nurinkhairi: Misi Langsir: Upah Jahit Langsir Eyelet Paling Murah

09 August 2017

Misi Langsir: Upah Jahit Langsir Eyelet Paling Murah

09 August 2017

Kalau tengok harga kain langsir kann.. kalau pusing2 mana tempat pun, untuk jenis kain yang kita nak, harga dia tak lari jauh sangat. Kalau ada pun save tak banyak.

Tapi bila survey harga upah jahit langsir, banyak weii beza dari satu kedai dan satu kedai lain. 

Lepas tu setiap kedai/tukang jahit guna unit yang berbeza2 macam ada yang quote untuk sekaki, ada yang quote setiap keping langsir, ada yang per kaki persegi pun ada. Lepas tu ada yang quote setiap keping langsir tu, kena tau dia quote untuk bidang jenis apa. Pandai2 la kau siap sedia dengan berapa lebar tingkap yang ada kat rumah, ataupun guna ukuran lebar satu tingkap untuk rujukan anggaran kos.

Kat Nilai, banyak je kedai yang bagi upah jahit percuma kalau kita beli kain dengan dia. Tapi kalau jahit french pleat la. Boleh jimat banyak tu kalau upah jahit percuma.

Setakat ni tak jumpa lagi upah jahit percuma kalau nak buat langsir eyelet :)

Jahit langsir je pun..jahit lurus je. Kalau dia offer mahal pada pendapat nurin takde la lagi cantik ke apa. Pada pendapat kami asalkan jangan suruh dia jahit 1 jam siap tu sudah ler. Bagi la masa tukang jahit 1-2 minggu ke. 

Yang penting kena pastikan bagi ukuran betul, bagi dari hujung railing ke hujung railing. Jangan ambik ukuran dari hujung grill ke hujung grill macam nurin mula2 haha. 

Kalau nak buat eyelet, upah jahit tu tanya dah masukkan harga kos ring eyelet ke tak. Ring eyelet tu mahal jugak untuk 1, dalam RM 2 - 2.50 kot.


1 set eyelet depan belakang

Agak2 setiap kaki tingkap, kena ada 4 ring eyelet. Contohnya macam salah satu sliding door nurin in previous post , lebar 72 inci = 6 kaki, ada 24 pasang ring eyelet. 

Di bawah ni senarai kedai / tukang jahit yang kami survey upah jahit untuk eyelet dan kami ambik tukang jahit yang offer paling murah la iaitu dia offer RM 11/kaki untuk eyelet design. Duit dah banyak habis beli kain langsir..haha.

Reminder.. yang ni upah jahit untuk eyelet k.. bukan design french pleat etc. Mungkin ada kedai yang harga dia sama je eyelet atau lain2 design, kena check sendiri k.


1. EB Curtain
Kawasan Perindustrian Nilai 3


RM 13 / kaki kalau beli langsir dengan diorang sekali
RM 15 / kaki kalau hanya hantar kat diorang untuk jahit (beli langsir tempat lain)

Kedai EB Curtain ni best sebab banyak pilihan, lama kitorang kat sana pusing2. Dan harga berpatutan. Carik salesgirl nama Wati. Sangat sabar melayan karenah I yang asyik tengok and tanya yang ni harga berapa and berapa


2. Kedai Langsir Amoi
63, Jalan Meranti 2A Seksyen 3, Bandar Utama, 44300 Batang Kali, Selangor
Tel: 016-2207810

RM 18 / kaki







3. Harrison Jalan TAR
Jalan Tunku Abdul Rahman (opposite Sogo)
Tel: 1-300-88-8199 (kalau sapa2 nak direct contact salesperson dia, boleh PM nurin)

RM 28 / kaki


4. CK Curtain (anak syarikat MK Curtain)
Kawasan Perindustrian Nilai 3
Tel: 018-229 5000

RM 2 / kaki persegi 
Contoh lebar langsir 6 kaki, tinggi 8.5 kaki: 6 x 8.5 x RM 2 = RM 102

Kenapa kira ikut kaki persegi nurin tak paham betul, sebab langsir yang nak jahitnye atau nak tebuk dekat atas je.. pastu ada sikit kat bawah nak lipat. Tengah2 langsir tu bukannye kena buat apa pun.





5. Nagoya Textile 
Mana2 butik Nagoya - nurin survey Jalan TAR dan Rawang

RM 10 / keping (bidang 60 tau, kalau bidang 110 mungkin lagi mahal)
Agak murah untuk bidang 60, tapi kena beli kain dengan Nagoya


6. Aida Curtain
Taman Nilam, Tanjung Karang, Kuala Selangor

RM 20 / keping (bidang 60, kalau bidang besar lagi mahal)

7. Siti Hias Langsir
Kg Sg Choh, Rawang
Website klik SINI

RM 10 / keping bidang 56. Tapi ring eyelet kira lain, so banyak jugak la



Beli Langsir Sheer 


Close up langsir sheer


Kami beli langsir sheer dekat EB Curtain, upah jahit langsir percuma. Siap seminggu je. Pastu dapat hook free dan dah siap pasang.. yeay.. sebab tak suka pasang hook langsir haha.




So... kami ambik upah jahit kain langsir pulak sebenarnya kebetulan dengan kawan sorang kenalan. Dia offer RM 11 / kaki untuk eyelet, dah siap dengan tebuk dan dah campur kos eyelet ring.

Yeay..happy! Jahitan dia pun kemas and I have no complaints. My mum pun nanti nak jahit dengan dia. Dia jahit langsir ni part time je sebab siang dia kerja full time.

Atas sebab2 tertentu, nurin tak share no contact dia kat sini, jadi kalau ada sapa2 berminat nak ambik khidmat dia, email je nurin. Ni bukan iklan berbayar k.. just nak share good stuffs :)


Eyelet yang tukang jahit tu provide 

8 comments:

  1. kalo tingkap lebar 4 kaki, kalo nk design eyelet ni, kain bidang 110 tu kena beli bape kaki ye??? hahahha.. blur betul. kena darab 2.5 yer?? tengah buat plaster ceiling skang ni, ingtkn nanti ruang tamu tu nk guna langsir design eyelet ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok post yg sblm ni.. https://nurinkhairi.blogspot.my/2017/07/misi-langsir-cara-ukur-langsir-dan-beza.html?m=1

      Haha kejam tak.

      Tapi betul la darab dlm 2.5, kalau nk cantik lg boleh darab 3. Ikut tukang jahit nolly la

      Delete
    2. aah...tu la..da baca entry tu before tu. dok ingt part 2.5 and 3 tu la. kalo lebar tingkap 4 kaki, langsir tu jadi 12kaki. kalo upah jahit ur kenalan tu.... 12kakixrm11= rm132 la upahnya. heheh..makaceh. nnt nk try tanya abg i, dia baru buka kilang jahit pukal. kot2 pekerja dia leh jahitkan eyelet ni. hehehe

      Delete
    3. oh bukan.. orang upah jahit ni per kaki tu bukan kira ikut berapa banyak kain langsir kena beli, tapi ikut berapa lebar tingkap. so kalau macam tingkap u 4 kaki, kiranya 4 kaki x RM 11 = RM 44 je la.

      Delete
  2. Wahhh, ni mmg sgt berbaloi. I ingt dia amik upah ikut panjang kain. Tq nurin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak nolly..nurin cek2 balik baru perasan rupanya upah jahit tu kira ikut kain langsir punya lebar la. nurin kalut tak ingat sbb upah jahit tu dia tak kasik resit (orang persendirian yg jahit) and hubby yang bayar, so tak ingat.. sorry..yakin je ingtkan per kaki ikut lebar tingkap. so mmg betul la nolly kira awal2 tu ..

      Delete
  3. Salam... boleh tahu tukang jahit tu lokasi dimana ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...