nurinkhairi: Dapur "Open Concept".. Antara Suka Dengan Tidak?

14 January 2016

Dapur "Open Concept".. Antara Suka Dengan Tidak?

14 January 2016
Dalam entri nurin yang lepas, nurin pernah sebut berkenaan dapur rumah nurin yang konsep "open space". Boleh tengok gambar dapur nurin yang bersambung dengan ruang keluarga di entri ini. Rumah orang lain pun ada konsep "open space" jugak, tapi dapur rumah nurin ni memang terbukak habis dengan ruang keluarga. Mujur la nurin ada satu lagi ruang untuk tetamu yang tertutup sikit daripada dapur.

Alkisahnya ada satu hari tu, agak2 kali pertama jugak kami menerima tetamu. Masa tu ruang tamu (yang tertutup sikit daripada dapur), masih takde apa2 perabot lagi - sofa pun takde, sebab sofa kami letak di ruang keluarga. Jadi bila tetamu datang, kawan2 Hubby, nurin rasa sangat la janggal nya. Nurin buat air, godek2 nasik, mata memandang tepat pada dapur.

Sejujurnya, nurin selesa dengan dapur "open concept" ni kalau bersama keluarga je..tapi bila dah ada ramai orang, nurin mula lah terfikir balik tentang projek wet kitchen yang kami pernah fikir dulu. Lagipun bila ada ramai keluarga datang, adoi berkecah nye dapur tu tak dapat diselindungkan pun. Kalau ada wet kitchen ianya tertutup, takde la pening sangat kepala tengok sepah yang teramat. Nurin memang pantang kalau dapur ni bersepah, cepat je rasa nak kemas!

Kalau bab bau2 makanan pergi ke seluruh rumah tu, kadang2 ada la jugak, tapi nurin tak berapa kisah sangat sebab kejap je, lepas tu dia hilang la. Lagipun rumah nurin takde la selalu masak macam ikan masin ke, udang kering ke..

Alhamdulillah sekarang ruang tamu dah ada sofa, carpet, rak.. takde la kosong aje. Tempoh hari ada tetamu datang, jadi takde la duduk kat ruang keluarga lagi. Tak sabar nurin nak deco rumah ni lagi, sekarang nurin cuti bersalin!

Kesimpulannya, dapur "open concept" ni nampak menarik, at least bagi nurin la. Sebab nurin suka masak sambil2 tengok anak kat ruang keluarga, ataupun borak2 dengan Hubby, tengok tv sekali.. Nurin tak suka duduk dapur sorang2. Tapi dari segi praktikaliti, ada jugak kekurangan dia memandangkan design dapur rumah nurin memang sangat terbuka.

Alhamdulillah sekarang ruang tamu dah ada sofa, carpet, rak.. takde la kosong aje. Tempoh hari ada tetamu datang, jadi takde la duduk kat ruang keluarga lagi. Tak sabar nurin nak deco rumah ni lagi, sekarang nurin cuti bersalin!

3 comments:

  1. congratz for new baby! selamat berpantang. coppp...u da pasang blom lantai inovar tu? i da pasang lama, tp tak update2 lg kt blog. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. dah pasang la, dah up entry dah pun.. http://nurinkhairi.blogspot.my/2015/11/pasang-lantai-laminate-inovar.html

      update la lantai u :)

      Delete
  2. open konsep kalau kena dgn gaya mmg syok kan..tp time org dtg tu la tak best blh tgk segala benda kita buat.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...