nurinkhairi: Pengalaman Beli Rumah Subsale dengan Fully-Furnished

10 February 2016

Pengalaman Beli Rumah Subsale dengan Fully-Furnished

10 February 2016




Pengalaman beli rumah..mesti ada pahit dan manisnya.. Nurin nak share pengalaman nurin beli rumah tempoh hari. Waktu beli rumah yang kami duduk sekarang, memang nurin tak amik 'port' sangat sebab walaupun rumah nama suami, rasa malasnya nak campur cam orang dewasa la sangat beli2 rumah ni. Kali ni beli rumah atas nama sendiri, mau tak pening dan nurin nak share supaya jadi pengajaran. Lagipun bukan off topic kan dalam blog ni, pasal rumah jugak kann kannn.. Warning post ni mungkin panjang dan takde banyak gambar sebagai penyeri topik hehe.

Alkisahnya kami terberkenan satu unit kondo ni sebab location dia terbaik. Tambah lagi owner tu nak jual siap dengan fully furnish. Lepas dah tengok2 dalam unit tu dengan sales agent (SA), kami bincang tentang harga dengan SA. Sudah tentu kami nego harga yang paling rendah yang boleh kami dapatkan utk kondo tu. Kondo ni dah ada dalam pasaran agak lama jugak, dan dia dah turunkan harga agak banyak juga daripada target nya yang asal. Mereka nak jual sebab tempat kerja sekarang sangat jauh, dan dah beli rumah lain yang dekat dengan tempat kerja. 

TIPS 1: Kalau nak beli rumah subsale, sebolehnya carik rumah yang owner memang desperate nak jual..insyaAllah boleh dapat harga yang within atau lower than market price

Dipendekkan cerita, kami nego dan dapat harga tengah2 i.e. lebih sikit daripada harga nego asal kami dan kurang sikit daripada harga asal. Tapi, my Hubby, dia masukkan satu condition.. "setuju bayar harga tu, tapi kami nak include tv". Ekceli kan dia kata fully furnish kan, pastu bila pusing2 kat ruang tamu masa viewing, wife owner tu ada cakap.. "this tv..maybe yes..maybe not..". Maksudnya dia mungkin nak ambik tv tu atau mungkin nak letak kat situ, tak pasti lagi. Jadi kami pun nampak peluang tu dan masukkan lah syarat yang kami OK dgn harga tu tapi kami nak dengan tv sekali.. muahaha..licik jugak Hubby aku nih.

Ekceli lagi satu furniture dia mahal2, bukan yang kodi2 punya, dalam kepala otak dah terbayang nak tukar dengan barang yang kat rumah kami macam sofa dia custom made punya..nak tukar dgn sofa kecik kat rumah..hehehe.

TIPS 2: Untuk membeli rumah sebagai investment, pertimbangkan beli rumah yang dah fully furnish supaya tak payah pening2 kepala, bak kata orang, masuk cuci kaki saja. Tetapi perlu jugak pertimbangkan sebab dari segi pinjaman dari bank, bank hanya value unit rumah itu sahaja dan tak termasuk perabot!

Berbalik pada tv tu, SA ni pun dia kata "ok saya boleh tanya dengan owner.. sambil tu apa kata awak bayar dulu booking fee, tanda awak berminat dengan unit ni, supaya bila saya nego harga ni, owner ni lebih yakin dan akan setuju. Dan saya akan tanya dgn dia boleh tak masukkan tv ni sekali dengan unit ni.."

So nurin pun bayar dan sign booking form, dan 2-3 hari lepas tu nurin sign borang 'Confirmation for Sale' dan bayar sebahagian kecil daripada downpayment. Dalam borang 'Confirmation for Sale' tu ada tang description unit tu..so SA tu masukkan unit ni "fully furnish with bed, kitchen cabinet, dining table bla bla.." Tapi dia tak masukkan perkataan "tv" kat dalam borang tu masa tu, kalau tak silap masa ni dia dah nego dgn vendor utk confirm tv adalah part of the deal tapi tak ingat kenapa dia tak masukkan perkataan "tv" tu.. Ingat ek part "tv" ni sebab benda ni la yang menjadi babak2 drama dalam pembelian subsale kondo ini..ohhh..(tangan atas dahi)



Sebahagian daripada borang Confirmation of Sale tu

Lepas dah settle bab owner setuju dengan harga dan syarat, carik bank loan dan masuk bab S&P. Lawyer yang nurin ambik, dia punya proses ialah courier S&P tu untuk kita sign instead of kita datang and sign tang tu, Bagus jugak sebab nurin baca S&P tu slow2 dari muka depan sampai belakang dibeleknya. Nurin tanya2 la jugak a few things yela first time oh baca S&P, pening baca legal2 clause ni. Dekat belakang S&P tu ada satu part dipanggil "Inventory List", kat situ lawyer tu list kan perabot2 yang datang sekali dengan unit tu la. Simple je inventory list tu..

Simple je Inventory List dia

Tapi nurin perasan dia tak tulis "tv". Nurin dah agak, S&P tu ditulis berpandukan pada details dalam borang 'Confirmation for Sale'. Jadi sebab dalam borang tu takde tulis tv, so S&P pun takde la tulis. Sebenarnya nurin dah suruh dah SA tu tambah perkataan "tv" dalam borang tu tapi sampai ke sudah dia tak buat, tapi nurin tak ambik pusing sangat sebab ingatkan small matter, takde menjejaskan apa2 so senyap jela.

Tapi bab S&P, nurin memang mintak lawyer tu amend balik, so a few days later dia courier helaian S&P dengan tambah perkataan tv. OK, so nurin pun sign dan pulangkan S&P kat despatch. Ekceli sebelum nurin sign S&P ni, punya la drama.. krono dia camni..

  • Nurin nampak takde perkataan tv, pastu "Inventory List" dia ada beberapa perabot yang tak disebut 
  • Nurin discuss dengan SA, tolong discuss dengan lawyer untuk masukkan beberapa perabot yang takde  tulis dalam booking form dan S&P, seperti perabot tv, tv, tilam 2 bijik... Ekceli air cond dalam S&P tu pun salah, ada 2 unit dalam kondo tu bukannya satu je. 
  • Alkisahnya pastu SA call kata owner taknak buat detailed list pasal perabot tu. Turns out, SA tu pergi mintak owner list down barang2 dia semua termasuk lah jenama perabot, saiz, kaler..bla bla..
Ah sudah! Pertama sekali, bila masa la pulak aku suruh detailed bagai sampai mak nenek saiz, kaler pun nak masukkan. Nurin tak pernah bising even though dia tulis cam simple "One unit of bed" gitu je. Kedua, nurin cuma mintak SA discuss dengan lawyer, bukan libatkan owner sekali! Tapi mungkin tang tu, nurin silap kot sebab mungkin procedurally, kena libatkan owner sebab dia dah turunkan tandatangan untuk perabot yang tertulis dalam booking form walaupun hakikatnya, dia memang akan jual dengan segala mak nenek perabot kat dalam kondo tu.

SA tu siap quote "They feel insulted that we ask them to list down all their furnitures in detail, like we don't trust them". Ohh..memang nurin sound la SA tu bila masa pulak nurin suruh list down secara detail oi..... 

TIPS 3: Ekceli bila tanya dengan a few of our friends yang ada pengalaman rumah subsale fully furnish, dan tanya dengan lawyer kami tu, perlu tulis secara detail furniture dan fixture yang ada kat rumah tu. Fixture tu maksudnya segala mak nenek water heater, lampu, berapa ketul downlight yang ada sampai ke lampu kalimantang kau kena sebut. That's what my husband's friend did! Lawyer kata ada S&P yang buat sampai sofa tu berapa seater, panjang berapa.. extreme tak extreme. Tapi itu realiti nya, S&P tu lah dokumen bertulis yang sah disisi undang2, sofa yang kau nampak masa view rumah tu mungkin harga RM 5000, kalau kau cuma tulis "one unit of sofa", kalau dapat owner yang tak jujur, owner tu ada peluang untuk tukar dengan one unit of sofa harga RM 1000 je sebelum rumah tu bertukar tangan. 

Tapi nurin tak kisah dengan terlalu detail sangat, sebab S&P nye dah jadi lagipun, cuma nurin hanya mintak letak "tv" saja sebab itu lah syarat yang kami letakkan yang menyebabkan kami setuju beli dengan harga yang dirunding (which was a bit above our budget). 

Tambah pulak sebab tv tu penting untuk sesebuah rumah, kalau air cond tak disebut dalam S&P dan tiba2 hilang ke (contoh la..), boleh ganti dengan kipas berdiri takde masalah. Kalau tv takde, untuk sewakan sesebuah rumah, tv kena beli baru! Keluar duit at least 800-1000 ringgit!

  • Oleh sebab drama gini, nurin kata takyah masukkan perabot tv, tilam tu semua.. cuma masukkan perkataan "tv" je please..
Lepas sign, dan pulangkan balik ke lawyer, pastu dia kena despatch kat owner pulak untuk sign. Rumah tu ada 2 nama, both the husband and wife so both of them had to sign. Lama jugak tunggu untuk S&P tu sampai pada owner, mungkin sebab logistics tambah pulak lawyer masa tu tengah pindah office so busy sikit. Pada satu hari tu, lawyer update pada nurin, kata petang ni SA tu akan collect S&P dan pass pada dia. Esoknya nurin dapat panggilan daripada lawyer kata wife dia tak sign pada S&P tu..jeng jeng jeng.. Ah sudah apa pasal pulak ler dia tak sign, dia ni nak jual ke taknak jual. Taknak jual bagi balik duit nurin campur dengan legal fees semua..uhuhu..

Husband dia OK je sign aje. Husband dia suruh SA call lawyer, suruh lawyer straight call wife dia utk explain bla bla.. nampak tak betapa banyaknya orang tengah pass2 down message kat situ. The reason wife dia taknak sign sebab:

"Dia nak muka surat 'Inventory List' tu dibuang daripada S&P tu"

Ekceli time ni Hubby memang dah hangin satu badan dah. Kita bukan fikir pasal yang diorang tipu kami ke apa on the furnitures, no no..sebab owner tu pun golongan professional, educated.. Tapi ni dah melibatkan legal documentation, apa2 pembelian perlu ada bukti bertulis. Macam kerja la jugak, nurin keje opis, apa2 discussion dan persetujuan kau tulis dalam minutes of meeting kan..supaya nanti senang nak rujuk balik. Ni lagi kan beli rumah!

I think our lawyer did his best sebagai 'mediator' dan dia ada cadangkan beberapa cadangan kepada nurin dan Hubby, yang dia boleh ketengahkan kepada owner dan SA utk selesaikan masalah ni.

Beberapa cadangan lawyer kami:

1. Tak payah masukkan 'Inventory List' tu i.e. agree dengan wife owner tu la     -->of course kami tak agree sebab kami nak black and white. Eh lawyer ni pun, lawyer kita ke lawyer owner tu hehe

2. Dalam muka surat pertama S&P (page 1 tu selalunya mukadimah, cam alamat rumah ni, bank apa, developer asal siapa bla bla), letak perkataan "fully- furnished" dan quote kan borang 'Confirmation for Sale' tu utk keterangan lanjut berkenaan details perabot tu ---> untuk cadangan dia yang kedua ni lepas cadangan pertama kami tolak, nurin tanya dia beberapa soalan:

  • Soalan Pertama: Kalau letak perkataan "fully-furnished" sahaja, in legal term, adakah memang ada definisi "fully-furnished" tu? Contohnya, kalau cukup lengkap ada katil tilam tv meja makan bla bla..baru dikira "fully furnished" dari sudut undang2? Kalau contohnya katil takde, tak dikira fully furnished?
    • Jawapan dia dari sudut undang2, takde definisi yang tetap tentang "fully-furnished". Sebab tu kita letak 'Inventory List'... See..soalan pertama nurin dah terjawab sendiri kenapa pentingnya list tu. 
  • Soalan Kedua: Apa peranan borang 'Confirmation of Sale' dalam konteks ni bila dah ada S&P, dari segi undang2. Apa beza kita quote "sila rujuk form sekian2" dengan letak 'Inventory List' terus dalam S&P?
    • Mula2 lawyer nurin jawab takde beza quote borang 'Confirmation of Sale' atau Inventory List, cuma format je yang berbeza. Tapi nurin tak begitu yakin, melainkan kalau borang tu kita attach sekali sebagai appendix. Lepas tu lawyer ada sebut, ekceli lepas S&P dah sign borang tu dah takde makna dah dari segi undang2. Soalan kedua pun sudah terjawab dengan sendirinya..
    • Lagipun booking form tu takde tulis "tv". Kalau nak letak "tv", sepatutnya owner kena sign balik form tu sebab booking form tu kami semua turunkan tandatangan. 
    • Kesimpulannya, nurin dan Hubby pun tak agree dengan cadangan kedua, melainkan tambah perkataan tv, sign borang tu balik dan attach dalam S&P. Tapi daripada buat camtu, baik kau sign je S&P sedia ada daripada suruh buang mukasurat tu!

TIPS 4: Agak cliche, tapi betul. When in doubt, tanya soalan banyak2 pada lawyer. 

TIPS 5: Evaluate cadangan atau nasihat lawyer kalau ada. They may try to mediate between two parties dengan menawarkan solutions within the legal boundary but at the end of the day, we are his/her clients.

Hubby call SA, tanya apa masalah.. SA tu asik dok ulang ayat yang sama.. "They said why we don't trust them"..asik dok ulang perkataan "trust". Mereka cakap memang kami akan bagi pun furniture2 tu, why don't they trust us.. we allow them to pay downpayment late, why don't they trust us.. (ni SA la yang quote - actually nurin mintak supaya nurin dapat bayar separuh downpayment tu lambat sikit sebab nak keluarkan duit KWSP). 


Kami pun naik pening, jumpa pun baru 2 kali, kenal apatah lagi apa kena mengena isu percaya mempercayai dalam konteks ni. Apa masalah diorang sampai tak nak masukkan dalam S&P. Lagi dolak dalik tentang trust issue ni, daripada kami ok je, jadi tak ok..lagi rasa macam ada benda yang tak kena je. Ah..lagi la kami push untuk masukkan dalam S&P.

Akhirnya, SA tu cadangkan kami berjumpa je bertentang mata untuk selesaikan masalah ni. Jadi pada satu malam...kami datang ke kondo tu untuk berjumpa. Nurin dah cuak2 dah, takut wife dia jadi singa ke apa..Nak taknak jumpa la jugak. Rupanya ada lawyer, kami berdua (with our kids in tow) dengan owner husband + wife je. SA tak ada (lagi bagus).

The wife started off the discussion, sangat tenang, dia kata "actually there was some misunderstanding...." . Nurin dah start lega sikit, sebab memang dah jangka ada salah faham. Memang sangat pelik sebab kami tak faham apa masalah dia taknak masukkan dalam S&P kalau betul memang dah janji nak bagi semua furniture tu. 

Sebelum nurin cerita apa salah faham tu, ekceli untuk pendekkan cerita, kami ada nego satu lagi deal iaitu a small portion of the harga rumah tu (dalam 10k), supaya tak dimasukkan dalam sales price. Maksudnya kami masih bayar, tapi tak masuk dalam sales agreement. SA dah tanya dengan lawyer dia, dan cadangannya ialah, walaupun tak masuk dalam sales price, masih dianggap agreement tapi a separate agreement. Lawyer akan keluar satu surat dipanggil "undertaking letter" untuk kami bayar 10k tu. SA tu panggil benda ni "under the table" la kira.. poyo je la nama tapi bukan illegal taww.. So nurin happy, owner pun OK kawtim.

Sambung balik cite perbincangan dengan owner rumah tu, rupanya misunderstanding yang dimaksudkan ialah..


Owner and wife tu ingatkan duit 10k yang tak termasuk dalam sales agreement tu memang betul "under the table" i.e. takde hitam putih, memang bersandarkan pada trust saje. Meaning kalau nurin tak mau bayar pun, diorang tak boleh nak buat apa2 dari segi undang2!

Malam tu jugak la kami baru paham apa pasal la owner ni asik dok main trust issue ajer..rupanya diorang ingatkan dia percayakan kita tang duit 10k tu, jadi kami kena percaya kat diorang tang perabot2 tu semua! Yang si SA tu pun dia terangkan kat nurin pasal akan ada undertaking letter dan semuanya masih libatkan lawyer utk bayar 10k tu, macam mana pulak dgn owner tu dia boleh tak explain semua benda tu???

Lagi satu owner ni pulak, ape pasal tak terus terang je! Nurin dgn Hubby dgn lawyer sekali dok pening dekat 2 minggu kenapa susah sangat nak terima muka surat inventory list tu! 

Tang tu jugak wife owner tu sign S&P dan masalah selesai!

Pengalaman betul beli rumah ni.. akhir sekali yang nurin boleh kongsikan:

  • Seboleh-bolehnya, lantik lawyer yang takde hubung kait dgn SA dan sudah tentu sekali yang takde kaitan dgn owner ataupun bukan lawyer yang sama dengan owner, sebab lawyer kita mesti membawa kepentingan client dia. Nurin bernasib baik kat sini sebab nurin tak ambik lawyer yang di-offer oleh SA. Nurin ambik suami kawan nurin.. (tolong orang Melayu!) Sapa2 nak no contact suami kawan nurin tu, boleh PM. Recommended!
  • Banyak misunderstanding kat sini. Nurin dengan Hubby pun sebenarnya tak berapa faham sangat jalan cerita yang sebenar2nya, tapi yang jelas kat sini, SA dia banyak manis mulut nii..Pusing cerita sana sini..tak terus terang pada owner. Owner tu ada cakap "we didn't know about this undertaking letter at all" (sambil tunjuk kat surat undertaking letter tu)
  • Apa2 yang tak jelas atau yang tak puas hati, tolong lah terus terang. Rasanya mungkin owner tu dah terus terang dekat SA apa diorang punya concern, tapi tak ter-sampai kat kami dan lawyer wallahualam.. sebab SA mungkin tak bagitau, ntah sebab apa tak tahu la kann..
  • Sepatutnya dalam transaksi camni, yang saya faham lah..lawyer is our mediator antara dua belah pihak, bukan SA sepatutnya. Betulkan nurin kalau salah.
  • Seboleh2nya, terutamanya kalau yang rumah tu termasuk dengan perabot, clarify dulu awal2 dengan lawyer (pastikan lawyer tu bincang dengan owner lah), bagaimana ia akan didokumenkan dalam S&P. Clarify awal2 sebelum pembayaran dibuat supaya tak ada salah faham. Sebab kalau ada salah faham macam kami ni, dan kalau lah keadaan jadi lagi parah, sebenarnya owner tu boleh je tarik diri daripada perjanjian jual beli ni, selagi S&P belum sign! So nanti sapa yang rugi? Kita yang membeli la yang rugi banyak, duit lawyer dah bayar.. lawyer S&P, dengan lawyer loan bank lagi! Gigit jari lerr masa tu...duit melayang tapi rumah tak dapat.
  • Siapa nak beli rumah fully furnish, hati2 dengan S&P ye! Seboleh mungkin masukkan lah detail perabot2 dan fixture tu..supaya takde masalah di kemudian hari!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKHIR SEKALI.. IKLAN JAP.. JOM JOIN GIVEAWAY NURIN LAGI BEBERAPA HARI JE LAGI!! 

9 comments:

  1. bgs entry ni..baru tau process klo beli umah fully furnish. nt nurin upload la gamba kondo ni..suke nk tgk deco2

    yna

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kalau ada projek deko etc yang sesuai in the future, boleh je upload :)

      Delete
  2. Boleh tahan juga cerita nurin... Terima kasih share pengalaman nurin n husband....

    ReplyDelete
  3. Complicated jugak ye..boleh timbulkan macam2 misunderstanding. Nasib baik dah selesai kan...

    ReplyDelete
  4. Hi. Boley mintak contact lawyer x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lawyer yang saya engage. boleh check fb mereka:
      https://www.facebook.com/AmiRozaidiCo/

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...