nurinkhairi: Dish Rack Di Rumah

28 May 2015

Dish Rack Di Rumah

28 May 2015
Macam mana keadaan dish rack kat rumah you ladies? Dish rack ni antara yang paling penting perlu ada dalam rumah orang2 Malaysia ni, memandangkan dishwasher atau dish dryer not our main criteria for household equipment. Penting nak kena ambik kira footprint untuk dish rack especially kalau counter top takde la banyak sangat kann. Mesti dekat dengan sink tapi taknak dekat sangat sampai boleh percik benda2 yang tak diingini, mesti senang nak maintain kang ada yang berlemuih tang bawah dish rack dia.

Dish rack kami yang mula2 sekali dari zaman mula2 kahwin sudah tentu la yang takat beli kat kedai plastik, harga belas2 ringgit, kaler hijau (adehh..tak berkenan betul maknya), takde nilai estetika (dishrack pun nak ada ciri2 estetika ek…hehe). Sebab dishrack nye agak besar, dan boleh telangkup segala macam mak nenek kat situ, by the time kami clearkan dish rack tu, datang lagi satu batch pinggan mangkuk basah. Sudahnya end up dah jadi macam tempat letak pinggan kekal, bukan permanent dah. Berlemuih kat bawah tu memang sah la, dish rack hijau campur lumut hijau..euwww!  Ok, tu exaggerate je lebih tolong jangan percaya sangat.

Saya pernah nampak design dekat showroom kitchen cabinet supplier yang ada built-in dish rack, which I remembered yang I takde la nak berkenan sangat. End up pada satu hari, kami ke IKEA dan akhirnya bawa pulang dish rack GRUNDTAL seperti ini, agak sama dengan yang saya tak berkenan tempoh hari:




You will see why it does not really fit well with my kitchen: tempat letak pinggan tapi tak boleh nak sangkut mangkuk dan cawan..

Pada masa yang sama, kami jugak beli railing IKEA brand GRUNDTAL jugak dan kat situ lah tempat kami sangkut dan sidai macam2 perkakas dapur yang lain: kuali, cawan, sudu, senduk, pisau, mangkuk dan sebagainya.



Kami ada satu bekas untuk letak sudu/garpu tapi sebab benda nye gantung tang gini, it cannot hold weight of other appliances such as senduk panjang atau pisau. Pisau kami terus masuk dalam knife block gini walaupun selalunya saya cuba untuk keringkan dulu dengan lap bilah pisau tu sebelum masukkan dalam block gini (I am not a fan of knife blocks, especially yang kayu sebab takut reput?). Senduk atau sudip kami sidai je atas railing ni. Cawan, mangkuk etc kami sidai atas railing jugak.

Oleh sebab at one time selalunya ada banyak jugak appliances and the space is not enough, tembok bata ni pun jadi mangsa tempat sidai! Huhuhu.. Oh the horror of looking at this section of my kitchen..

Gambar sebelum kemaskan yang kering, tembok bata tu pun jadi mangsa tempat sidai kuali huhu

We bought small hooks to hang other small things, such as the bekas untuk letak sudu tu, tempat gantung getah, dan jugak mitten for handling hot objects.

So what do I think about this drying corner? Yang kebaikan dulu:

  •  Bekas tadahan air kat bawah dia kaler putih, saya suka sebab lebih cepat nampak kotor oleh itu cepat dibersihkan
Tadahan air dan nampak tak ada 4 hook untuk cabut bila nak basuh

  • Hook tu menyebabkan kita boleh customise apa kemudahan yang kita nak letak dekat railing tu. Contohnya, nurin letak tempat letak mitten, basuh botol, getah dgn tempat sudu! Kalau nak tambah lagi railing atau tambah lagi hook, harganya murah aja

  • Sebab dishrack ni kecik dan railing atas dishrack tu agak scary, turnover rate is quite fast. Dalam kata lain, kebarangkalian yang nurin simpan pinggan mangkuk dari tempat ni ke laci pinggan mangkuk agak cepat sebab nak kena basuh barang lain lagi, dah tak muat kalau nak telangkup semua hehehe
  • Tak makan space, sebab semua tergantung


Keburukan:
  • Pada pendapat saya, not really visually appealing tapi nurin tak pasti tang macam mana nak buat dish rack style Melayu jadi visually appealing
  • Dishrack dan railing tu agak scary.. ‘Scary’ oleh kerana ianya takde enclosure. Ada kemungkinan benda2 kaca boleh jatuh dan pecah. Setakat ni cawan2 plastik kecik yang agak ringan ada selalu jatuh ke lantai bila barang dah penuh. Pernah ada scary moment yang mana barang kaca hampir nak terjatuh jugak..huhu. Tambah2 pulak kalau kat dishrack tu kau main sumbat pinggan, dengan cawan, dengan mangkuk semua tak hingat
Ada perasaan tak berapa selamat di situ..

  • Hook tu selalu gerak2. Bila kita nak cepat lepas habis basuh botol, oleh sebab dia tak lekap ke dinding, hook tu boleh main goyang2 pulak dengan kita. Aihh..mula2 annoying tapi lama2 dah biasa jadi ok la. Solution dia boleh consider letak hook tu kat railing yang paling dalam untuk kurangkan kesan ‘bandul’




  • Tempat letak sudu ni agak senget sebab the way the hook supports the thing. Sebab tu senduk atau sudip yang panjang2 tak boleh nak masuk ke dalam sebab, again, the pendulum effect di atas

Anyway, I am considering to upgrade the dishrack section later, tapi tengok la ye. Sekian sahaja laporan saya dari dapur nurinkhairi. Bagi la cadangan dishrack yang menarik dan praktikal yang you ladies guna kat dapur ok! J

2 comments:

  1. akan ada penambahbaikkan nanti bila survey2 dishwash kat tempat lain, boleh apply kat rumah sendiri kan..

    dish wash saya letak sebelah sink. toskan air. lepas kering sikit terus pindah ke rak pinggan

    ReplyDelete
  2. Sy minat dgn dish wash mcm ni, tp scary..takut pinggan dgn brg2 lain jatuh ke bwh..Sy ni dhla pinggan xbyk..klu jatuh pecah satu dua tu, sentap jugak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...