nurinkhairi: April 2015

20 April 2015

Perfect Livin' Expo GST 6% Absorbed??

20 April 2015
1 April 2015... GST je yang nurin ingat tarikh ni. Kat office pun camtu, siap nurin cakap dengan colleagues, shopping2 last minute ni tak penting bagi nurin (ada yang siap borong RM2k worth of baby products macam diapers, susu..hoho), tapi yang penting ialah nurin kena siap habis bayar Inovar untuk pasal vinyl flooring kat rumah!

Last minit ni nurin bayar, dalam 2 hari sebelum nurin bank in duit kat Inovar. Berdebar2 tu sebab rasanya tak pernah buat transaction banyak begitu dalam online je. Dalam RM 4000 lebih nurin transfer in 2 transactions..fuhh. Dah kumpul duit sejak bulan October tu. OK, Ms Yong from Inovar tu pun dah cakap dengan kami, bayar sebelum 1 April untuk elakkan GST.

OK, awal bulan April ada expo Perfect Livin kat PWTC. Ni message Ms Yong kat my hubby:


Oh apakah..lerr penat2 kami kejar GST rupanya expo kat Perfect Livin tu masih lagi absorb GST. Anyway, dah bayar dah pun. Pasangnya belum lagi pun.

Perfect Livin punya banner merata jugak in the rundown of the expo. Ada banyak dekat highway. Siap tulis "6% absorbed". Apa maksud dia? Nampak macam 6% GST tu diserap dalam harga i.e. takde kenaikan harga disebabkan GST. Website2 macam The Star pun ada tulis yang no GST. OK, tapi rupanya kat situ tak semua lah yang absorb GST pungg..


Macam jual sink Johnsson Suisse ni ada promo pakej sink + macam2 accessories pastu free WC, harga sebelum GST, RM 2688. Tapi lepas GST RM 2850. Tu yang ada poster kecik kat atas sink tuh. Oh GST. Ada 6% GST absorbed ke? Tara..

Yang ni pulak dia advertise harga lepas 1 April lagi murah pulakk.. Yang ni waktu kami nak beli air cond ada satu kedai ni merata dia tunjuk harga sebelum and selepas 1 April. Anyway, oh first big purchase after 1 April ialah air cond. Oh panas betul lately kann.. Beli yang jenis inverter jimat letrik.  


So apa perbezaan belanja untuk projek rumah selepas GST ni? Ada banyak beza ke? Nurin taktau sangat, sebab belum ada projek besar lagi lepas GST.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...