nurinkhairi: Pengalaman dan Kos Bersalin di UKMSC - update tahun 2016

18 January 2016

Pengalaman dan Kos Bersalin di UKMSC - update tahun 2016

18 January 2016



Alhamdulillah diberi peluang menimang cahaya mata lagi. Pilihan hospital untuk bersalin masih lagi di UKMSC dengan doktor yang sama. Walaupun doktor pilihan kami Prof Azurah cuti bersalin panjang, nurin pergi checkup mengandung di tempat lain dulu - kat klinik kerajaan, lepas tu tukar ke Putra Medical Centre (Sungai Buloh), sampai la kandungan dah masuk dalam 7 bulan baru dapat check up dengan Prof Azurah.

Nurin pernah update tentang pengalaman bersalin di UKMSC dalam entri ni (LINK). Oleh sebab banyak yang Google search, entri ni adalah update untuk tahun 2016 terutamanya dari segi kos, walaupun sebenarnya nurin bersalin akhir bulan December..hehe. Rejeki kami alhamdulillah dapat jugak baby keluar tahun 2015, jimat setahun untuk masuk sekolah!

Pengalaman bersalin kat UKM Specialist Centre kali ni hampir sama je macam kali pertama kami di sana. Wad takde beza, support dari doktor, nurse dan pengalaman labour room lebih kurang sama je. Baca entri yang lepas ye kalau nak tau lebih lanjut, Kat sini nurin nak update pengalaman lain yang nurin experience  termasuk pengalaman semasa check up mengandung.

1. Sokongan daripada HUKM (goverment wing)

Yang ni nurin dah sebut dah dalam entri lepas, tapi sebab bagi nurin, sangat la penting dalam kriteria kami memilih hospital sebab ada sokongan daripada bahagian government. Kalau pergi yang memang hospital swasta, belum tentu lagi, mungkin kena tolak kat hospital kerajaan jugak. 

Tapi, yang tak bestnya kalau dekat dengan HUKM ni ialah....doktor ada kemungkinan akan tolak pesakit ke govt wing untuk kes yang high dependency oleh sebab nurse di UKMSC diorang tengok semua pesakit, jadi tak khusus dalam bahagian O&G saja. Masa nurin check up haritu, nurin kena diagnose ada Placenta Previa Type 2 semasa bulan ke-7 gitu dan doktor suruh duduk di govt ward sampai la bersalin atau boleh keluar awal kalau keadaan improve kepada Type 1. 

Nak dipendekkan cerita, nurin tak payah masuk wad (happy!!) dan 2 minggu lepas tu, keadaan improve kepada Type 1. Oleh sebab support daripada govt wing ni sangat senang, ada je kemungkinan pesakit UKMSC akan kena tolak ke HUKM. Ikut orang la sama ada ianya advantange ataupun disadvantage. Tapi kalau diikutkan, doktor fikir yang terbaik je untuk pesakit (dan mungkin jugak untuk elakkan saman menyaman kalau ada apa2 isu..maklumlah sekarang ni zaman saman menyaman, tak hormat doktor hmm)

2. Boleh je nak tukar kepada govt wing walaupun check up di UKMSC 

Haritu waktu dah nak masuk labour room, nurin ada cakap dengan Hubby, apa kata kita tukar govt wing. Boleh je kalau nak buat gitu, tapi kalau ikutkan prosedur, tak boleh la nak dapat doktor yang kita dah pilih awal2 dulu.

Nurin rasa nak tukar kepada govt wing sebab nurin ada kemungkinan bersalin ceasarean, walaupun masa masuk labour room tu, doktor kata boleh bersalin normal (dah jadi Placenta Previa Type 1 boleh bersalin normal). Kalau bersalin ceasarean, tak tau la mesti mahal berganda2. Kawan nurin yang bersalin tahun 2012, kos dia RM 6000 lebih. Company nurin cover sampai RM 4000 je untuk ceasar huhu.

Tapi akhirnya kami putuskan untuk duduk bawah UKMSC jugak. Alhamdulillah sebab dapat bersalin normal.

3. Tak fikir keuntungan

Ni berdasarkan pengalaman nurin la ye. Doktor kami selalu tanya, waktu check up, nak ke ubat ni ubat tu.. sebab kalau ambik kat luar (hospital kerajaan), lebih murah, kalau kat UKMSC harga ubat lagi mahal. Untuk kes nurin, boleh dapat percuma la sebab Hubby doktor hospital kerajaan.

Kos bersalin di UKMSC  

Nurin tak pasti kos bersalin secara ceasar..jangan tanya ye! 



Bulan Disember, nurin bersalin secara normal, episiotomy, dan ada epidural. Oleh sebab company nurin cover sampai RM 3500 untuk bersalin secara normal, kami sebenarnya dah bersedia untuk top up mungkin dalam RM 200-300 lagi, memandangkan kos bersalin nurin pada tahun 2012 dalam RM 2800. Mesti harga dah naik banyak sebab GST la, harga barang naik la..

Terkejut jugak suami nurin, kos tak naik banyak pun, hanya dalam RM 3000 lebih je. Alhamdulillah..tak payah nak tambah apa2 lagi.

Pada pendapat nurin, kalau nak dapatkan servis hospital swasta dan tak terlalu mahal, nurin rekemen UKMSC. Tapi kalau hospital kerajaan, rasanya Hospital Putrajaya ataupun Hospital Selayang lebih bagus..ni Hubby yang cakap la :)


18 comments:

  1. Untungnya company tampung kos bersalin.. teringin nak bersalin kat tempat private.. tp blm berkemampuan :D

    ReplyDelete
  2. salam sis,sorry nak tanye..dari first post sis ade ckp
    Pengajarannya, next time kena call dia sendiri ataupun assistant dia sendiri ke, utk arrange appointment sendiri kalau mmg nak dari awal.
    sis ade no assistant/prof tak untuk buat appointment? kalau kita nak booked die untuk bersalin tp checkup masih dkt klinik biasa dulu pun boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah call private assistant dia..call front desk UKMSC je utk buat appointmnt, nanti dia akan cekkan kalendar doktor yang sis nakkan. Ni no telefon front desk UKMSC: 03-9145 7777 atau 03-9145 7776

      Boleh check up utk kat klinik biasa dulu, tapi kena check up dgn doktor kat sana at least 2 kali yang terakhir sblum bersalin. itu kalau doktor saya la.. saya pun check up kat klinik kesihatan dulu. kalau doktor lain saya tak pasti, cuba cek dgn UKMSC front desk tu ye

      Delete
    2. Assalamualaikum..nak share jugak experience dengan UKMSC..sebab dulu sblom bersalin pn mmg susah nk cri post yang updated pasal UKMSC ni kan...

      Sy start check up dengan Prof.Azurah msa kandungan 7 bulan (bulan 9,2015)..Alhamdulillah..baik sangat, soft spoken,nak sentuh pn minta izin, nak seluk pn bismillah dulu..hihih..kami selesa sgt lah dgn dia..

      yang bagusnya, oleh sbb air ketuban sy kurang and baby tak naik berat, Prof. Azurah nak induce tp dia tak terus induce, 2 kali dia bagi masa (dlm 2 minggu). So bila kali kedua berat tak naik, dia nk induce ari isnin (9/11/15). Tapi nk jadi cerita, baby nk keluar sendiri 8/11/15. Sy smpai je emergency, check bukaan dah 6cm, air ketuban takde. bawa ke labour room, nurse call Prof. Azurah. 9.15am masuk labour room, 9.37am bersalin.Alhamdulillah. Tapi tak sempat dengan Prof. Azurah. Bersalin dengan doctor on call (Chinese girl). dia mmg takkan allowed any posting student atau doctor pelatih lelaki dlm labour room. itu yg sy pentingkan and sbb tu sy pilih private wing (utk aurat). Lepas bersalin, potong tali pusat, doctor tahan tali pusat (tak keluarkan uri) sbb tunggu Prof. Azurah settlekan. 10 minit lpas bersalin Prof. Azurah sampai and settlekan. Alhamdulillah...semua selamat.

      Kos utk 1 malam, bersalin normal and segala ubat, bersalin 8/11/15, discharge 9/11/15 = RM2466.

      Semoga membantu :)

      Delete
    3. wahh lagi murah dari kos saya..u tak ambik epidural ye? semoga update u bermanfaat utk semua jugak. saya pun masa bersalin bulan disember 2015 haritu, prof azurah dtg lmbt sket..doc oncall (pompuan muslim) dah siap sedia dah kat situ, saya cakap xpe xyah tggu buat je la apa2 yg patut (sbb sakit punya pasal walaupun ada epi pun sakit gak, jenis x tahan sakit hehe). tapi nurse tu nampak cam nak sgt prof azurah datang..hehe bagus betul. akhirnya prof dtg jugak sblum saya deliver.

      Delete
    4. alhamdulillah..tak ambil epidural..sbb smpai2 pun check bukaan dah 6cm..mmg terlambat dah klu nk amik epi..hihihi..nurse mmg kelam kabut call Prof. Azurah..tp baby tak dan nk tunggu..msa tu betul2 nk keluar dah..nurse tanya..nak tunggu prof ke? saya terjerit sikit.."sape2 pn boleh lah nk keluar sgt ni"..ahahhaha...ok lah awak sempat dengan prof..sy tunggu yg kedua nnt pulak lah..ehhh? hahhahaha...

      Delete
  3. ada kawan yang kate charge untuk tahun 2016 dah naik..ade sesiapa tau tak berapa kenaikan tu..

    ReplyDelete
  4. Latest cost:20/04/2016
    Normal deliver w/ Deluxe Room (baldu) and paediatric visit.
    Nett: RM3535

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm macam dah naik je harga nya..

      Delete
    2. Kalau camtu dah tak update la kos saya ni..huhu. :P

      Delete
  5. Bil tu deliver pukul 2:30am(20-4-16),plus epidural,kalau deliver masa office hour mungkin murah sikit kot ;-)
    P/S: Plus RM40++ kena bayar kat emergency(10pm),bil check bukaan etc.sebelum masuk wad bersalin...kalau tak ambil epidural boleh jimat dekat RM800

    ReplyDelete
  6. kawan sy baru bersalin dkt sane..emergency caeser..2x induce+epidural rm 7.5k..just for info..

    ReplyDelete
  7. TQ FOR INFO. KALAU MACAM NIE SAYA NAK DAFTAR KAT SANA LA. PROF AZURAH YER...

    ReplyDelete
  8. Nak share jugak. Sy pun bersalin di UKMSC last year (May, 2015). Bersalin secara elective czer dgn Dr. Kadir. Sy mmg kena czer pun sbb previous 2 pregnancies emergency czer so my 3rd pregnancy automatic mmg czer la. Anyhow, mine was a single room (Wad Baldu) and my total bill at that time was RM7200 la lebih kurang. Hubby was allowed to accompany me in OT and overall sy mmg puas hati dgn service UKMSC.

    ReplyDelete
  9. Sy baru bersalin 10/8/2016. Normal with induce & epidural. Total cost RM6100 for 3 days 2 nights at wad baldu deluxe. Dlm bil tu yg paling mahal lab test utk check infection kat baby sbb air ketuban dah leaking lama more than 24 hours tapi bukaan lambat Mmg bagus doc pakar kat ukmsc ni. Dia bg chance kat kita utk normal & monitor stiap masa.bila dah mmg xleh normal baru dia akan czer. Kalau pergi hosp private lain mst dah kena czer awal2 & cost kena byr mat kaw2 punya huhu. Ouh ye haritu bersalin dgn prof zainul sbb doc perempuan lain semua penuh. So far prof zainul pun ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti lab test tu beribu2 kan..sampai RM 6100.. tq for sharing :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...