nurinkhairi: Makeover Sistem Fail Keluarga di Rumah

15 February 2016

Makeover Sistem Fail Keluarga di Rumah

15 February 2016

Dokumen kat rumah makin banyak, sampai dah naik rimas sebab banyak sangat kertas. Untuk simpan dokumen, nurin guna fail ring binder je, murah dan senang nak cari kat kedai. Mula dengan beli fail yang seragam, tapi fail yang jenis kertas kasar.

Ring binder saiz kecik dan besar

Sebab? Nak balut dengan wrapping paper bagi cantik gitu letak kat dalam rak. Sebenarnya kat pasaran ada fail yang cantik walaupun tak banyak, tapi in my case, ada beberapa fail yang nurin beli, tapi tinggi sangat tak muat rak nurin. Nurin guna rak IKEA jenis Kallax untuk simpan fail. Sementara je, sebab bilik home office belum setup lagi.

Fail ni nurin tak boleh guna sebab tinggi sangat

Nurin nak balut fail dengan wrapping paper jenis polkadot, nurin jumpa kat banyak tempat jugak. Yang polkadot warna pink, jumpa dekat Parkson KLCC. Ada jugak polkadot purple, jumpa dekat kedai serbaneka dekat dengan rumah. Pernah jumpa polkadot hijau kat MR DIY di Plaza Lowyat, tapi kedai MR DIY kat situ dengarnya dah tutup. Pendek kata, nurin memang hoarder wrapping paper polkadot walaupun waktu beli tu, taktau nak buat apa lagi.

Nurin beli fail kecik dan besar, ikut keperluan dokumen banyak mana. Contohnya, fail utk simpan resit2, dokumen Renovation & Repairs berkenaan rumah, letak dalam fail besar. Nurin suka simpan semua dokumen dalam clear plastic, daripada kena tebuk lubang. Sesetengah dokumen tak boleh tebuk lubang, dan walaupun clear plastic akan menyebabkan fail dua kali ganda lebih tebal, nurin suka sebab nampak kemas. Untuk klasifikasi fail, semua orang ada cara untuk klasifikasi fail sendiri ikut keperluan masing2. Contoh kami punya:

1. Sijil - my husband
2. Sijil - myself
3. Important Docs - berkenaan IC, surat beranak, sijil kahwin, tax, zakat, EPF
4. Kereta - termasuk dokumen penting eg: geran, insurans, maintenance, repair, termasuklah polis report!
5. Rumah - loan related, insurans, brochure, harga pasaran semasa dekat kawasan kejiranan yang kami compile masa beli rumah pun kami simpan untuk rujukan masa depan (sebab masa tu boleh tengok appreciation value).
6. Medical - resit hospital, result medical check up etc
7. Memories - yang ni nurin simpan keratan suratkhabar berkenaan nurin & family, surat yang nak simpan sebagai kenangan seperti surat2 recognition award daripada majikan, menang contest, etc
8. Renovation & Repairs - dokumen berkaitan reno & repair rumah

Nurin tak failkan bil2, lepas bayar selalunya terus buang ataupun paling kurang pun, simpan dalam laci kat dapur. Perlu ke simpan bil ye? Mana tau kalau ada dispute ke apa..so far tak rasa ada keperluan untuk simpan.

Manakala untuk dokumen2 yang bentuk buku macam our insurance policy, buku pink bersalin dan immunisasi, nurin simpan dalam accordion file. Setakat ni fail tu masih tunggang langgang lagi hehe.

Fail, wrapping paper, pinggan kecik, Mod Podge dan berus lukisan je


OK untuk makeover, nurin cuba dengan balut dengan wrapping paper. Nurin guna gam & sealer Mod Podge dan berus. Untuk next process, nurin guna adhesive vinyl warna pink, transfer tape, scraper, hook, washi tape dan my Silhouette machine.

Adhesive vinyl warna pink, scraper, hook, transfer tape. Takde dalam gambar : washi tape

Pertama sekali ratakan gam Mod Podge dengan berus. Nurin sapu secara memanjang dan tampal wrapping paper sikit2 supaya takde gelembung udara. Nurin guna scraper untuk tolak2 gelembung udara keluar.. sebenarnya scraper tu nurin dapat free, kalau tak guna kredit kad je senang. Untuk gam, Mod Podge ni takde beza sangat dengan gam biasa, cuma kalau nak guna gam biasa yang water-based glue, elakkan guna terlalu banyak sebab wrapping paper nipis takut basah dan koyak. Nurin guna Mod Podge sebenarnya sebab takut koyak, dan jugak sebab takde gam biasa.

Sapu sikit2...lama2 siap la..

Lepas dah siap semua, biar dia kering. Lepas kering, nurin sapu Mod Podge dekat atas file yang siap dibalut tu pulak. Sebab selain daripada sebagai pelekat, ia jugak sebagai kemasan atau 'sealer'. Bila dah sapu dengan kemasan ni, nampak lebih cantik dan konon tak nampak sangat macam wrapping paper balut sendiri la.

Sapu2

Mod Podge ni ada banyak jenis. Nurin beli yang jenis 'Gloss'. Mana nak beli Mod Podge ni? Nurin beli kat online je..kedai Craft Haven. Kedai dia ada kat Damansara jugak (One Utama).

Beza permukaan yang disapu kemasan Mod Podge tu (gambar belah bawah) dengan yang tak sapu

Washi tape pulak nurin guna untuk balut hujung2 fail tu.




Sekarang masa melabel fail tu pulak. Nurin nak tampal adhesive vinyl pada tulang fail tu. Vinyl ni jenis macam material yang kedai selalu tampal dekat cermin kedai untuk buat sign kedai.. Design dalam komputer apa perkataan nak tulis, dan my Silhouette Cameo akan potongkan (nurin upgrade yang baru, yang lama nurin dah jual).

Run the vinyl through..

Transfer tape tu pulak kegunaan dia untuk pindahkan vinyl yang melekit2 ni supaya dia terletak je kat fail tu. Kalau tak guna tape ni dan kalau kita koyakkan pelekat vinyl tu dengan tangan dan pindahkan sendiri, dia melekat2 dan susah nak bagi dia terletak cantik, sebab tulisan2 ni panjang susah nak kontrol. Transfer tape tu macam separa melekat, which is tak rosakkan permukaan ataupun vinyl yang kita tengah kerjakan. Nurin belajar macam mana nak guna transfer tape ni pun daripada youtube.

Pindahkan vinyl tu pada transfer tape
Pindahkan vinyl tu pada fail


Lepas dah siap pindahkan, boleh la buang balance vinyl yang tak perlu, contohnya macam tengah2 'O' tu kena buang kan.. nurin guna hook sebab dapat free jugak untuk kopek2 balance yang tak perlu. Boleh jugak guna jari sendiri (jari gemuk macam nurin tak boleh lahh..) ataupun dengan lidi.





Dah siap pun label di bahagian luar. Label belah dalam belum siap sepenuhnya lagi, tapi at least, dah dapat organize kertas2 yang berlambak dan buang yang tak perlu.





Klip ni nurin perasan kat kedai online Stickerrific. Mula2 ingat nak pakai klip biasa lepas tu balut dengan washi tape, kebetulan ternampak dalam IG sangat comel, so terus beli kaler Rose Gold. Nurin guna klip ni sebab fail yang saiz kecik ada 2 ring je, pastu dokumen dia asyik bergerak2, mungkin sebab licin dek clear holder tu kot.

Gambar final.. 







Korang macam mana, simpan dokumen dalam ring binder jugak ke? Kat Malaysia susah nak carik sistem fail macam 'hanging file folder' lagipun mahal sbb selalunya kena setup/beli dengan laci nya sekali. Nurin ada jumpa kat IKEA la tapi, tapi fail yang dia sertakan kaler tak lawa (hitam/hijau) tak macam kat oversea punya.















6 comments:

  1. tak pernah terfikir pun nak susun dlm fail kemas22..main sumbat ja dlm fail..lepas ni nak kena buat fail baru jugak la..hehe..
    thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok benda kaler2 dan cantik2..haha

      Delete
  2. bila file cantik, ada mood sikit nak kemas & update file kan... (^_^)
    jemput singgah di Blog saya... ada GA sedang berlangsung & akan tamat pada 18/02/16 ni...

    ReplyDelete
  3. Best betul mesin silhouette tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak..tapi kena banyak explore sbb banyak fungsi dia yang masih belum digunakan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...