nurinkhairi: IKEA terlebih caj masa membayar | IKEA dibuka di Cheras 19 Nov 2015

18 November 2015

IKEA terlebih caj masa membayar | IKEA dibuka di Cheras 19 Nov 2015

18 November 2015
Untuk keluarga2 yang baru masuk rumah atau yang selalu home deco atau susun atur terutamanya kat Lembah Klang ni, mesti wajib la pergi ke IKEA. Esok IKEA Cheras dah mula bukak. Konon ingat Cheras, nurin perasan la ingat dekat jugak la dengan rumah mak nurin. Haha..maap la sangat ye.. Cheras tu besar. Yang ni sebenarnya sangat dekat dengan KLCC, boleh jadikan outing masa lunch kalau untuk sesiapa yang kerja berdekatan macam nurin.

Banyak jugak promosi yang nurin dengar. Ada beribu2 door gift tapi sekadar pen drive, beg.. gift card cuma ada 2 je yang akan diberikan esok. Tengok dalam facebook IKEA, nampak gaya IKEA macam menjangkakan pengunjung sampai 30,000 orang! 

Lepas tu, baru pagi tadi, IKEA ada umumkan esok, orang yang pertama yang beratur kat kaunter penebusan akan dapat kerusi gini. Hubby cakap ini harga RM 699 nii..  Amboii..ada ler orang yang tidur depan pintu IKEA malam ni haaa..


Tak sanggup nurin nak menghadap ramai2 orang ni. Takpela bagi peluang orang lain hehehe. Mak buyong kena rehat kat rumah!

Sebenarnya nurin nak kongsi dalam bulan 8 haritu, ada sale untuk IKEA Family punya ahli. Ramai nya bukan mainn..beratur punya panjang terutamanya untuk dapatkan rak Kallax (dulu nama dia Expedit), harga sale RM 99, harga sebenar RM 299. Masing2 dengan troli besar, lagi la padatnye dekat bahagian warehouse dia. Nurin nak kongsi masa sale haritu, nurin ada beli barang2 yang dalam sale, tapi masa buat pembayaran, harga dia sama ada masih harga lama, ataupun harga sale tapi bukan sale hari pertama. Buat pengetahuan, haritu harga pada hari pertama lebih murah daripada sale hari kedua dan seterusnya.

Contohnya, nurin beli 2 x Kerusi POANG dengan kusyen. Harga sebenar masa tu RM 259, IKEA jual RM 199 pada sale hari pertama. Masa nak bayar tu, nurin kena bayar RM 229 (yang ni harga sale untuk hari kedua dan seterusnya). Yang ni je nurin dah terlebih bayar RM 60.

Selesa sangat kerusi POANG ni. Memang salah satu yang kat rumah nurin chupp. Kusyen dia boleh dipertingkatkan lagi sebab kasar sikit..mungkin sapa2 yang pandai jahit cover kerusi POANG ni boleh contact2 nurin ok.. :)

Lepas tu nurin perasan yang terlebih bayar. Bila cakap dengan cashier, dia kata tak boleh betulkan kat situ.  Kena betulkan kat customer service. Siapa2 yang pernah ke customer service dia tau je la, hazab nya nak tunggu giliran kat situ. Tambahan pulak masa tu memang sangat ramai orang, dan lepas balik rumah tu, nurin perasan kat facebook ramai yang complain terbayar lebih. Hubby taknak tunggu dan taknak refund, jadi kami balik je. Sebab dia boleh claim refund dalam masa 100 hari, jadi nurin pergi balik pada hari lain, mengangkut cik Aisyah, kami pergi berdua je. Pagi2 nurin datang waktu baru bukak.

Alhamdulillah dapat jugak claim dalam RM 200+ jugak taww.. tu campur dengan ada barang yang nurin sengaja pulangkan dalam RM 60. Kiranya dalam RM 140 jugak IKEA terlebih caj tau. 

Selamat berjaya lah ye sapa yang nak pergi esok. Update la kat nurin ni. Kalau nurin bukan mak buyong pun nurin tak sanggup nak pergi esok. Walaupun pengalaman overcharge ni tak berapa menyenangkan, tapi tak serik pergi sebab barang IKEA best.


7 comments:

  1. oo..ade jugak eh..kdg2 org xkisah just let it be kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah nak dekat RM 200, kisah la jugak kan.. nurin bukan orang kaya..hehehe

      Delete
  2. Time sale atau opening ikea, sape yang kuat semangat boleh la pergi.
    Ramai betul orang.

    Suami memang tak gemar ke sana time ramai orang, kalau setakat nak beli sikit barang, memang dia boooo layannnnn eh..

    Jenuh nak pujuk..Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah waktu tu suami nurin baru balik keje (dia keje malam masa tu), jadi dia dapat teman nurin. Tapi kalau bab2 sale ni, dia lagi pandai dan semangat. Nurin ni malas sikit kalau bab2 keluar shopping fizikal ni, jenis suka duduk rumah lagi

      Delete
  3. Salam. Nak tanya y kerusi tu kan die sekali ke dgn tempat letak kaki tu? So,RM 259 tu include kerusi+tmpt letak kaki+kusyen ke? Kalau kerusi saja berapa ye harga?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak..rm 259 tu x masuk tmpt kaki. Kalau include tmpt letak kaki, mungkin 359 mcm dlm gmbr kat atas tu kot

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...