semua barang keperluan untuk senang dicapai

Basic items kena ada within reach, sebab kemungkinan kena capai semasa driving. Contohnya macam bekal makanan macam biskut dan roti, bekas air, botol susu dalam bekas insulator, handphone, wallet untuk duit tol atau Touch & Go dan laptop/tablet untuk entertainment (up to individual la macam mana nak lekakan baby, tapi my method is gambar bergerak daripada laptop la)

4. Car seat mesti ada 

Ni patutnya letak bahagian paling atas, tapi list ni bukannya in order ok. This is straightforward kan.. keselamatan baby paling utama. Bila dah ada car seat tu kena la belt jugak car seat tu. Selalunya car seat tu pun ada belt untuk strapkan baby. Mungkin baby tu akan rasa tak selesa tapi untuk keselamatan, kena la buat. To be honest, at one time my Aisyah meronta2, so saya bukakkan belt dia. But she is not at the age yang dia pandai keluar daripada car seat dia, jadi dia tak jatuh la.

5. Car seat yang ada shade / shade untuk tingkap

Rasanya mungkin semua jenis car seat akan ada shade dia.. macam brand car seat kami, Maxi Cosi ni, ada shade dia yang boleh tarik untuk jadikan macam bumbung untuk berlindung dari panas. Kalau taknak guna, dia boleh selit untuk simpan shade tu. 



Nampak tak ada kain hitam yang dekat tulisan Maxi Cosi tu, tu shade kereta ni. Can you believe I actually forgot that we have that shade, so pada mulanya waktu kami berhenti di Genting Sempah R&R, saya pasangkan tuala kat tingkap sebab my Aisyah asyik tutup2 mata panas. 

Saya pernah ada sorang mummy ni stop me kat shopping mall tanya mana boleh beli shade tu, sebab car seat dia sebijik like mine tapi peliknya takde shade tu. (off topic sket)

Kalau takde pun, suggest untuk ada shade untuk tepek kat tingkap. Ala yang ada suction hook untuk tepek kat tingkap tu.. Sebelum kami keluar dari Genting Sempah, nasib baik I realize yang pasang towel kat tingkap tu mungkin tak selamat sebab kita tak nampak kereta kat sebelah kiri. 

6. Consideration untuk guna Touch & Go atau tunai untuk bayar tol

Saya takde Touch & Go, jadi saya guna lane tunai je. Pada pendapat saya, kedua2 cara ada kebaikan dan keburukan dia kalau drive dengan baby. Ni pendapat saya je ok, kalau tak setuju jangan kondem k ;)

Bayar tunai bagi saya sesuai sebab lane tunai kebiasaannya lebih panjang beratur, so it buys you some time untuk layan baby you or capai apa2 yang patut sambil menunggu giliran. Bayar Touch & Go pulak, sesuai to err, avoid human interaction. Bukannya apa, tapi ni pendapat saya je ye.. saya selalu rasa nervous dan rasa macam nak nangis kalau my Aisyah menangis2 dan merayu2 untuk kita pegang dia. Bila dia sorang je dalam kereta dengan kita, kita je yang dengar. Kalau kita pergi bayar kat tol, nanti orang lain pulak dengar kang kita terlebih conscious lak. 

Tapi kalau ikutkan saya, saya lebih prefer bayar tunai sebab aspek keselamatan di atas.

7. Bawak botol air for yourself

Ni ikut perangai baby tu jugak. I had to entertain my baby a lot, nyanyi2 dengan dia, baca zikir dan selawat.. dah la tak bawak air, jadi agak dahaga la. So pastikan tak lupa our own wellbeing jugak :)

8. Sebolehnya bertolak pada masa dia biasa tidur

Tapi rasanya tak advise untuk bawak kereta malam2. Mungkin boleh start bawak kereta masa nap time, kalau schedule mengizinkan. Hakikatnya haritu saya terpaksa jugak bawak kereta pada malam hari, tapi alhamdulillah ok, saya biasa bawak kereta malam hari dan pernah jugak drive di Karak pada malam hari (with my husband and daughter la tapi), so it wasn't a terrifying experience. 

What I did pada waktu balik ke KL ialah, pada malam sebelum tu, saya sengaja bagi dia tidur lambat. Selalunya pukul 10 je dah bawak dia masuk tidur, tapi malam tu saya biarkan je dia main2 sampai dekat pukul 12.30 pagi.. Sebabnya pada keesokan hari (Ahad), memang plan untuk bertolak pagi2 sebab husband kerja pukul 8 am hari Ahad tu.  Jadinya masa bertolak tu harapannya Aisyah masih tidur lagi la. Tak berapa menjadi..sebab dia terbangun. Tapi lepas tu cepat saja dia tidur balik, and the rest of my journey was with her sleeping sampai la tiba ke Cheras.


8. Jangan lupa baca doa naik kenderaan dan bawak kereta dengan yakin!
Pengalaman weekend lepas buatkan saya lebih yakin kalau terpaksa drive lagi with my baby alone. To be honest, my first choice would of course be to drive with my husband along, and if tak boleh, 2nd choice would be taking bus. But that is more to cost factor than safety factor. Tapi selama 3 kali saya naik bas, bas dia ok, driver dia sangat berhemah takde la nak cakap2 dalam telefon ke atau drive macam orang ngantuk ke apa. 3rd choice baru la bawak kereta. Tapi my Hubby prefer I drive daripada naik bas, kalau dia tak dapat nak ambik. 

Anyway, our first and foremost choice would be for us to stay together again. Harap2 tak lama lagi dapat la pindah balik ke sini, but we would definitely miss Temerloh. It is a great town. :)

_____________________________________________________________________________
Lamanya tak update blog.. busy plan annual trip dan macam2 lagi lah bulan Februari yang busy ni.. 

03 February 2014

Akhirnya - Make Up Organizer

03 February 2014
Since my last post of drooling over a make-up organizer, I finally took some effort to browse through the internet to find online stores that has the type of organizer that I want. Saya jarang sangat shopping online, bahaya shopping online ni lagipun memakan masa yang lama.. 

I originally nak macam gini

Like I wrote earlier, originally I nak yang macam gambar atas ni..my criteria were:
  • Yang ada tempat letak botol 
  • Ada a few tiers of drawers kat bawah, ideally 2-4 tiers
  • Saiz yang agak besar supaya tak payah beli yang lain. Sebab kalau terpaksa beli yang lain, nanti membazir ruang. Ideally, nak yang panjang dalam 30 cm ke atas 
I tried to browse at Ebay , Amazon, The Container Store and a Malaysian-run online shop The Makeup Organizer . And what I found was:
  • Ebay : Ada seller dari China, Korea dan Hong Kong yang boleh pos secara percuma (yang ni penting, sebab barang ini berat kalau kena postage). Harga berpatutan (dalam USD 35 - 45) tapi ada jugak yang mahal dalam USD 100 ke atas kalau sesapa yang mampu. It has the type that I want (contoh seperti di sini ), tapi kepanjangannya dalam 24 cm je. Takde yang panjang dalam 30 cm ke atas, jadi saya carik di website lain
  • Amazon : Tak banyak sangat pilihan berbanding di Ebay. Ada type yang saya nak tapi tak cukup panjang jugak
  • The Container Store: Kedai ni macam sistem IKEA, sebab dia jual ikut module. Bahagian countertop dia asing, dan setiap drawer dia jual asing (phew!). Contohnya, bahagian countertop, harga dalam USD 34.99 (RM 110), yang tu tak masuk lagi setiap laci kalau nak beli. Satu laci yang saiz dia boleh muat bawah countertop yang saya berkenan, harga dia USD 29.99 (RM 96) setiap satu! 
Countertop from The Container Store
  • Makeup Organizer (Romana Make Up Cube) : Saya pernah contact dia pertengahan tahun lepas untuk bertanyakan tentang produk dia, sama ada dia ada koleksi yang saya inginkan. She did not have exactly that I wanted, but the closest was yang ada countertop + 1 drawer. The design is called Casetti Grand. Saiz dia adalah seperti yang saya inginkan, panjang 34 cm. (Dimension: 340mm x 231mm x 157mm). The price is OK, tapi masih tak menepati. Lepas tu sebab dah putus asa kat tempat lain tak jumpa jugak, I contacted her again bulan lepas tapi kecewa.. Casetti Grand tu dah sold out! :( 
Casetti Grand
Akhirnya saya putuskan untuk beli dari Romana Make Up Cube, type Casetti Luxe. Dia hanya ada countertop, tapi takde drawer kat bawah..hanya ada satu drawer kecik. Gambar I taruk kat bawah. 

Finally, this organizer has made a home on my vanity top. 


Dimension ialah 325 mm (panjang) x 125 mm (lebar) x 92 mm (tinggi). Ia diperbuat daripada acrylic which is a type of plastic tapi yang menyerupai kaca. It is heavy and really sturdy. The owner, Romana, does not do personal COD anymore, so barang dia akan post with postage RM 10 extra. I received it in perfect condition.

Dimension panjang setiap segmen


Bahagian paling kanan

Bahagian tengah

Bahagian kiri
Ni lah drawer kecik yang saya maksudkan. Dimension approx 12.5 cm panjang x 12.5 cm lebar x 3.5 cm tinggi. Saya taruk brooch saya yang tak seberapa dan a few other items je
Kat segmen paling kiri sekali ni pun ada some kind of awkward storage atas drawer. Sebab slot dia sempit.. cuma boleh muat letak benda2 yang ketinggian dia seperti contact lens case je
Saya masih lagi ada beberapa botol barang yang tak muat letak kat sini.. saya masih berminat untuk beli at least satu drawer yang boleh stack at the bottom of this countertop, jadi saya cari2 saiz yang sesuai. I think I have found one, tapi tu nanti2 la.

Untuk yang simpan macam2 kosmetik dan ada berbagai2 jenis eyeshadow dan blusher, lebih bagus beli yang drawer. Saya takde semua tu.. dan my minimal makeup, saya letak dalam beg yang saya usung setiap kali keluar. 

Saya nakkan sesuatu yang saya boleh access dengan cepat..amik dan terus guna, kemudian letak balik. On the first few weeks after I bought this little baby, saya masih lagi dengan tabiat lama iaitu cabut brooch, jam dan cincin dan taruk dalam satu chest box yang memang terbuka. Nak cabut dan letak dalam drawer kecik ni asyik tak biasaaa je..

How one organizes their make-up or barang2 vanity, up to personal preferences dan banyak mana barang. Saya takde banyak barang pun, jadi yang ini sesuai jugak la walaupun bukan pilihan pertama. Dulu saya ada satu bakul yang besar (ala yang macam bakul u dapat sebagai base kalau orang bagi hamper tu hehe), and it turned out, sebab dia besar sangat.. semua benda saya campak kat situ dan ianya jadi serabut. Segala macam benda termasuklah ubat, riben, dan ntah apa lagi. Bila ada comparment gini, kurang la barang yang boleh taruk dan membolehkan saya assess, mana satu yang saya nak dan mana yang nak buang / bagi kat orang. Mana2 barang yang saya jarang pakai, saya taruk dalam almari vanity. 

Have a good day, assalamualaikum :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...