nurinkhairi: Perlu Ke Hantar Anak Pergi Kelas Art / Kraf?

02 May 2017

Perlu Ke Hantar Anak Pergi Kelas Art / Kraf?

02 May 2017
Daya kreativiti anak-anak boleh dibentuk

Yuhuu..umur blog ni sama dengan my daughter. Aisyah dah nak masuk 5 tahun. Bertambah lagi satu benda nak mak ni nak kena fikir iaitu.. enrichment classes. Dulu masa Aisyah kecik, beria mak ni bawak ke kelas playgroup di KL/Selangor.. antaranya kat Kajang dengan Puchong. Sekarang playgroup style budak2 tua pulak ok. Banyak kelas enrichment yang menawarkan kepada kanak2 seawal 4-5 tahun.

Apa tu enrichment classes?

Pada pendapat nurin, enrichment class ni macam kelas extra curricular selain daripada kelas tadika seharian. Bergantung pada minat parents dan minat kanak-kanak tu sendiri. Ada yang nak masukkan anak-anak untuk dapatkan skills basic atau nak polish skills sedia ada, macam kelas Smart Reader, Kumon, kelas mengaji. Ada yang masukkan anak untuk belajar berenang, kelas art, taekwondo. Mungkin dengan cara tu kita boleh tau anak ni cenderung tang mana yang dia suka..

Nurin nak cuba bagi Aisyah minat arts & crafts. Kenapa bukan skill lain? 


  • Sebab kami kerja full time, kena memilih sikit kelas apa nak pergi. Dulu nurin ingat, waktu nurin kecik dulu, hari weekend penuh dengan kelas sana sini je.. pagi kelas taekwondo, pastu kelas abacus pulak. Malam weekday kelas melukis, bla bla. Nurin elakkan hantar dia pergi kelas yang nurin boleh ajar sendiri 
  • Aisyah dah pandai membaca, so Smart Readers consideration is out. English, Maths & mengaji nurin ajar dia sikit2 waktu malam. OK lah daripada nak kena hantar ambik lagi penat. Swimming class lambat sikit pun takpe. Lagipun kami selalu jugak bawak dia pergi swimming at our condo (homestay Selayang :) )
  • Kadang2 bagi dia pensel warna, dia cepat bosan. Kami ada banyak Lego set pun dia macam cepat bosan. Lepas tu dia belum pandai melukis. Aisyah kena polish dia punya daya imaginasi supaya daya imaginasi dia berkembang, tak macam nurin ni nak melukis boleh tapi kena ada benda yang nak dilukis tu


Tapi sebab kami berdua kerja full time and duduk kat Rawang pulak tu, penat oi nak pergi kelas specialized camni. Oleh sebab tu, benda2 ni kami kena consider:

  • Kalau boleh dekat shopping mall. Kalau tak duduk bersama dengan anak, boleh jugak drop off anak, dan sambil tu boleh shopping
  • Tapi kalau bukan dekat shopping mall, dekat rumah kedai yang berhenti and terus hantar anak. Pastu sambil tu boleh hang out dengan anak-anak bersama (penting ni untuk bonding tau)
  • One-off activity and tak terikat dengan yuran bulanan. Kalau kena pergi 1Utama tiap2 minggu, jenuh ler nurin. Bukan jenuh sebab tol dan parking sangat, tapi jenuh sebab masa tu sangat terhad
  • Harga berpatutan. Secara jujurnya, susah nak carik kelas art & kraf yang harga dalam RM 20-30 atau ke bawah.. nurin taktau apa definisi 'mahal' atau 'murah' untuk setiap parent sebab ia subjektif. Tapi yeah, harga mesti berpatutan lah dengan servis yang diberikan 
Post seterusnya (nurin doakan supaya nurin rajin semula update.....) nurin nak review aktiviti atau kelas untuk anak-anak yang nurin dah pergi. Haritu nurin dah post review Pelikan Art Class

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...