nurinkhairi: Pengalaman Menyewa Kereta di London

08 June 2015

Pengalaman Menyewa Kereta di London

08 June 2015
Assalamualaikum dear readers..




Ada pelawat blog nurin yang request resit2 masa nurin sewa kereta ke UK dulu. Setelah korek2 dalam my travel stuffs, jumpa lah resit nya. Lepas tu terasa macam nak tulis entry je terus sebab insyaAllah mungkin akan berguna untuk pembaca yang lain. Tambah2 pulak sebab aihh..malas nya nak kecikkan saiz gambar tu untuk email. Pernah menulis tentang sewa kereta di London ni pada entry yang lepas, tapi mungkin tak begitu membantu sangat. Gambar2 kat bawah boleh klik dan zoom kalau nak lebih jelas.

Berkaitan dengan sewa kereta di UK ni, nurin nak bagitau yang ni kali kedua nurin cuba sewa kereta di UK.. Kali pertama ialah masa nurin graduate, sewa kereta untuk ayah nurin yang bawak. This was 2nd time, waktu pergi ke UK pada tahun 2013. In both of the cases:
  • There were not a lot of research done untuk cari sewa termurah, company terbagus etc. Memang main lenjan je
  • Tak payah nak ada international driving licence la bagai..dia just akan mintak lesen JPJ awak je.
Oleh itu, on my first point, nurin tak boleh nak bagi guide untuk carik sewa kereta termurah sebab sewa kereta ni yang paling nurin tak research on both cases. Walaupun book online, harga pun tak berapa murah, tapi tak terasa sangat mahalnya sebab in both cases, kami sewa sehari je.

Lokasi Menyewa

Kami ambik kereta selepas terus turun dari Heathrow Airport. Oleh sebab tak ada buat research ke apa, kami tunggu je dekat kaunter terminal di mana banyak kaunter sewa kereta, and after waiting for a good 1 hour or something, then we realized that camane ntah rupanya we had to take a shuttle to the car rental agency. Nama rental agency tu ialah Alamo. There was a shuttle from Heathrow Airport (tak ingat dah terminal mana kami berenti) lepas tu dia drive free ke rental agency. 

Masa kami pulangkan kereta tu pun, kami balik semula ke Heathrow Airport untuk carik bas guna shuttle yang disediakan. Lagi satu, oleh sebab rental agency tu boleh jalan kaki jugak ke hotel kami, sehari selepas pulangkan kereta, kami dengan suka hatinya (but cautious), naik shuttle tu dari Heathrow Airport ke tempat sewa kereta tu, dan dari situ kami jalan kaki pulang ke hotel ikut shortcut. Saja..dapat le jimat duit beberapa pound daripada naik bas..hehehe oops. Nama hotel kami ialah Arora Hotel Heathrow.

Harga



Screenshot kat atas adalah summary email masa nurin buat booking, Nurin buat booking ni dalam sehari sebelum je pun, waktu dalam training room kat Houston. Oh, memang takde research apa sangat, terus bedal je nampak harga macam reasonable, 30 pound untuk 1 hari (dalam RM 150 ekk..). Nurin mula2 book 2 hari. Kereta ni kereta kecik je, masa dapat tu kami pilih Volkswagen Golf. OK settle!

Meh sini tengok pulak harga sebenar yang nurin kena bayar, untuk 1 hari menyewa!


Harga sebenar yang nurin kena bayar..no no..bukan GBP 30, tapi hampir GBP 100 ! Nurin pernah tulis ni dalam entry sebelum ni (link sama macam kat atas), whereby, rupanya harga masa nurin book dalam website tu, tak campur insurans! Yela, time tengah book tu rushing2, masa tengah training pulak tu, mungkin tersilap pandang huhu. Tak sangka tak masuk insurans, padahal when my first time book kereta pada tahun 2010 dulu, harga dia lebih kurang GBP 40 tapi dah masuk insurans, yang itu harga walk-in to counter, jadi ingatkan GBP 30 tu kira murah la dan dah masuk insurans!!!

So please be aware and read the fine prints as much possible. Insurans mesti kena ada, kalau tak silap ianya wajib kena ada, macam kita kat Malaysia jugak kann.. lagi2 nak memandu kat negara orang. Kalau ada apa2 kejadian ke, kang satu hal pulak nak kena settle bukannya sekejap, kang spoil the trip pulak kann.. So in summary, our breakdown of actual charge was:

  • Daily rental - GBP 29.69/day
  • Insurans - GBP 27.50/day
  • Sewa GPS - GBP 11.66/day
  • VAT (macam GST la) - GBP 15.43 
  • Yang lain2 charge yang kecik2 tu, nurin dah tak ingat kenapa..tapi rasanya ada yang optional, macam roadside assistance bla2
Oleh sebab harga melampau la pulak walaupun untuk sehari, last2 kami decide untuk book 1 hari je instead of 2 hari. Walaupun nurin book 2 hari dalam website, dia benarkan kalau nak tukar ke 1 hari. So dapatla kami merasa jalan ke luar London dalam 1 hari. Mula2 plan nak ke Bath, lepas tu plan tak jadi, hanya ke Oxford saja..kikiki. (sedih pun ada tapi by the time kami dah sampai UK, kami dah agak pokai haha sebab shopping di US)

Terms & Conditions

Macam biasa la, T&C dia adalah panjang berjela. Ianya sudah tentu berkaitan dengan T&C kalau ada kes seperti accident, hilang kunci, etc. Setiap company T&C dia mungkin berbeza, tapi untuk company ni, insurance yang kita beli ni adalah untuk cover the cost of causing other vehicles or damaged property caused by us, tapi ia tak cover cost for the damage to the vehicle that we are renting!

Lagi satu, akan ada admin fee yang dikenakan kalau ada kes2, contohnya kalau ada hilang aksesori daripada kereta, driver kena bayar replacement cost..pastu on top of that, kena bayar admin fee pulak GBP 27. Ataupun if the company has to pass our details to the authority ke, pun kena bayar admin cost. 

And that brings me to my next point.....

Kena Saman!

Iye, sesungguhnya Hubby nurin selaku drebar kena saman semasa di London. Mengikut surat saman yang dia poskan, nampak gaya macam kena saman pada awal2 perjalanan jugak tu.. Kami kena saman sebab memandu di laluan bas! Huhu.. so berhati2 la. Kalau boleh, sesapa yang research nak memandu di UK, try to familiarize yourself with their road signs. I wasn't sure how we missed that, tapi husband ada cakap.. "Padanla macam..bla bla bla..." Kiranya dia perasan macam ada yang tak kena la, mungkin dia nampak ada sign gitu2 ke, tapi tak sure apa ke, tup2 kena layang surat saman.

Surat saman page 1 of 3

Surat saman page 2 of 3
Surat saman page 3 of 3

Dia poskan ke Malaysia ikut alamat yang kami bagi (which was ikut IC my Hubby). Samannya berharga GBP 130 huhu.. tapi dapat 50% diskaun kalau bayar within 28 days. On top of that, ada admin fee sebanyak GBP 30 macam yang nurin sebutkan ada dalam T&C tadi. Sebenarnya bila dapat saman ni, hati kering aje..dan tak layan pun sebab sedih. Ntah camne tah nurin agak2 diorang dah siap tolak terus dari account nurin (sebab masa bayar guna kad nurin), sampai la hari ni baru nurin cek dalam bank nurin, memang betul dia automatically charge GBP 65 + 30 + 6 (utk VAT) = total GBP 101 . Bayangkan lepas 2 tahun baru cek UK bank balance huhuhu.. 

Others

  • Yang ni rental agreement masa menyewa kereta, dan sebelum final receipt lepas hantar kereta.



  • Digalakkan sewa GPS kalau tak tau jalan. Penting untuk kita tau poskod kat mana destinasi sebab biasanya GPS akan mintak poskod
  • Undang2 di UK mewajibkan meletakkan kanak2 diletakkan dalam car seat, so you have to consider renting it too. Kami tak sewa masa kat UK. More details tentang car seat regulations kat link ini
  • Di UK takde tol
OK sampai sini saja tulisan nurin, kalau ada apa2 soalan/komen/share latest update boleh letak kat bahagian komen ok.. :)

3 comments:

  1. wah..memang kena banyak buat research ni. kat Malaysia pun banyak saman. hihi

    ReplyDelete
  2. saman je £100 lebih? convert duit malaysia dah rm5-6 rat dah tu..pehh betul la nk drive kt sana mmg kena study sbb org sana sgt² mengikut peraturan kan...kitorg hr tu mujur la ada adik duk sana..dia dh tazkirah awl² psl jln raya kt london...alhamdulillah xde saman²..2-3 kali gak sewa kereta kt sana..syok bwk kete sbb org sana behave je..xde smseng jalanan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup saman punya mahal. boleh 4-5 kali beli grocery penuh satu trolley kat supermarket sana kalau £100 tu huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...