nurinkhairi: Tukar Pakej Percutian Bila Menang Contest..dari Bali, kami ke Seoul..

22 June 2016

Tukar Pakej Percutian Bila Menang Contest..dari Bali, kami ke Seoul..

22 June 2016
Yuhuuuu.....uhuk2..berhabuk nye blog nurinkhairi ni.

Alhamdulillah tahun ni dapat lagi nurin & keluarga jalan2 hasil menang contest. Sekali-sekala menang pakej percutian boleh lah. Kali ni bila dapat panggilan kemenangan daripada penganjur, nurin macam tenang je, macam dah tau2 nak menang ke...eh? Uh..tak macam dulu. Masa first time menang hadiah jalan2 ke Amsterdam , waktu tu dalam kereta kat atas highway menuju ke Mid Valley, tujuan sebab nak beli makanan dalam tin untuk dibawak berjalan ke Jepun pada malam tu jugak. Dah lah masa tu tengah jam, pastu tayar pancit kena benda tajam, time tu jugak lah kau nak call cakap aku menang pfftt.

Terima kasih Unilever Malaysia dan Guardian Malaysia. Tak sia2 nurin beli stok syampu CLEAR sampai 3-4 botol untuk join contest ni.






Ekceli nurin menang percutian ke Bali. Nurin seronok la dapat ke Bali sebab tak perlu bayar ehehe. Kalau nak keluar dari poket sendiri, memang tak sampai la kami ke Bali. Macam tu la orang Asia ni kannn, tempat dekat2 tak nak pegi, menyampah! Sebenarnya alang2 dah keluar duit kan, selalunya kita akan lebih cenderung untuk pilih destinasi yang budaya, bahasa yang tak sama dengan kita. Duit bukannya banyak sampai semua tempat boleh pergi. Kau banyak duit boleh la kan...ehehehe..






Tapi Hubby nurin, hehe..dia kata "boleh tukar tak?". Nurin tanya lah boleh tukar tak pakej tu untuk ke destinasi lain, rupa2nya sponsor kata boleh. Asalkan within the travel voucher punya harga lah iaitu RM 5000. Dalam pikiran dah ingat nak repeat Japan balik, ke Hokkaido ke. Tapi rasanya RM5000 mungkin tak banyak untuk kami yang berempat ni kalau nak ke Hokkaido. 

Akhirnya kami memilih ke Seoul, Korea Selatan. Uh sedih jugak aa. Kalau di Bali atau banyak tempat lain di South East Asia, kita dilayan macam raja. Kalau dah ke Korea dengan RM 5000 je, kita macam papa kedana! Jadi, kami akhirnya bertukar pakej percutian daripada.. 


Resort 5-bintang, private driver/tour, Malaysia Airlines, makanan halal, percutian yang relaks.. 

kepada..

Guesthouse 1-bintang, naik turun tangga subway, Air Asia X, makanan dalam tin, dan percutian yang memenatkan!!

Tambah lagi maknye ni baru melahirkan anak yang berumur 4 bulan masa kami pergi ke Korea tu. Nasib lah waktu tu cuaca musim bunga, walaupun agak sejuk terutama waktu malam (dalam 5 degree C pun ada jugak). 

Sambung lagi di entri lain kali..



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...