nurinkhairi: Buat Passport Lepas Waktu Kerja, Waktu Malam atau Hari Minggu

17 February 2016

Buat Passport Lepas Waktu Kerja, Waktu Malam atau Hari Minggu

17 February 2016
Rezeki menang contest lagi, kami anak beranak akan menjelajah negara orang tahun ni. Awal Februari lepas, ada promo Air Asia, oleh sebab tu nurin bergegas untuk deal dengan travel agent untuk book tiket. Tau2 je la, tiket Air Asia ni cepat sangat habis nya.. Kebetulan sebelum nak mintak TA beli tiket, tergerak nak tanya sama ada perlukan passport dulu ke tak. Sebab ikut pengalaman nurin yang hanya baru sekali beli tiket dari Air Asia, passport boleh buat kemudian.

Rupa-rupanya prosedur TA tu kena ada passport! Ah sudah, memang terkial2 nurin sebab passport si kecik anak kami yang baru lahir ni, sudah tentu la belum buat lagi. Waktu tu dah petang, cuba carik kat mana yang boleh nurin pergi pagi2 esok nya. Rupanya perkhidmatan UTC bukak waktu malam. Bukan setakat malam, hari minggu pun dia bukak. Hubby cadangkan pergi waktu malam alang2 dia ada.

Ada 4 passport baru boleh jalan2..

Untuk area Selangor/KL, boleh cek UTC kat Pudu, UTC mini Sentul dan UTC mini Keramat. Kami pergi yang UTC Pudu. 

Waktu operasi semua UTC ialah setiap hari, pukul 8.30 pagi - 10 malam. Tapi ada masa tutup khas, iaitu: 

  • Hari Jumaat, tutup 12.15 tgh hari - 2.45 ptg dan 
  • Setiap hari, pukul 7-8 malam
Sebelum nurin pergi, jenuh jugak bukak internet dan call Jabatan Imigresen sendiri, sebab tanya prosedur ambik nombor giliran dekat Jabatan Imigresen UTC Pudu sebab ada blog yang tulis, ada tempat yang ambik nombor awal2 pagi dan ada had nombor giliran, jadi kalau pergi waktu malam, nombor dah habis. Call center Jabatan Imigresen pun tak dapat nak sahkan macam mana prosedur cawangan masing2, dia pun tak tau!

So we had to gamble and pray that our travel to middle of KL at 6 pm, which was a KL super rush hour by the way, paid off!

Prosedur UTC Pudu ialah nombor giliran untuk waktu malam boleh ambik bermula pukul 8 malam dan tutup pukul 8.45 malam. Yeay! Kami sampai elok2 dalam 5 minit sebelum pukul 8 malam. Orang dah ramai beratur depan pintu ofis sebelum dia bukak untuk sesi malam.

Beratur tunggu pintu ofis bukak


Dekat kaunter ambik nombor giliran, untuk buat passport baby/kanak-kanak, kena bawak salinan surat beranak dengan IC salah sorang daripada ibu bapa atau penjaga. Kalau tak bawak salinan, kat sana ada kiosk photocopy, 60 sen sekeping. Lagi satu, dekat UTC Pudu tak payah bawak gambar passport sendiri! Nurin bergegas buat untuk anak dekat kedai gambar sebab orang call center Jabatan Imigresen kata untuk kanak2 kena bawak!! Tapi tu prosedur untuk UTC Pudu, tempat lain tak tau okayy..

Beratur lagi untuk ambik nombor giliran

Pengalaman kami buat passport di UTC Pudu sangat memuaskan. Tambahan lagi sebab buat passport untuk baby, ada nombor giliran khas. Including untuk OKU, ibu mengandung, kanak2 bawah 3 tahun dan warga emas jugak. Proses buat passport kami daripada masuk kaunter sampai lah bayar, sampai dapat passport, hanya 40 minit je. OK OK, guess that's probably because we had a nombor giliran khas.. regardless, rata2 I heard buat passport di UTC adalah cepat. 

A few things to note, UTC Pudu tak menerima permohonan passport yang kat bawah:

  • Untuk permohonan kali pertama bagi orang Sabah/Sarawak
  • Kalau nak tukar nama dalam passport
  • Kalau passport hilang atau rosak
  • Kalau nak tukar gambar dalam passport untuk kanak2
Kami sebenarnya nak tukar gambar cik Aisyah our 4-year daughter sebab gambar passport dia baby la sangattt.. kalau pergi imigresen kat oversea mungkin kena tahan kot..haha. Tapi tak boleh buat kat UTC Pudu. Takpe lain kali boleh cuba tempat lain.

Senarai pejabat Jabatan Imigresen kat link INI


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...