nurinkhairi: DIY Label Pada 'Soap Dispenser'

28 September 2015

DIY Label Pada 'Soap Dispenser'

28 September 2015
Salam dan selamat hari raya Aidiladha


Pada cuti hari minggu raya ni, nurin cuba bereskperimen dengan toy baru nurin iaitu mesin pemotong Silhouette Portrait. Dah beli agak lama tapi baru dapat dalam 2 bulan lepas bila adik nurin pulang dari US. Harga di sana jauh lebih murah berbanding di Malaysia, tambah pula nurin beli masa sale.








Projek kecil-kecilan ini adalah untuk mekapkan sikit bekas pencuci pinggan di tepi sink dapur nurin. Projek mudah saja. Nurin gunakan material gold adhesive foil , oleh itu ia berpelekat di belakang. Sesuai untuk tampal pada dispenser macam nurin punya ni. Nurin nak letak perkataan 'DISH' pada dispenser ni.



Setting pada komputer.. dan mesin Silhouette akan potong seperti gambar kat atas



Huruf 'H' macam tak berapa cantik pada mulanya, oleh itu nurin kurangkan ketajaman blade dia. Ia boleh setting daripada 1 hingga 10. Sebab tu nampak banyak yang nurin testing perkataan DISH tu.


Lepas dah siap potong, masa untuk korek daripada pelekat. Alat spatula macam gambar di bawah ini adalah salah satu barang free yang nurin dapat, memang sangat membantu mengorek (mengumpil..hehe) huruf2 tu untuk dilekatkan dengan senang. Walaupun renyah jugak sebenarnya, kesabaran kena sedikit tinggi ye.



Produk yang dah siap


Pencuci tepi sink di dapur nurin.. Nurin tampalkan perkataan 'DISH' tu di depan dan belakang dispenser tu.



Nurin puas hati dengan hasil nurin yang baru berjinak-jinak. Projek lain menyusul kemudian insyaAllah... :)










2 comments:

  1. Bestnyaaaa
    brapa harga mesin pemotong tu kat US ye?

    Reply kat blog cik kumbang ea ;)
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...