nurinkhairi: Grand Prize Contest Dutch Lady.. ke Amsterdam kami

08 February 2015

Grand Prize Contest Dutch Lady.. ke Amsterdam kami

08 February 2015
WARNING entry banyak gambar.

Assalamualaikum..
Lama sangat tak menulis. Busy sangat.. weekend pun busy.. Home deco/organizing berjalan sikit2 je..ada la progress jugak. Daripada nampak macam rumah baru pindah, dah ada la sikit rupa2 macam rumah yang dah didiami orang hehe. Biggest progress recently ialah pemasangan kitchen cabinet..akhirnya!! Belum habis pasang lagi sebab table top pasang minggu depan. Teaser dulu.. :D



Entry ni nak cerita pasal jalan2 lagi..huhu. Kali ni ke Holland, land below the water. Waktu kami kat atas highway, memang nampak dari kejauhan, kalau tengok betul2, paras air dia lebih tinggi daripada paras darat. Tambak2 yang mereka pasang memang sangat efektif untuk halang air banjir, dan ada jugak sistem pump-out untuk kawal paras air.

On the way dari KL ke Paris (singgah Paris dulu). Kami dapat business class tu sebab sepatutnya economy class tiket kami dapat duduk sama2.. ntah camne Hubby punya seat kat belakang. So memang tak puas hati la.. Duduk dengan budak kecik, kena duduk sama2 sebab cik Aisyah ni kang ada yang menendang orang sebelah dalam economy class seat. At last dia upgrade ke business class.

Kami ke sana tiga beranak sebab menang contest Friso Gold anjuran Dutch Lady.. Happy memang tak terkata. Sejak kadang2 try out dengan hobi contest2 ni, my first time menang a prize of this high value..alhamdulillah. Sebenarnya dalam entry contest tu, nurin goreng2 ayat, kata nak bawak cik Aisyah pergi farm kat New Zealand..ehehe. Sekali tu dapat Holland, duh..memang la kan.. Dutch Lady mesti la Holland. Selain tu, mereka ada jugak farms kat Germany dengan Belgium. 

Jadi, one of the days while we were there, itinerari kami ialah ke salah satu farm where the farmers there reared cows..the key ingredient for Dutch Lady's products kan kan.


Driver kami jemput awal pagi untuk ke sebuah perkampungan nama Doorswerth. Amsterdam dengan Doorswerth, jarak dia dalam 100 km sehala, dalam 1.5 jam gitu. Bila saya tengok map, I noticed that Eindhoven adalah antara Amsterdam dengan Doorswerth. Apa ada dengan Eindhoven? Yup, MH 17. Masa kami pergi tu, berita MH 17 masih lagi ada (so you know how long nurin dah perap entry ni huhu). Eindhoven tu ialah military base yang mana mangsa2 tu dibawa untuk identification. One of my office colleagues is one of the victims.. :(  Not close and never worked together but kami pernah bersama2 di offshore, he was a very kind man and fatherly figure. His assignment at that time brought him to Nigeria. Dia akan kerja 28 hari, dan balik ke Malaysia untuk 28 hari..begitulah rutin dia. Tambahan pula, selalunya dia tak ambik route stopover Netherlands..sebab selalunya dia akan stopover Qatar. Uh..sedih mengingatkan all the victims.

MH17.. never forget

Anyway, our driver ni pun rupanya adalah local di Eindhoven tu. Katanya, waktu mayat2 tu tiba, memang sangat2 penuh orang beratur di sepanjang jalan, dan termasuk lah dia dan anaknya. Penuh bunga2 kat jalan. Masa perjalanan balik ke Amsterdam, kami detour kejap ke Eindhoven ni. Kira2 dalam 15 minit dari highway. Waktu kami ke military base ni, bedah siasat masih tengah dijalankan lagi. 

Lagi satu nak cerita, ada 2 family yang menang trip ke Amsterdam ni. Walaupun Dutch Lady cuba untuk gabungkan kami dalam satu trip, tapi sebab conflicting schedules, kami tak dapat pergi sama2. Bayangkan how horrified the travel agent semua..sebab family tu punya Malaysia Airlines flight dari KL ke Amsterdam is on the same day of the tragedy. Cuma yang flight MH 17 tu dari Amsterdam ke KL kan.. yang family ni baru nak ke Amsterdam on that day.


Kami berhenti kat pintu pagar depan kejap

OK, sekarang nak sambung cerita lembu2 di Doorswerth. Driver kami tu sangat friendly dan banyak bercerita pasal Holland. Hubby pulak banyak bertanya, memang rancak la berborak. Best2. Dia kata dia selalu bawak businessmen yang datang ke negara tu, jadinya dia jarang dapat bercakap2 sebab selalunya diorang akan tidur je.. Bila sampai kat rumah farmer tu, we were greeted by the farmer and his wife, Paul dengan Mirella Schouten. Ada jugak wakil Friesland Campina dari Holland (subsidiary for Dutch Lady) nama dia Ria, dan jugak camera lady nama dia Dewi (kacukan Belanda-Indonesia..comel dia). 


Mula2 kami dibawa kat ruang makan rumah mereka untuk makan2 biskut.. minum.....susu..hehe. Kebetulan hari tu adalah first day sekolah kat Netherlands, jadinya 2 orang anak mereka tak dapat join. Driver tu pun join kami, dia kata pengalaman baru untuk dia, tak pernah bawak contest winner, dari Malaysia pulak tu haha.

Paul dengan Mirella ni adalah antara beribu2 farmer di seluruh Netherlands yang ada strong connection dengan Friesland Campina untuk deliver produk yang berkualiti tinggi which Friesland Campina will further process and market. Paul memang sangat passionate in telling the story about how the process really works. Ni adalah bisnes keluarga dia..so the farm has been there for generations. Dia pun rancak la bercerita tentang camne dia bela lembu2 tu and the environment that they live in, quality control yang mereka ada untuk menjaga kualiti susu yang dihasilkan, camne mereka simpan susu tu.. Time tu nurin dah tak sabar2 nak pergi menjenguk lembu2 kat belakang hehe. Lagi satu sebab asyik ada kamera, nurin asyik control je hoho.

Berjalan ke bahagian belakang rumah untuk ke farm. Tengok tu cik Aisyah dah jadi excited

OK, cik Aisyah memang sangat excited 
Seeing Aisyah super excited, rasa macam hati mama dia ni ada rasa sangat warm and melting..hehe. Tak pernah tengok dia excited gitu, hentak2 kaki, geleng2 kepala sambil gelak2.. Dekat dalam kandang lembu ni, boleh nampak lembu2 ni dia ada unique tag kat telinga dia.. Pernah dengar tak tentang iklan Friso Gold (ataupun byk dalam Facebook mereka), yang kalau kita beli produk Friso Gold tu, boleh key in barcode dia..and boleh tau kat mana dia originate dan proses dia.. So dia guna unique code ni la. Masa ni Paul tengah cerita tentang lembu2 dia yang setiap satu ada nama masing2.. Uh..seriusly geli sebab lembu tu suka jilat2 tangan orang! Haha.




Lepas tu kami dibawa kat dalam bilik ni, the milking room. Actually the family just had this kind of technology just a few years ago. Jadi sebelum ni mereka perah manually. Tapi dengan automatic milking ni, kerja jadi lagi senang. Pekerja diorang pun ada sorang je. Gambar kat atas tu, Aisyah tengah curious mengintai lembu tengah milking herself. Actually, lembu2 ni memang sendiri2 je datang untuk milking. Mereka akan beratur dan milk one by one. Kalau ada lembu yang tak datang milking, the techology will detect and let the farmer know to come and check. Susu yang dia perah ni pun, akan boleh detect kalau ada darah ke apa..and dia akan reject and inspect lembu yang terlibat. Mana2 lembu yang tak perform atau yang cacat, akan kena hantar pergi sembelih...

Kami berjalan ke ladang lembu
Lembu2 berjalan ke ladang lembu
Time ni dah nak start interview with me

Unfortunately, my Hubby takde langsung amik gambar masa I tgh di-interview. Kenapa? Sebab waktu I kena interview tu dia nervous. Sebabnya dia nampak I macam nervous.. uh uh, memang betul.. dah la waktu tu I kena ulang 2 soalan yang sama tu sampai 3 kali sebab takut tak dengar ke apa.. I dah practice ayat2 tu sejak dari tiba lagi..tapi of course la sampai kena interview tu, I cakap spontan je la.. Nervous tu ofcoz ada, sebab tak biasa depan kamera. 

Family photo with the cows

Farming in Netherlands is obviously a very lucrative job. Mereka juga sangat bangga menyambung kerja tradisi ni, passed on for every generation. Ada sekali tu saya ada tanya "So you (the Schouten family) work for Friesland Campina?".. The Friesland Campina punya rep, Ria, actually corrected my sentence by saying, "No, in fact, Friesland Campina work for the farmers. Without the farmers, there will be no Friesland Campina. Our board of directors are all comprised of farmers and they make the directory decisions". Kagum. Dalam masa yang sama malu sebab tersasul kata gitu.


Overall, the trip gave us a valuable insight on the production of Friso Gold (cewah, ayat yang sangat politically correct macam sponsored post gitu). Tapi betul, pengalaman yang sangat bernilai. My Hubby la yang paling banyak sekali tanya.. I was quite distracted with Aisyah sometimes but listened intently (yela, lagipun sebab lepas tu kena buat entry untuk Dutch Lady hehehe). 



Best jugak sebab dapat bawak balik berbotol2 susu dan satu tin Friso Gold :) Alhamdulillah syukur pada Allah atas peluang yang diberikan. Seronok dapat bawak Aisyah dan keluarga berjalan2 ke negara orang. Walaupun sekarang dah sangat sibuk dan tak mampu nak join contest lagi buat masa ni, semoga diberikan peluang di lain kali. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...