nurinkhairi: Nurinkhairi Pasang Kitchen Cabinet

12 August 2015

Nurinkhairi Pasang Kitchen Cabinet

12 August 2015
Kitchen cabinet dah lama dah terpasang, dah 5 bulan dah. Konon2 ada entry teaser, haa amik terus takde follow up lepas teaser.. ehh..takde orang kisah pun haha. Gambar KC baru je snap, makanya baru la nak up entry. Masa pantang yang lepas, gigih la cik nurin habiskan projek kitchen cabinet, akhirnya dalam bulan Mac tercapai la hajat nak pasang kitchen cabinet ikut design yang dikehendaki.


Keseluruhan, seperti yang dijangka, takde la seperti yang expected sangat. Yela, nurin mengharap nak KC warna putih; classic atau modern style tak kisah sangat. Tapi kena compromise dengan Hubby sebab dia nak granit punya countertop, tahan lama katanya. Nurin nak ambik quartz warna putih sebab granit mana ada warna putih, tapi redha je la.. Orang tukang buat granit pun asik dok advice beli granit.. dia kata quartz ni tak setanding kualiti granit la, letak chemical la, pastu kalau tumpah kunyit kaler dia susah hilang la.. ok la daku redha je la lagipun kalau yang high maintenance susah jugak.



Dulu nurin pernah berangan nak kayu nyatoh pun tak dapat jugak.. pastu nak end panel warna putih pun tak lepas jugak tapisan Hubby..huhu. Dia kata, kalau end panel warna putih, nanti kalau kaler dia off dengan backsplash ceramic ala2 marble tu, nanti tak cantik. Kalau betul2 sama kaler baru cantik, tapi of coz la takkan sama kaler n style dia. Pernah jugak mintak quotation untuk kontraktor KC buat end panel tu daripada surface putih yang dekat pintu2 KC ni (material dia panggil Zen, ataupun 5G kalau tak silap), tapi ohh mahal nyaaa (kalau bab comparison harga, kena carik2 quotation so malas nak letak sekarang). End up, end panel warna brown. In the end, itulah dia nurin punya dry KC.. putih-hitam-brown.. Alhamdulillah all the 4 materials (pintu KC, end panel, countertop dan backsplash), semua cantik dan bagus, cuma ada la part yang kaler tak berkenan tu..takpe nurin redha.

Gambar waktu baru selesai installation countertop

Ni gambar2 kitchen cabinet nurin dalam dapur yang kecik ni..

Bahagian tall cabinet, microwave oven dgn oven

Ni pandangan dari ruang tetamu




Tempat dapur dan sink, and ada sikit ruang kerja. 


Walaupun kami dah terbeli sink 3-bowl sebelum tu, yang tu kami plan untuk install di wet kitchen taktau la berapa lama lagi insyaAllah, memandangkan dapur nye pun belum wujud lagi. Dapur ni kecik jadi tak sesuai sink yang besar2. Sink dan tap dapur ni pernah nurin cerita dalam entry ni . Kami sengaja tak tebuk lubang untuk dapur sebab mengharapkan letak di wet kitchen huhu.. 


Kami ada sikit ruang kat bawah tangga, jadi kami tak tutup dengan semua KC. Plan nak jadikan ruang bawah ni sebagai pantry.. letak lampu, dan letak la barang2 storage macam cleaning accessories ke, atau recycle items etc. Setakat ni, bawah tangga ni nurin jadikan tempat masak nasik, blender, toaster (tak yah la tunjuk gambar sebab pencahayaan tak berapa bagus -- takde lampu bawah tangga ni), so that tak payah semak countertop KC. 

Peti sejuk ni pulak sementara je di dry KC. Orientation dia agak pelik, jadinya kalau nak bukak peti sejuk agak susah sebab limited space.



Pull out kabinet ni pulak seperti yang nurin nak, tapi ada jugak yang tak puas hati..huhu..

Yang ni rangka sebelum kami pasang pintu
Macam tu la ek, we lose some, we win some. Ada target yang mengena, ada yang tersasar sikit dari impian. Kitchen ni dah banyak tolong nurin.. Setakat ni nurin puas hati. Maintenance tak banyak, countertop ni kena bersihkan selalu jugak sebab walaupun warna hitam, tapi bila lap boleh rasa apa yang kotor.. Pintu dengan end panel dia pulak setakat ni nurin belum pernah bersihkan lagi..hehe

OK selamat pagi semua.. :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...