nurinkhairi: March 2014

11 March 2014

Laut China Selatan Yang Banyak Kenangan dan Rahsia..

11 March 2014
Kuasa Allah sangat Maha Agung, tak termampu untuk manusia yang kerdil ni melawannya. Rasa sayu dan pilu mengenangkan, tapi terharu dengan semua support dari pelbagai sudut. Semoga dapat ditemukan dengan pesawat tersebut, moga Allah lindungi mereka.

Laut China Selatan ni banyak memori for me. Laut China Selatan ni lah tempat banyak my colleagues carik makan, 2 minggu di laut dan 2 minggu di darat. Ada yang 3 minggu atau lebih berturut2, terutamanya yang kerja dibayar ikut hari (dengarnya lumayan oo bayar ikut hari..tempat seswai carik makan). 


Oleh sebab I ni jenis yang tak berapa tahan sejuk, dan Living Quarters nyer sejuk la sangat (sweater diperlukan, on top of baju Digi - baju jumpsuit warna kuning hehe), jadi saya selalu suka duduk kat luar Living Quarters. Ada sofa2 koyak kat luar quarters yang boleh bersidai di bawah bumbung sambil menikmati Laut China Selatan yang indah. Angin yang breezy sometimes makes me feel that I am on vacation. Actually, my colleague pernah jokingly cakap that "you are on vacation la ni", bila I pergi offshore for the first time lepas my baby was born. Kiranya taking a break from motherhood la..tapi sedihnya ya amat, rasa pilu bila terpaksa berpisah sementara. Saya sekarang dah pun dapat ditukar assignment (biasa akan selalu rotate assignment), dan alhamdulillah kerja kali ni tak menuntut saya untuk pergi ke offshore dalam jangka masa panjang. Kalau pergi offshore pun, mungkin sekali dalam 2 bulan for 3 days..so it is not so bad.. 

Sambil duduk kat luar sambil buat kerja depan laptop. Dalam 1 tahun yang lepas, wireless internet dah dipasang kat platform, pastu siap ada 2 ipad lagi untuk digunakan for all residents. Wireless tu sangat la useful nye sebab takyah bawak cable dan boleh buat kerja di mana2 je di sekitar Living Quarters. Lagi satu, kadang2 waktu ke site, pernah duduk atas deck dan menikmati je keindahan laut sambil tengok ikan yang banyak kat bawah platform. 

Kawasan platform saya adalah yang dekat dengan Kota Bharu area, about 200 km from Kerteh which is our departing airport. Ada a few more platform Malaysia yang dekat dengan area Thailand, from another O&G company. For the moment, Department of Civil Aviation telah arahkan for a "no-fly zone". Meaning, helicopter tak boleh pergi dan balik dari platform dalam tempoh selama seminggu ni. We finally managed to request for one helicopter per day, untuk dikongsi bersama 3 platform. Satu chopper besar hanya boleh muatkan kira2 16 orang je, jadi orang keluar masuk platform kena susun betul2. The "no-fly zone" was activated sebab area2 dekat situ busy dengan banyak navy ships dan jets/planes for the search & rescue for the MH 370 flight.. Alhamdulillah semua orang faham dan bersabar menunggu giliran untuk balik.. As for the other O&G company I mentioned earlier, I was told that diorang tak dapat chopper langsung, kemungkinan sebab area kat situ lebih sibuk with all the ships and jets.

Laut China Selatan yang cantik.. Sebab kawasan platform saya tak banyak platform sangat (yang banyak dekat area Terengganu), oleh itu kawasan ni memang a shipping route. Bila malam2, selain daripada dapat tengok bintang2, keliling platform akan ada banyak lampu dari kapal2 yang lalu di sekitar. Kadang2 kalau ke bilik radio, akan dengar kapten2 kapal yang sedang bercakap2 dalam radio. Because platform is one of the "vessels" yang dekat dengan kapal, maka kita boleh tangkap radio dia. Lagipun dalam radar kapal, platform2 ni akan kelihatan sebagai a fixed structure (radar tu tak bergerak, menandakan it is a fixed structure), for the ships to be aware and avoid us so that collision won't happen. Banyak lagi elemen2 canggih dalam radar ni tapi I bukan engineer radar - I cuma engineer carik makan..

Laut China Selatan..yang menyimpan banyak kenangan dan rahsia.. 

09 March 2014

Tap Dapur dan Sink Lagi

09 March 2014
Sedih bila tau pasal tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines yang hilang semalam. Asyik2 cek facebook nak baca berita, of course la kat media sosial lebih cepat berita dia sebab banyak sources, tapi harap2 takde la terpalit false news. Apa2pun, harap dalam perlindungan Allah, kita hanya mampu berdoa..

On a different note, nak share sikit pasal our shopping haul semalam kalau ada sesapa berminat nak pergi. Plan nak extend dapur di rumah baru ni dah lama tapi kemungkinan besar kami akan hold dulu plan tu, renovation kalau takde duit 5 angka susahh.. Rasa senang hati sikit sebab kemungkinan besar kami tak jadi nak renovate sekarang, sebab tak nak tambah hutang lagi (buat loan) . 

Sebab masih plan nak renovate untuk buat wet kitchen mungkin dalam 3-5 tahun lagi, masalahnyaa..barang2 kami dah beli siap untuk wet kitchen! Sink dan tap dapur memang sesuai untuk wet kitchen, tak sesuai untuk dry sebab sink dia besar dan tap pun sesuai untuk sink besar. Dry kitchen macam pelik pulak buat sink gitu besar. 

Alkisahnya, because of the change in plan, kami kena pergi shopping untuk sink dan tap baru! :(  We found an offer which was not to be missed, and glad we went there. Sale dia sampai hari ni je actually..

Link to website 

Kami beli sink jenis segi empat kecik camni, bukan exactly yang ni, tapi saiz dia kecik sikit. Dalam katalog dia tulis harga sebenar ialah RM 600. Benda yang kami kisah pasal beli sink ialah of course tahan karat, pastu 4 edges dia nak yang smooth, maksudnya bukan yang tajam sebab susah nak cuci.. Dan jugak kalau nak beli sink, kalau boleh nak beli yang tebal sikit sebab pernah ada pengalaman yang sink nipis (0.8 mm camtu), bila kena air, bising sampai takut anak jaga :D  Sink yang beli ni tebal 1.2 mm. 



Pastu kami beli tap dapur Haustern yang simple je. Harga sebenar RM 580. Tapi harga yang dia offer kat kedai ni ialah RM 350 i.e. 40% discount. Tapi..harga purchase with purchase i.e. kalau kita beli barang lain jugak, tap ni jadi tak ingat berapa tapi dalam, RM 220 je gitu, dalam 63% discount! 



Total purchase untuk sink dengan tap RM 620 berbanding dengan total harga sebenar sebelum discount ialan RM 1180. Berbaloi2 pergi. Dengarnya orang lain siap survey2 tempat lain lepas tu datang sini jugak untuk beli, sebab murah. Dia hanya accept cash (debit card mahupun kredit dia tak terima untuk masa sale ni), dan sebab barang2 banyak habis stok kami kena datang dalam 1 minggu lagi.. takpe la. 

Saya suka beli yang murah je tapi my husband jenis yang suka beli barang yang berkualiti dan harga berpatutan. Memang kami berlainan pendapat especially masa mula2 kawin dulu. Tapi.. akhirnya I pikir, rumah adalah satu investment, dan barang2 di dalamnya dan servis yang kita nak engage untuk contractor kalau boleh yang berkualiti supaya kita tak spend banyak duit di masa akan datang. Berkualiti tak semestinya mahal sebab kita bukan orang kaya! :) 

07 March 2014

Pengalaman Kereta Kena Langgar

07 March 2014
Off topic.

You ladies pernah kereta kena langgar kereta lain tak?  Baru2 ni bulan Februari kereta I drive kena langgar dengan kereta lain. Yang sedihnya sebab masa tu I bawak MPV bapak mertua, sebab waktu tu tempoh kami pindahkan barang2 yang dah beranak pinak kat rumah mak ni bawak masuk rumah sana. Selang beberapa hari lepas tu, grill pun dah siap pasang kat tingkat bawah. So ni I nak cerita sikit pengalaman I ni.

Dengan gigihnya I ada siap lukiskan schematic so senang nak cite..




Alkisahnya pada satu pagi ni I nak pergi keje, it was still quite early, dalam pukul 6.40 am gitu. Bila tiba kat satu simpang tiga, I berenti. Kat tempat I berenti ni, jalan dia agak lebar. Pada masa banyak kereta (selalu banyak kereta dalam 7 am ke atas, sebab dekat dengan situ ada sekolah), jalan tu akan ada 2 lane. Tapi jalan tu takde garisan2 macam kat highway tu la kann, tapi kalau masa sibuk paham2 la kann..takkan nak conquer dua2 lane kan. 

Waktu tu takde banyak kereta lagi. Kete I kat tengah2, kira kalau ada garisan putih tu I dah masuk dah lane kanan sikit. Kenapa I dok tengah2 ? Sebab flow jalan ni pelik sket tau, I panggil dia "jalan haram". Dia kena dengan secara cepat dan tepatnya kena U turn untuk pergi ke jalan besar , macam arrow yang I tunjuk ni. Sebab yang kete I tu takde traffic light. So, bila u dah siap buat U turn, u kena beratur la belakang kereta2 yang lain sebelum pusing ke kiri untuk ke jalan besar. 

Sebab masa tu jalan lengang gile, lagipun bila I sampai2 je kat simpang tu, traffic light tengah hijau, jadinya kereta2 merah tu tiada , dan jalan kosong. So one of the reasons kenapa kereta I berada di agak tengah ialah I tengah contemplate nak buat u-turn cam biasa ke atau pun terusss je..paham2 la kalau dah takde kereta tu, line clear main teruss je la buat pe nak u-turn2 lagi kann.

Sekali tu tetiba je I ternampak kereta Vios menyelit kat tepi kereta I, nampak cam sangat suspicious sebab dekat sangat, sekali prakkk.. langgar lah hujung kiri depan my dad in law's MPV.. Bila I cek lepas tu, kena kat bumper depan je, nasib baik tak seret kat body huhu.

I dengan blur2 jugak, terus pusing kiri and ikut kereta tu sambil hon2 kemarahan. Memang first instinct is, untuk dapatkan nombor plat kereta dia. Lepas tu dengan tak semena2 dia terus redah traffic dan tiba2 ke kiri arah ke shoplot. I tak boleh nak buat apa sebab simpang tu banyak kereta, kalau I ikut jugak dia alamatnya I pulak langgar kereta orang lain. I dok lane kanan (ada 2 lane) so sebelah kiri I pun ada kereta, memang tak boleh nak kejar. I pun tak perasan camne dia boleh lepas dengan banyak kereta, tapi mungkin nasib dia waktu tu kereta belah kiri takde lagi kot. 

Pergi ke balai polis adalah pengalaman yang tak best. To be honest, setelah beberapa kali jejak balai polis, polis yang tua2 memang typical sangat. Typical apa tak payah cakap la. Membuli perempuan pastu tak hormat. Kadang2 kita tak tahu tapi cakap la secara hormat. Maaf ye ni bukan generalization cuma apa yang saya perhatikan saja sepanjang pengalaman. Pengajaran yang saya dapat ialah (summarize dalam bullet point senang):


  • Walaupun u kena langgar, tak bermakna orang pelanggar tu salah (even though dia langgar lari!!). Dalam konteks ni, sarjan tu cakap saya salah sebab tak rapat ke kiri , oleh sebab tu membenarkan kereta lain untuk menyelit. ("Awak tak percaya awak baca la seksyen xxx , nah amik buku ni, awak nak baca ? Taknak kan!") - saya pun tertunduk je sedih sebab realized that I was told I was the wrong one. I did not deny it, sebab hmm ye tak ye jugak. The reason why I dok tengah pun sebab tengah contemplate nak u turn ke atau nak terus je, so I was wrong too. That brings me to the 2nd bullet point
  • I dah tak mau guna dah jalan haram ni. Sejak dari tu I dah tak guna dah.. I guna jalan lain, walaupun jalan tu banyak sikit traffic light. Bahayanya jalan ni sebab waktu u turn ni, you might have another car coming from opposite side bila lampu tukar hijau
  • Tak nak bawak kereta orang lagi, especially bapak mertua ke, kawan ke.. huhu. Dalam kes ni, nasib ler orang langgar lari tu tak report polis, kalau dia report pastu disahkan I pulak yang salah, ntah2 dia tuntut untuk insurance claim daripada my in law punya insurance. Adeh..haru biru jadinya. Sebab tu la bila keputusan keluar and found out that I salah, I redha je, sebab alhamdulillah tak yah insurance claim
  • Kena kuat sikit! Kalau polis tu marah, lawan balik (haha boleh ke sebagai pengajaran? ). I ni jenis yang tegas , tapi ntah la time tu lagipun polis tu perangai dia haih..

Just sharing untuk sapa2 yang kena langgar atau terlibat dalam kemalangan:
  • Ambik nombor plate tu penting. I learnt from a mistake sebab saya pernah kena langgar motor dulu (waktu ni I tak bersalah sebab I wasn't changing lane ke apa, pastu tiba2 je dia seret kat tepi kereta I), pastu I tak sempat nak ambik no plate sebab motor kecik kan..mana nak nampak sangat nombor dia. Sekali tiba2 je lepas orang tolong dia bangun dari atas jalan, berdesing dia terus lari, leaving me terpinga2 time tgh pregnant huhu
  • Pergi balai polis dalam tempoh 24 jam. Orang yang langgar lari I tu, kesalahan dia bukan sebab dia langgar I ataupun langgar lari, tapi sebab dia tak buat report polis! Hmmphh.. Sepatutnya dia kena at least two charges, including part langgar lari tu
  • Walaupun u yang langgar kereta orang, kena report jugak dalam tempoh 24 jam kalau tak kena saman 
  • Kalau boleh settle kat luar antara dua belah pihak without having to go to police, lebih baik ler settle kat luar. Sebab kalau kat polis, sapa2 salah atau dua2 sekali akan kena saman, at least RM 300
  • Kalau boleh bawak husband atau ayah ke pergi balai polis. In my case, my husband is not here....


Ada satu lagi pengajaran yang I dapat dari incident ni. I selalu je macam cautious je kat jalan, keep thinking about "what if's ". Contohnya, "kalau aku makan jalan orang ni, kalau aku kena langgar, ntah2 aku yang salah" or "kalau aku nak pusing kat simpang tapi time tu jalan tak clear, pastu ada orang langgar, aku yang salah". 

Ada sorang akak polis trafik ni pernah cerita tentang pengalaman dia. Kali ni malas nak lukis, bayangkan je la ye. Akak tu tengah nak reverse kereta, sekali tu ada lori kat jalan utama. Akak tu nampak lori tu berhenti, konon2 macam bagi laluan untuk akak tu reverse la.  Tapi tiba2 lori tu jalan and langgar kereta akak polis tu. So sekarang sapa salah? Akak tu cakap keputusannya, yang salah ialah akak tu. Sebab dia kena bagi laluan untuk kereta di jalan utama untuk clear dulu, baru dia boleh reverse. So, berhati2 la semua k.. Undang2 trafik ni bukan as straight forward as awak langgar, oleh itu awak yang bersalah.

Ni belum part susah payah nak bayar saman lagi. Kalau rajin I cite la lain kali..

02 March 2014

Barang2 Baby/Mommy Beli Tapi Tak Pakai

02 March 2014
Hujung minggu sekarang ni tengah ada Motherhood Expo kat KLCC kan. I pun tak tau sebenarnya tapi masa berlegar2 dekat office dan Suria KLCC tu, ternampak la ramai orang angkat barang2 baby yang familiar. For first time parents, memang overwhelmed tengok macam2 produk dan innovation, pastu rambang mata la jadinya.

Haritu terbaca link ni  , 19 Things Your Baby Doesn't Actually Need , rupa2nya siap ada produk2 macam pacifier wipes (i.e. wipes utk lap pacifier atau teething products) dan formula mixer, which is untuk goncang susu formula dalam botol.. bukan boleh shake guna tangan je ke?

Sekarang meh tengok my Top 4 barang baby-related yang saya beli tapi end up jadi 'gajah putih' i.e. white elephant kat rumah. Kemungkinan some of these stuffs berguna jugak di lain kali, tapi we made a mistake buying them too early.

1. Baby Cot 


Saya beli 4 in 1 baby cot ni kat My Baby Shop (link), kat sini kami beli banyak barang : stroller, car seat, baby cot, bedding. Kami beli sebelum baby lahir lagi, end up tak guna sangat pun, mungkin sebab circumstances change sebab lepas my Aisyah lahir, Hubby dgn I duduk long distance and I stayed with mt parents.

Masa mula2 lil' Aisyah lahir, ada guna jugak cot, letak dekat living room. Siap pasang mosquito netting and letak dia bila dia tidur. What happened was that, susah nak letak dia kat situ sebab nak kena angkat lepas breastfeed and taruk pelan2.. most of the times she would become agitated and terbangun semula. In the end, kami pun letak atas tilam atas lantai. Lagipun tak boleh letak baby cot dalam bilik sebab bilik kami sempit. 

Insya Allah bila pindah rumah baru nanti, akan train Aisyah untuk tidur dalam cot. Pernah baca, untuk pisahkan dia dari tidur, kena letak dalam katil dia sendiri. Mula2 jauhkan dia sikit, pastu sikit2 kita jauhkan dari katil kita.. In the end kena convince kan dia untuk tidur bilik sendiri. Cam susah je, considering Aisyah yang sangat clingy ni!

2. Nursing Pad

I beli 2 kotak benda ni..bukan murah pulak tu nursing pad ni, berpuluh ringgit jugak. Turns out tak guna pun, for obvious reason. Hmm.. Sekarang tak tau nak give away kat orang ke, atau nak jual ke, atau tunggu next baby to find out if I need this after all.. So kalau nak beli ni, tunggu la milk production dulu baru boleh tau. 

3. Botol Susu yang Bermacam2 Jenis

Pernah tulis kat entri ni . Awal2 dulu Aisyah had problems minum EBM dalam botol, so I was really anxious sebab makin lama makin dekat dengan tarikh masuk kerja selepas maternity leave. Macam2 botol kami try, yang ada dua lapis la, yang ada teknologi anti-colic la. Dan harga2 botol ni bukan murah2..huhu. Last2 semua dia tak suka, sampai la bila jumpa sorang O&G doktor ni kat hospital, dia suggest guna puting yang latex (yang warna kuning)


sumber

Sampai sekarang dia hanya guna puting jenis NUK ni je. Kami pernah beli puting yang murah sikit (tak ingat brand apa), tapi bentuk puting ni lain sikit.. pun dia tak nak jugak. Keburukan puting ni sebab dia cepat melekit, dan kalau observe betul2, lama2 puting ni akan ada crack lines. Kalau buat susu dalam botol ni, recommended untuk cuci botol ni cepat2 lepas habis minum, sebab ikut pengalaman, kalau kepam lama2 dia akan contribute pada puting ni cepat rosak.

4. Cloth Diapers

This might work for some moms, but for some, it might not. It did not quite work for me sebab selalu bocor. Kena baca banyak lagi macam mana nak hilangkan bocor ni. Kadang2 sampai to the point that, bila Aisyah duduk atas tilam ke, sekali bila bangun ada la kesan punggung dia. It used to be leaking at the sides when she was little, sekarang ni sampai leaking through the diaper material pulak! Kami jarang guna cloth diaper ni sejak pindah to my mum sebab my mum tak nak guna.. We had quite a lot of cloth diaper collection, total dalam RM 400 jugak untuk 10-11 cloth diaper. Bila dah pindah rumah baru nanti, kami akan try semula.

For mommies yang berminat nak guna cloth diaper, I would say go ahead. Walaupun dia leceh nak maintain dan basuh pada mulanya, tapi sangat la jimat in the long run, environmentally-friendly and better for baby's skin. Saya akan cuba lagi nanti..


Kalau ada mommies nak share pengalaman you ladies.. silakan ye :)

01 March 2014

IKEA sale sampai 5 Mac

01 March 2014
Harini sangat banyak lah atur cara, tapi teringin nak pergi IKEA sale, sampai 5 Mac je! The two most items yang nak beli ialah ini:

1. Expedit bookcase. Tapi yang on sale ialah kaler ni. Kalau kaler putih which I am more interested in, harga sama je i.e. RM 599. Yang kaler birch ni harga dia RM 399


Sebab saya jarang pergi website IKEA, pastu ternampak offer ni, memang terasa nak pergi sungguh. Been wanting to buy this for quite some time, tapi bukan untuk saya. Ada tiga orang pengantin baru kat ofis tu yang saya tak dapat datang wedding, dan hadiah kahwin masih tertunggak. Rasa nak spend sikit duit untuk beli benda ni, I am sure they will appreciate it. Masalahnya, rupanya sale ni sampai 19 Feb 2014 je.. :(



Apa2 pun, tak pasti la boleh pergi ke tak IKEA ni esok sebab kalau nak pergi esok, sorang2 la jawabnya (Hubby kerja). Barang2 yang nak pun mungkin takde sale but I will never know unless I go, right?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...