nurinkhairi: Dropbox / Drop Zone Untuk Kunci, Wallet dsb

11 March 2015

Dropbox / Drop Zone Untuk Kunci, Wallet dsb

11 March 2015
Uh uh..cam biasa la jarang update lagi. Camne ni la maknya sangat busy dengan tuntutan kerja. Projek rumah pun biasa2 je tak banyak yang berubah. Setakat masak-cuci baju-berkebun(hubby!)-lipat kain uh ni bukan projek rumah. Camne ni camne ni camne niii.. Orang masuk rumah kejap je nampak macam2 perubahan. OK duit pun masih dikumpul, sesuai la dengan apa yang ada (alasan baik punya).

Kitchen cabinet dah siap pasang dan table top pun dah pasang sebelum CNY haritu. Masih ada lagi yang belum siap..iaitu drawer! Uh lama nya drawer diraja ni nak siap dipasang, special sangat ke ni.. Konon sebab kami ambik drawer yang mahal sikit supaya boleh tahan berat, jadinya ntah macam mana installer tu tak bawak time install. Cadangnya drawer kami nak simpan pinggan2 yang banyak2. 



Anyway, insyaAllah hujung minggu ni baru siap dipasang. Jadinya let's move to other topic...

Kunci sepah!

My biggest pet peeve sebab my husband selalu letak kunci merata. Yelah dulu masa kami datang semua barang letak at foot level. Bayangkan.. waktu mula2 pindah tu semua benda nak amik kena tunduk2. Takde perabot.. yang ada cuma katil, sofa, tv dan meja tv. "Living out of briefcase" gitu. Takde tempat khas untuk letak kunci dan semua mak nenek benda kecik. I suka letak benda mak nenek ni dalam handbag je, tapi since all men always empty their pockets and keluar la segala mak nenek benda dalam poket seluar..

Kami pergi IKEA dua kali untuk beli furniture sikit.. one of them is the Expedit/Kallax punya rak. Kurang sikit kesepahan di hujung katil. Kat atas rak Kallax kami, is our "drop box" which worked wonders so far..

Masa nak beli ni, I fikir2 jugak..I have a few options kat IKEA. Kebanyakannya adalah vases yang simple tapi comel2. Tapi kriteria yang saya nak ialah:

  • Taknak storage yang dalam dan susah nak capai/cari barang 
  • Taknak storage yang kemungkinan kunci akan terbelit2 dengan wayar charger etc
  • Taknak yang digantung sebab bukan kunci je nak simpan tapi nak letak wallet, spec mata..
  • Senang nak guna dan tahan lama
Initially this was one of our options - IKEA Kardemumma 

Oh..banyak nye taknak. Gedik. Finally we found our option:


Makan space atas rak tapi cara ni menjadi. Space pun memang banyak kat atas tu.. And....Yes!!! Sekarang kalau nak carik kunci husband dan apa2 benda merepek, kita cakap "tempat biasa" je.. inilah tempat biasa i.e. dropbox kami. Nama dia IDEAL candle dish dari IKEA. Harga dia mahal jugak la..rasanya dalam RM 17. Benda ni simple je, jadi kat tempat lain pun ada rasanya. Haritu saya jumpa benda macam ni tapi saiz kecik, jumpa kat kedai pasu di lot2 nurseri Sungai Buloh. 

Yang penting the system works for us. It does not deter us from using it. Equally penting ialah untuk maintain supaya takde benda lain kat sini eg: kadang2 husband suka letak deodorant (tempat deodorant kat sebelahhhh tu jeee abangg). Kalau benda yang susah macam kena bukak laci untuk simpan, atau kena gantung tapi tempat gantung dia suka gerak2, memang takkan guna la. I pun takkan guna...nak senang je eheheh.







1 comment:

  1. ada drop area untuk letak benda-benda macam ni memang mudah.suami akan senang letak dia punya barang kat situ. sekali gus

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...