nurinkhairi: July 2017

29 July 2017

Misi Langsir: Survey Beli Langsir di Nilai 3 dan Jalan Tunku Abdul Rahman KL

29 July 2017
Nurin suka post gambar survey barang rumah and kadang2 tulis harga jugak kalau ingat. Senang nak jadi rujukan untuk pembaca dan utk kami next time.

Kami start survey langsir masa balik Hari Raya dari Johor ke KL. Masa tu baru hari raya ke-4 rasanya. Singgah Nilai.

Orang pasang langsir sebelum raya, kami selepas Raya. Kalau ada sale masa bulan puasa, memang kami dah terlepas ler. 

Mula2 pegi satu kedai kat Nilai 3. Pertama kali dah terjatuh cinta kat langsir jenis camni.

Minat pattern jalur2

Langsir camni!


Harga kat kedai Nilai 3 tu ialah RM 45/meter, bidang 110. So kami dah start benchmark harga langsir. Bear in mind kami takde pengalaman langsir langsung. Langsir kat rumah tu, mak mertua yang beli and jahit masa baru nak masuk rumah. Ada yang senteng sana sini dan memang sangat2 ler kena tukar. 


MK Curtain @ Nilai 3. Medium to high price range.

MK Curtain

Beberapa hari lepas tu kami pegi Jalan TAR pulak. Bestnyee Jalan TAR masa minggu pertama hari raya sebab tak ramai orang.

First stop pada hari tu - kedai kain Nagoya.

Kedai Kain Nagoya

Kain camni bidang 60, RM 6 semeter. Boleh rasa perbezaan dari segi kualiti kain yang sebelumnya sebab kain ni agak kasar dan keras.


RM 6 semeter - Nagoya 


Nagoya Jln TAR - yang ni OK sikit tapi rasanya RM 6 jugak

Nagoya price range dalam low to medium range. Banyak yang bidang 60, susah sikit nak jumpa yang kami target i.e. bidang 110. Tapi kalau kirakan harga untuk beli kain langsir, ada kemungkinan bidang 110 lagi jimat dari beli bidang 60 walaupun kain bidang 60 lagi murah per meter. 

Actually sebab nurin minat jugak dengan kain dia yang RM 9.80 semeter, yang ni jumpa kat Nagoya Rawang. 




Masa jumpa kain Nagoya RM 9.80 ni, dah set nak beli kain ni. Walaupun bidang 60, tak kisah je la. Lagipun masa tu dah tahap penat sebab dah 2 kali pergi Nilai, pastu pergi KL. Err..penat sangat dah survey langsir. Kain RM 9.80 semeter ni kain dia lembut dan pattern dia cam yang kami nak walaupun not the exact embossed effect that we wanted

Kamdar Jln TAR - pilihan kain lebih kurang macam Nagoya.

Walaupun design ni bukan yang tengah dicari, lawa jugak design ni. RM 30/semeter. Tak ingat bidang apa. Macam kain langsir hotel. 



Tengok dari jauh cantik. Tengok dekat tak cantik la pulak. Haha.



Yang design ni kat kedai Sarah Hughes Globe.


Sarah Hughes Globe




Jakel. Sekarang Jakel dah pindah la - Jakel Mall. Jauh jugak kena jalan. Dia ada mall dia sendiri sekarang. Ada jual kain emboss camtu, tapi kaler pink la orange la.. err terus menjauhkan diri. Ambik gambar pun tak, haha. 



Price range Jakel between RM 40 - RM 100+ semeter. 


Jakel Mall
Sarah Hughes Globe

Langsir kat Sarah Hughes Globe Jalan TAR - yang ni popular eh amongst blogger. OK lah banyak diskaun jugak. 



Kain ni je yang paling dekat dengan yang kami nak tapi tak sama. Serupa tapi tak sama... eh?

Belek2 punya lama tapi sebenarnya kain ni takde stok pun. 

Cuba masuk kedai Gulati's, ada 2 branch kat jalan yang sama (bertentangan dengan Kamdar/Sarah Hughes), tapi rupanya diorang tak jual kain langsir. OK..

Akhirnya kami masuk kedai yang paling awal sekali kami lalu tapi tak masuk, sebab dah target start dengan Nagoya dulu (baca blog baru tau pasal kedai Nagoya ni and dia jual langsir jugak). 



Kedai Harrison Jalan TAR. Aisle langsir dia tak banyak pun, tak macam Sarah Hughes Globe atau Jakel yang kedai dia bertingkat2 dan satu tingkat dedicated untuk langsir je. 

Tapi surprisingly jumpa pattern, jenis kain dan warna yang kami nak. Jenis embossed (timbul). Walaupun tak suka yang jenis shiny tapi terpaksa la jugak sebab yang jenis tak shiny harga dia hampir 2 kali ganda mahal. 


Harga kain ni RM 49 semeter, bidang 110 (280 cm). Kaler pun ada yang kami nak. OK, memang dah target kain camni. 

Beberapa hari lepas tu, pergi Nilai 3 semula.


Nilai, tak ingat kedai apa. Harga RM 50 semeter

Saja post gambar kedai CK Textile kat Nilai 3. Kedai ni sama dengan MK, cuma CK Textile ni menawarkan harga yang lebih rendah. 

RM 78.80 tapi ada diskaun:


RM 98.80 semeter:

RM 68.80 semeter: 


RM 98.80 semeter:

Lama betul kat CK Textile ni.. sebab.. Hubby nak beli langsir ready made!

Dia dah tak sabar dengan wife dia sebab lama sangat pikir nak beli langsir mana sampai dia menyesal to get me involved. Banyak kali jugak dia je yang pikir pasal barang rumah sebab nurin tak ambik kisah sangat, sebab camni ler jadi.. bila dah terlalu involved. 

But nooo... no ready made!

Langsir in a bag


Salesperson tu kata harga dia dalam RM 60 semeter kalau bukan ready made, tapi jadi dalam 30-40% lebih murah bila beli yang ready made. 

Siap pergi as far as kedai langsir kat Batang Kali.. sebenarnya sebab ada hal lain tapi kecewa. Takde apa yang menarik atau lain daripada yang lain.

Jumpa kain sama macam kat Harrison tapi yang ni RM 50 semeter (mahal seringgit haha).




Langsir dari IKEA..anyone?






Finally.. after much deliberation.. haih kenapa la beli langsir je pun.

Kami pilih beli langsir di Harrison Jalan TAR, yang kaler dua dari atas. Warna dark brown. Jalur2. 



Dark colour.. kebanyakan yang nurin tengok mostly kaler yang cerah. Tak pasti macam mana outcome dia.

Tambah pulak kain dia agak shiny sikit. Bila kena lampu takut tak sekata kaler dia. Tak suka sangat, tapi haih dah berkenan yang ni dan takde pulak jenis kain lain yang minat. 

Personally nurin suka kain yang berat dan plain macam kat hotel. But somehow it's too plain for me. Salesperson advise tambah border ataupun mix match kaler sikit, tapi of course la harga jahit pun lebih mahal kalau tambah border. 

Total kos beli langsir.. 



So pleased.. rupa2nya dia ada diskaun 10% untuk setiap pembelian kalau daftar untuk membership card dia. Membership card kena bayar RM 20 (rasanya kena renew setiap tahun).

Sangat berbaloi!

Sebab ada diskaun, RM 49 semeter jadi dalam RM 45 semeter jugak lah. Ehh.kalau tau dari awal2 masa first time datang dulu, tak payah ler nak jalan jenuh sampai ke Nilai, Batang Kali. Heh.

Nurin berhenti kereta kat belakang kedai dia, sempit sikit tau2 je la Jalan TAR yang belakang Sogo tu camne trafik dia. Masuk kejap untuk settlekan duit selebihnya pastu staff dia angkat masuk kereta.

Oh, kain ni kena order dari supplier. Dia kata 2 minggu boleh dapat, tapi the next day dah call kata kain dah sampai. 

Nak kena jahit pulak cepat2. Hubby dah tak sabar nak tukar langsir ni.. Sebab dia nak ajak kawan dia datang..haha!

20 July 2017

Misi Langsir: Cara Ukur Langsir dan Beza Bidang 60 dan 110

20 July 2017
Cara Ukur dan Kira Kos Langsir

Nurin belajar banyak cara-cara untuk ukur kain langsir dan kira kos langsir sebelum buat pilihan kain langsir kedai mana nak beli. Kami survey langsir di Nilai 3 dan di Jalan TAR. Untuk design yang kami nak, banyak sangat pilihan tapi harga tak jauh sangat beza. 

Bergantung pada bidang, kualiti kain (keras, lembut), reputasi kedai pun.

Kebanyakan kedai langsir contohnya kedai MK dan CK Curtain di Nilai 3, boleh ukur langsir kat rumah pastu takde caj, tapi dengan syarat kena ambik upah dengan diorang jugak. Upah jahit langsir yang nurin survey lagi banyak beza bila survey tukang jahit.

Benda yang nurin pening gila masa misi langsir ni ialah pasal nak pahamkan dalam kepala otak ni bab ukuran langsir. Of course nak ukur tingkap tu..lebar, tinggi dia senang je la tapi berapa meter kain kena beli, berapa keping kain..pening sikit. Mungkin bagi orang lain rasa senang je kot..ehh..

Serius, banyak nurin google camne cara ukur langsir untuk kira kos langsir. Tapi semua blog yang nurin baca adalah cara ukur langsir untuk bidang 60 atau bidang 54. Tapi untuk bidang 110 takde.

Kalau kau guna kiraan ukur langsir untuk bidang 60 atau 54, tapi berniat untuk beli bidang 110, yang ni ikut pemahaman nurin la k.. dah salah tau! Penting ni nurin nak cakap, tak sama cara kiraan dia bidang 110/120 dengan bidang 60/54. 

Nurin kena tanya dengan mama mintak dia explain. Bila tanya dengan orang jual curtain, semua macam tak menyabar je, dan ada yang dah siap kirakan untuk nurin. Katanya ala awak tak payah nak tau, meh saya kira. Tapi nurin ni kena jenis yang pahamkan konsep! Bukan serahkan je mintak kira.

Siapa yang bayar nanti, kami jugak. Pahamkan konsep tu penting. Pastu baru boleh masuk kepala otak bila orang tukang langsir explain. Bukan nak belajar jahit langsir je kena paham.


Apa Maksud dan Beza Bidang 60 dan Bidang 110?
Nak share benda ni tapi kalau ada salah jangan kecam k.. boleh betulkan :)

Nurin pernah tanya soalan ni kat kawan ofis nurin.. apa maksud bidang 60? Dia kata 60 cm kot..? erkk..?

OK, pertama sekali, bidang 60 ialah 60 inci. Bidang 110 pulak = 110 inci. Tu pertama sekali. Yang ni straight-forward la kan.

Kedua, ni simple schematic aa apa beza bidang 60 dengan bidang 110:




Ketiga, macam mana nak kenal pasti yang mana bidang 60 atau 110? Sebab haritu setiap kali nurin datang kedai langsir yang berbeza, kena tanya mana satu bidang 110, yang ni bidang 110 ke? Yang ni bidang apa? Sebab mama pesan beli bidang 110.

Kalau dekat kedai langsir, trick untuk tau bidang 110 ialah kain tu lipat dua, manakala bidang 60 tak berlipat. Contohnya macam ni:


Ni bidang 60, tengok hujung kiri kanan dia takde lipat..memang hujung kain dia tu.
Ni bidang 60 jugak, tapi ambik gambar side tepi, so takut tak nampak sangat. Tapi obvious dari "kaki" kain tu 

Yang ni bidang 110, ni nurin tarik panjang dari roll dia sebab nak evaluate nak beli cenggini ke tak. Tengok dalam satu roll dia lipat dua kain langsir nye..

Close up sikit lipat dua. So yang ni kita tau aa bidang 110

Manakala kalau dekat rumah orang ke, trick untuk tau bidang 60 ialah dia ada berjahit kat tengah langsir. Tapi tak semestinya kalau takde jahit tu maksudnya bidang 110.

Untuk upah menjahit pulak, lebih susah nak jahit langsir bidang 60 sebab perlu sambung kain untuk dapatkan satu panel langsir. Ada yang kena cantum 2 kain, mungkin 2 ½ kain.


Camni rupanya kalau kena sambung kain (kredit: https://nurhidayah9403.wordpress.com/2015/05/23/cara-cara-membuat-langsir-eyelet-style/)

Kalau kain bidang 60 tu jenis bunga2 atau apa2 corak la, kena adjust betul2 bagi kain tu elok bersambung antara bunga2 tu. Kalau senget benget antara corak tu, dah tak elok dah. Kalau bagi upah orang buat, ada risiko kalau buat langsir bidang cenggini, takut tersilap buat and kena betulkan balik dah makan masa lagi. 

Kalau tukang jahit tu mahir, boleh sorok kesan jahitan tu kat dalam lipatan langsir. 


Kalau tengok gambar kat atas tu, apa perbezaan bidang 60 dan bidang 110? Jadi beza dia ialah.. bidang 60 tu ialah 60 inci LEBAR langsir (dari kiri ke kanan). Manakala bidang 110 tu ialah 110 inci TINGGI langsir (dari atas ke bawah). So cara kira dia tak sama.

Kelemahan bidang 60 tu ialah ada kebarangkalian kena cantum kain.

Contohnya, salah satu sliding door nurin yang 2 panel, lebar dia dari hujung railing ke hujung railing adalah 72 inci. So sebab langsir kita belah dua, setiap panel tingkap lebar dia 36 inci.

Tapi..lebar panel tingkap tak sama dengan lebar kain langsir ok.. Jangan lupa langsir ada banyak kedut2, jadi berapa lebar kain yang diperlukan lebih banyak daripada lebar tingkap tu sendiri.

Dalam English panggil ‘gather’, tak pasti BM apa. Kalau kita nak kedut yang standard, lebar kain langsir kena dua kali ganda daripada lebar panel tingkap. Kalau nak yang banyak kedut, mungkin 2.5 atau 3 kali ganda. Biasanya kalau french pleat, 2 kali ganda gather pun ok. Kalau style eyelet, 2.5 atau 3 kali gather
Eyelet (kredit: http://ismisaba.blogspot.my/2013/09/home-project-diy-langsir-eyelet.html)

French Pleat (kredit: http://www.azlindacreative.com/paten-langsir/langsir-french-pleat/)

French Pleat (kredit: http://hananzahrahandmade.blogspot.my/2011/09/cara-mengukur-langsir-french-pleat.html)


Berbalik pada contoh tadi, kalau lebar satu panel tingkap ialah 36 inci, pastu gather 2 kali ganda, kain langsir yang diperlukan ialah 36 x 2 = 72 inci. So mana nak ambik 72 inci kalau kain lebar 60 inci?? Tu yang kena sambung kain tu.

Part sambung kain tu yang leceh kalau buat kat Nilai ke, sila berwaspada dengan tempahan kain langsir siap 1 jam tu ye.

Bidang 110 pulak memang perfect la tak payah nak sambung kain. Sebab bila kita potong kain langsir , dia adalah ikut lebar mana yang kita nak. So kalau kain langsir yang kita nak 72 inci, convert kat meter, 72 / 40 = 1.8 meter, round up jadi 2 meter. So potong la 2 meter kain..ada paham ke. 

So kalau 1 meter kain, RM 20, then utk 2 meter = RM 40. Tu baru satu panel, kalau untuk lengkapkan 2 panel sliding door ialah RM 80. 

Conversion unit kena cekap: kaki, inci, meter. Nurin engineer pun terkial2 sebab selalu sangat guna google conversion je..eh.

So.. lepas nurin paham konsep pengiraan langsir ni baru la senang kepala otak ni nak terima cara pengiraan yang blogger2 kasik.. hampir semua yang nurin baca buat cara pengiraan untuk bidang 60. Sebab ala, bidang 110 straight forward sangat. 

Cuma satu je la, kalau bidang 110 ni.. 110 inci kan.. so dalam 9 kaki tinggi langsir. Itu pun kalau kau dah tolak kena lipat basi sana sini.. jadi la dalam 8.5 kaki atau 8 kaki. So... kalau nakkan langsir yang tinggi lantai sampai siling, tang tu kau kena sambung kain jugak kalau bidang 110.. 

nurin teringin nak letak 9 kaki tinggi tapi takde la nak ke sampai siling. Tapi terkenangkan kena sambung kain tu, nurin tak rela lah. Takut tak cantik. Camne ek sambung kain untuk bidang 110, tak dapat bayangkan la camne. Ataupun satu cara lagi, rasanya ada kat pasaran bidang 120 jugak, that way boleh dapatkan langsir yang lebih tinggi. 



Cara pengiraan langsir untuk bidang 60, boleh refer kat blog Kak Moon, dan dia pun refer cara pengiraan tu kat expert lain. 

Kalau cara pengiraan langsir bidang 110, lagi la senang kan. Ni cara pengiraan ikut pemahaman nurin, kalau ada salah sila betulkan k.

1. Ukur dari hujung railing ke hujung railing

2. Tentukan berapa gather yang diperlukan, contoh kalau eyelet mungkin 2.5 kali kedut

3. Pastu darab je ukuran hujung-hujung railing dengan berapa gather, then dapat la lebar kain langsir yg diperlukan

4. Pastu dah dapat lebar kain, convert kepada meter sebab kedai kain jual ikut per meter


Contoh sliding door nurin yang paling kecik:

1. Hujung railing ke hujung railing, katakan A: 72 inci

2. Gather eyelet, katakan B: 2.5 

3. A X B = 180 inci

4. 180 inci convert kpd meter = 180 / 40 = 4.5 meter

So round up jadi 5 meter la kain langsir kena beli untuk seluruh sliding door ni


Kira Kos Langsir

Kalau nak survey langsir, selalunya kedai jahit akan mintak ukuran kalau nak kirakan kos. Kami survey lebih daripada 10 kedai, agaknya dah nak 15 kedai kami pegi, rasanya ada 1-2 kedai je mintak kira yang selebihnya anggaran agak2 sendiri je. 

Senang je nak compare relative price guna harga semeter, tapi make sure kalau nak bandingkan camtu, jangan bandingkan kalau bidang dia lain2. Cara kira kos bidang 60 pun lain dengan bidang 110. Jangan assume kalau harga bidang 60 ialah RM 20/meter tu lagi murah daripada bidang 110 RM 30/meter tau.



Kalau bidang 60, boleh ikut cara pengiraan kat link kat atas untuk dapatkan berapa keping kain dan berapa meter kain kena potong. So kalau macam sliding door nurin:

72 inci * 2.5 kali gather = 180

Pastu 180 bahagi 60 (bidang 60) = 3

So kena potong 3 keping kain

Tu baru berapa keping, pastu kau tanya pulak sekeping kain tu berapa meter kena potong?

Ingat tak bidang 60 tu ialah 60 inci LEBAR langsir, so berapa meter kena potong tu ialah TINGGI langsir la tau. 

Kalau tinggi 8 kaki, kena la tambah sikit sebab ada lipatan la bla bla.. nurin assume tambah 1 kaki extra, so 9 kaki sama dengan dalam 3 meter kain. 

So kalau bidang 60, kena beli: 3 keping kain, and setiap keping tu panjang 3 meter. 

So katakan la kalau bidang 60 tu ialah RM 20/meter, dalam contoh ni kos dia ialah RM 20 x 3 meter x 3 keping kain = RM 180 kos untuk langsir seluruh sliding door ni

Tu baru satu sliding door!

Tu kalau bidang 60, kalau bidang 110 pulak, just guna pengiraan yang nurin tulis kat atas tu. Kena beli 5 meter kain. 

Berbalik kat contoh RM 30/meter untuk bidang 110, 5 meter = RM 150

Nampak tak beza dia? Bidang 110 jadi lagi murah daripada bidang 60 walaupun harga semeter dia lg murah bidang 60. Kalau kira sendiri lagi cepat dan lagi banyak tempat boleh evaluate.

Tapi nurin kalau dah kain tu bidang 60 memang tak evaluate sangat. Cantik pun nurin reject jugak. Ntah la, takut kalau jenis eyelet nampak pulak garis jahit tu. Tak tau la ye.


MK Curtain, Nilai 3



Yess.. sekarang boleh pergi beli langsir. 


Note: Apa2 yang nurin refer bidang 60 tu, termasuk jugak bidang 54
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...