nurinkhairi: Kesalahan Kitchen Cabinet nurin | Maxime Design Kontraktor KC

19 August 2015

Kesalahan Kitchen Cabinet nurin | Maxime Design Kontraktor KC

19 August 2015
Lumrah lah..you lose some, you win some.. Nurin boleh kira dengan jari satu tangan je berapa banyak projek rumah yang dah kami siapkan, walaupun rumah ni dah nak masuk setahun dah kami duduk. Tak banyak lagi projek yang nurin rasa betul2 puas hati, tahap tersenyum2 bahagia gitu..hehe.

Nurin list down kesalahan2 design kitchen cabinet nurin untuk dijadikan rujukan sendiri dan readers..

1. Obviously, bukan nak kata kesalahan kitchen cabinet sangat, more to combination colour tak berapa menjadi. Nurin pernah cerita dalam entri lepas. Benda ni memang dah agak aware dan bersedia dengan outcome dia pun..haha. Walaupun begitu, on the other hand, backsplash yang kami pilih suami isteri memang nurin sangat loveee (puji sendiri ihihi)..penat sangat tuu carik backsplash, berapa lama kami carik, berbulan2 jugak makan masa, rasanya mungkin lagi lama dari pilih KC material sendiri (sebab dah ada kontraktor, limited je la design yang kami boleh pilih kann)

Masa masih dalam peringkat installation

2. Kesalahan kecik je ni, nurin not so fussed. Pintu tepi anak tangga ni besar sikit, jadi bila bukak dia melanggar tangga tu. Nurin yang bagi semua ukuran dekat kontraktor, tapi tak perasan pulak masalah yang ini

Pintu KC hujung ni akan langgar tangga ni kalau bukak habis

3. Oleh sebab takde "soft-close" (maksudnya takde "soft-open" jugak), pintu kabinet yang ini selalu melanggar end panel dengan agak kuat. Almari ni tempat kami letak cereals untuk sarapan, jadi selalu juga kami buka tutup. Nurin risau juga kalau selalu, ada kemungkinan akan pecah ke pintu nya memandangkan pintu tu ialah 5G glass / crystal glass. Benda ni boleh resolve kalau pasang soft-close mechanism..nanti2 la dulu yee



4. Ada satu pintu ni agak longgar buatannya. Nurin tak pasti sama ada masalah ni datang dari kontraktor KC ataupun masa kami panggil plumber. Nurin syak dari plumber sebab kontraktor KC kami sangat meticulous kerja dia.. Kalau tengok gambar kat bawah, mungkin boleh nampak salah satu daripada pintunya nampak renggang sikit


5. Installer tertebuk lubang untuk hinge pintu

Sebenarnya partly that was our mistake. Untuk tall unit kami, masa design stage memang kontraktor dah tau yang kami nak tall unit yang jenis tarik keluar, bukan yang jenis ada engsel kat pintu. Kami beli pemegang pintu ni kat IKEA untuk installer pasangkan. Tapi kami tak sedar yang design drawing memang clearly lukis ada hinge, oleh itu installer (orang lain) pergi tebuk lubang dekat pintu crystal glass kami.. waaaa... 


Pemegang kat tengah2 tall unit tu kami beli kat IKEA, kami mintak installer pasangkan. Gambar penutup lubang hinge yang dia pasangkan, nurin tak ambik, tapi paham2 je la macam  rupanya

Mula2 tu ingat nak demand dekat designer dia untuk dapatkan kami pintu baru, tapi fikir punya fikir, malas pulak nak besarkan sebab nanti lambat pulak dapat pintu baru. Tambahan pulak, kami pun sama sebab tak perasan dalam design drawing ada lukis gitu. Finally, on the 2nd round installer tu datang, dia bawak penutup untuk tutup lubang engsel tu. OK la..


6. Yang ni kesalahan cabinet yang nurin paling terasa sekali. Again, ini bukan dari kontraktor KC, tapi dia sub kepada kontraktor lain untuk buat granit. Sekitar sinki ni selalu ada air bertakung. Nurin tak pasti sama ada bahagian sink tu boleh direndahkan sikit supaya air mengalir ke arah sink..sama macam kalau dekat dalam bilik air. Tapi yang pasti, kontraktor granit nurin takde advise begitu. 



Nurin rasa ada 2 cara kalau nak kurangkan air asyik bertakung, tapi sudah tentu perlukan maintenance 

(1) letak kain dekat tepi2 sinki supaya air tak melimpah keluar sangat, but with my one-bowl sink, nurin tak rasa itu akan efektif, sebab chances are dia akan melimpah jugak, dan..

(2) solution nurin.. guna 'squegee' macam orang dok cuci tingkap tuu.. squegee tu nurin gantung betul2 atas sink tu


Squegee yang berjasa

Kontraktor Kitchen Cabinet 


Kilang 

Maxime Design yang kami upahkan untuk buat kitchen cabinet ni. Tak banyak review yang nurin nampak dalam WWW tentang kontraktor ni, kalau ada pun yang negatif mungkin beberapa tahun dulu punya post. Kami puas hati dengan kerja mereka sebab hasil kerja teliti dan masa design and construction stage pun mereka terima idea design kami, lepas tu sabar je la dengan quotation macam2 mintak sebab nak compare different materials. Installer dia kena datang 2 kali sebab nak betulkan beberapa kesalahan. Nurin tak perasan pun kesalahan tu, dia yang bagitau and janji untuk datang.

Ada beberapa kali jugak kami datang ke kilang dia untuk bincang dan tengok sendiri contoh2 end panel yang real dan bersaiz besar. Sebab dekat showroom cuma ada sampel2 je. The last time we went there, waktu tu kabinet kami dah siap, tunggu nak pasang je. Waktu tu kami inspect laci2 kami, dan kami perasan our base of the drawer macam agak lembut kayunya. Kami bayar extra sikit untuk set laci sebab kami upgrade drawer roller supaya lebih tahan berat, plan nak letak pinggan mangkuk (and I loved it! Suka letak pinggan2 dalam laci sebab senang nak carik dan ambik), tapi kalau base laci tu lembut pun tak guna jugak!



Berbaloi kami pergi ke kilang dia untuk inspect, pada masa yang sama untuk bayar. Alhamdulillah kerja pemasangan KC takde masalah besar, cuma dari design stage sampai nak install tu agak lama sebab masing2 busy dan tak sempat finalize!




3 comments:

  1. thanks for sharing, boleh jadi rujukan kepada readers.

    ReplyDelete
  2. Wah cantiknya kitchen kabinet nurin. Mmg semua design semriri ye.
    Sangat kreatif...sy punya theme pun sama itam putih jgk.


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  3. Terjumpa blog ni masa cari blog hopping.suggestion sy tuk elak air bertakung kat sink,guna paip air yg adjustable/stretchable atau paip yg rendah lg.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...