nurinkhairi: Pasang Lantai Laminate Inovar

19 November 2015

Pasang Lantai Laminate Inovar

19 November 2015
Akhirnya selepas Hari Raya Aidilfitri lepas, kami dapat pasang lantai laminate daripada Inovar. Kami pasang dekat tingkat atas, merangkumi bilik utama, hallway dan ruang keluarga di atas. Bilik2 lain di atas kami tak pasang.

Lantai daripada Inovar ni ada banyak jenis atau series, dan setiap jenis melambangkan tahap kualiti dia. Nurin ada cerita kat post ini. Harga dia pun lain2 setiap series dia. Pada setiap series tu, banyak pilihan warna. Sebenarnya kami tangguh untuk pasang, sebab nurin berkenan dengan satu kaler iaitu nama Marino Walnut. Tapi kaler ni belum keluar lagi waktu tu (bulan Jun gitu), jadi kami tunggu sampai bulan puasa tahun ni untuk jengah tengok. Kaler dia ni gelap, mungkin yang paling gelap dalam series yang kami nak (Traffic Zone Series). Hubby tak kisah yang mana asalkan nurin happy hehe. 

kaler Marino Walnut

Tapi lepas dah singgah ke showroom di Taman Melawati, fikir2 menimbang2, akhirnya kami sepakat taknak ambik pulak kaler ni! Haha penattt.. Kami tak ambik sebab kaler ni kalau kaler gelap, kemungkinan kalau lantai berhabuk lagi nampak ketara. Macam kereta nurin la warna hitam..bila berhabuk, lagi nampak nyata. Kami akhirnya ambik kaler yang kami rancang dari awal dulu iaitu Sumatran Teak. Kaler ni tak terlalu cair/terang dan tak terlalu gelap..

Sales advisor kami cakap kaler ni popular. Ambik je la. Dia kata jangan ambik kaler Balinese Teak (kaler dia yang paling cair and kekuningan, tengok gambar kat bawah, tak cantik katanya.





Pada hari Sabtu yang dijanjikan, berduyun2 kontraktor datang, ada nak dekat 5-6 orang rasanya yang datang untuk pasang lantai, terkejut nurin. Nurin tak berani pun nak datang jenguk sebab tangga nurin terus menjengah ke ruang keluarga, dan mereka buat kerja di semua tempat secara serentak. 

Hasilnya, puas hati dengan kerja mereka, kemas. Habuk tak ketara, dan kaler pun cantik je pandangan mata. Takde spesifik cara penjagaan kot, cuma kalau air tumpah, cepat2 la lap.

Pemandangan dari arah bilik, memandang ke family area dan hallway ke bilik utama. Nampak sangat family area kami di atas masih kosong takde apa2 barang pun..hehe

Waktu kontraktor tu datang install, dia bawak flooring ni banyak! Sebab dia ingatkan tangga pun termasuk dalam pakej kami jugak. Nasib baik dia tanya dulu. Kalau dia dah start pasang kat tangga, susah pulak nanti. Lagi2 kalau parquet bawah tu dicabutkan, mau tak haru... 

Kaler flooring dan profile: Sumatran Teak
Kaler skirting: Picasso Walnut


Kalau sapa2 yang tengah carik2 kontraktor untuk laminate flooring, pengalaman nurin dengan Inovar ni:

  • Sales advisor bagus, layan kami yang banyak songel. Kami mintak macam2 quotation : yang campur dgn tangga, yang buat seluruh tingkat atas.. dia sabar je layan hehe
  • Skirting kena cabut sendiri, seperti yang nurin pernah tulis kat post nurin yang lama tu (sini). Tapi kami terlupa la nak hack sendiri, sampai2 kontraktor tu cakap ni kalau diorang hack kan, kena bayar extra. Rasanya ikut keluasan la, kami kena bayar RM 150
  • SA kami nasihatkan supaya cabut parquet sebelum pasang lantai, cabut tu kena buat sendiri ataupun extra charge. Sebab, series yang kami ambik ni ada waranti anai2 (anti-termite warranty), tapi kalau ada anai2 disebabkan dia makan parquet kat bawah tu, maka Inovar tak cover. Tapi kami tak cabut pun parquet tu huhu
  • Oleh sebab kami tak pasang lantai ni di bilik2 selain bilik utama, dia pasang profile pada setiap sisi yang terbukak (yang takde dinding). Nurin tak berapa suka, sebab tak sedap kat kaki bila jalan. Kalau ada duit lebih, boleh pasang dalam bilik2 lain, lepas tu profile tu boleh bukak
Profile nyer rupa gini
  • Oleh sebab kontraktor tu terbawak lantai yang lebih dan mereka pulang dengan van kecik je, lantai tu dia tinggal kat rumah dalam masa agak lama jugak (dalam 3 minggu gitu), lepas tu baru dia ambik balik. Oleh sebab tu, dia lambat sangat tutup account. Bila dia dah siap kira2 tolak2, SA kami kata kami dapat refund dalam RM 1000 lebih. Sebab kami terlebih bayar dan jugak quotation dia terlebih anggar. Tapi bayangkan sampai sekarang (dari bulan Ogos sampai November dah sekarang), kami belum dapat pun lagi cheque yang dijanjikan!! Sampai sales advisor mintak saya call account department terus, sebab dia kata dia dah banyak kali follow up
Lebihan lantai yang Inovar ambik balik dari rumah kami
  • Harga lantai kami ialah RM 7.20 sekaki persegi (sekarang dah naik jadi RM 9 rasanya). Oleh sebab kami bayar penuh 2 hari sebelum GST, kami tak perlu bayar GST. Kami dapat tau yang Inovar yang kena bayar GST tu, sebab account kami masih aktif sampai sekarang..jadi bukannya dapat elak daripada GST pun, cuma nya GST tu dibayar oleh Inovar, bukan customer

Secara keseluruhan, nurin recommend :)


4 comments:

  1. cantiknya lepas pasang..nampak mewah

    ReplyDelete
  2. Cantek..saya pun nak pasg laminate floor dengan inovar nanti

    ReplyDelete
  3. yeahh..lerr..mcm mana i bley terlepas ni. hahahh..nmpk sgt da lama tak blogwalking. eh cop, refund tu mmg lambatttt gila! we all kan pasang bulan 5, bln 11 baru dia refund. smpai hampir2 terlupa, sbb mls da nk followup bls. tetiba je ada num inovar call, minta no akaun. hehehe..legaa..we all dpt refund dlm rm700 je. nnt nk kena cari semua material blk, baru leh update berjela2. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lambat betul, nurin follow up dgn account dept dia baru la finally dapat bank in dalam account. Itupun sampai sekarang SA tu tak email nurin final invoice sebagai documentation, yang tunjuk brp banyak lantai guna dan camne dapat refund sampai RM 1000 tu..sajeje la sebagai simpanan. malas la nak follow up dah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...