nurinkhairi: Dispenser Air Claytan Masuk Semut

11 February 2016

Dispenser Air Claytan Masuk Semut

11 February 2016


Sebenarnya dispenser air ni adalah antara barang paling lama yang dibeli sejak kawin. Dah 5 tahun, tahan sampai sekarang. Tapi yang tak tahannya ialah..dispenser air ni selalu masuk semut!

Jenis apakah dispenser yang tak kedap ni ye.. kenapa kami beli jenis ni pun taktau lah..huhu. Tapi dispenser ni cantik..cantik la untuk standard dispenser air, pada mata nurin la, mata orang lain taktau la.

Tutup dispenser ni cuma letak je kat atas. Tak kedap langsung.

Semut kat rumah ni pun taktau lah kenapa. Asal ada air je tak kira la, air kosong takde rasa pun disebat jugak, nak jugak berenang2 dalam tu..nak bunuh diri. Tang yang semut hitam besar tu pulak tu. Memang selalu kena salin air kat dalam tu. Kadang2 air masih banyak lagi dalam tu lepas tu kena buang sebab ada semut.

Solution kepada masalah semut ni adalah benda yang simple je.. daripada semut tu berenang kat dalam tong air ni, kita bagi dia berenang kat tapak tong ni ye.. Hubby nurin ambik penutup getah ala yang dok buat tutup tipuware tu..pastu lapikkan bawah tong air ni macam gambar kat atas tu. Pastu curah air kat sekeliling penutup getah tu bagi berair sekeliling dia. Sebelum dapat naik kat atas, dah mati kat bawah. 


Tapi tapak Claytan tu pun dah terhakis sikit dek kena air...uhu..

Alhamdulillah sekarang semut dah jarang sangat ada. Kalau ada pun, tu sebab kami tak ganti air yang dah kering kat penutup tu.



Share la dispenser air jenis apa yang korang guna..yang praktikal dan senang maintain sebab nurin ada berhajat nak tukar dispenser nih (lain kali). Kalau yang automatik dispenser tak dikira ye..ehehe..


_________________________________________________________________________________

AKHIR SEKALI.. IKLAN JAP.. JOM JOIN GIVEAWAY NURIN ESOK HABIS!! 

10 comments:

  1. semut skarang memang advanced tau...air masak biasa tu pon derang redah jer.. huhu..sama lah kat umah aty ni pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 cara utk semut membunuh diri skrg..haha

      Delete
  2. Memang cantik dispenser tu, Nurin. Apa kata Nurin cuba letak garam kasar keliling tapak dispenser tu. So semut tak leh panjat :)

    Done follow sini. Thanks sebab singgah blog akak :)

    ReplyDelete
  3. sama la kat rumah pun..pakai dispenser plastik tu je..tapi lepas dah lap keliling dispenser dgn smart keyler terus takde semut da..sy pakai ni berkesan..lega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurin google jap smart keyler ni..cam menarik je! lagi2 sbb rumah byk lipas...boleh cuba beli la later. thx sharing

      Delete
  4. xpakai dispenser...letak air dlm botol² tupperware je...hihi ce letak kayu manis kt tepi dispenser or atas dia ke...rmh kita letak kulit kayu manis kt setiap kwsn yg semut suka...alhamdulillah berkesan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya penah dgr petua tu..boleh try..

      Delete
  5. HYEE..THANKS SINGGAH BLOG SYIRA LOKMAN :D DAH LAMA BARU SEMPAT NAK SINGGAH SINI BALAS KUNJUNGAN..DOAKAN SYIRA FOR NEW SEM :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...