nurinkhairi: Whipping Cream FAIL

31 May 2015

Whipping Cream FAIL

31 May 2015
Teringin nak buat kek blackforest lepas dah dapat dapur baru, oven baru.. jadi mulalah projek kek blackforest yang mana last buat waktu zaman student dulu kat UK. Kat UK dulu, whipping cream boleh dibeli di kedai2 kecik macam kedai Tesco Express (saiz dia macam 99 Speedmart gitu), murah dan banyak choice. Kat sini sebab dah lama tak beli, saya jumpa brand Emborg dekat kedai supermarket. Whipping cream dia 200 ml je, mula2 macam ragu2 cukup ke tak ni 200 ml?

Ini lah sains disebalik whipping cream... iaitu..Whipping cream jangan overbeat! 


Ini jadinya kalau terlebih pukul. Krim tu akan terlebih separate dan akhirnya nampak macam berair kaler susu + buttery texture. Saya buang lepas fail ni tapi bila google2, rupanya masih boleh digunakan sebagai buttermilk benda ini..


Percubaan kedua ialah beli whipping cream jenama lain dari Cold Storage, 1 liter terus. Obviously tak perlu nak guna semua, sebab terlalu banyak.. Saya pukul sikit2 in 2 or 3 batches sebab takut terlebih pukul lagi.

Masa tengah beating. Mula2 pukul perlahan, lepas tu saya tambah kelajuan max guna satu beater je
Akhirnya hasilnya whipping cream with soft peaks, lembut dan nampak yummy! Yang lebihan whipping cream tak guna, saya pukul sampai jadi, lepas tu simpan dalam freezer. Boleh guna untuk minum, dessert etc.



Sekian experimen fail saya di dapur.. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...