nurinkhairi: Melancong Hokkaido Musim Panas/Luruh: Cable Car, Solat dan Ramen Halal

18 September 2017

Melancong Hokkaido Musim Panas/Luruh: Cable Car, Solat dan Ramen Halal

18 September 2017
~Edisi Bercuti Jalan2 ke Hokkaido~



Lepas check out dari accomodation di Niseko, kami sebenarnya patah balik ke bawah untuk ke destinasi seterusnya. 

Lagipun sebab kami nak stay kat homestay kat Niseko yang value-for-money!

Dah agak dah tak sempat nak cover hari sebelumnya. 

Jalan2 dengan anak tak boleh aa nak plan banyak2 benda sebab memang macam2 lah yang membuatkan jadi lambat. 

Dahla nurin tertinggal botol susu dalam homestay lah.. (takde orang yang dok kat homestay tu, camne nak bukakkan pintu?), terhilangkan sebelah contact lens la, Hubby terhilang adaptor la.. adehh.. tu sapa yang melambatkan tu? Mak pak ke atau anak2 ??



Kami naik cable car untuk sightseeing pemandangan Lake Toya. Cable car tu dipanggil Usuzan Ropeway. Zan tu maksudnya gunung. 

Cable car dia boleh masuk stroller terus. Tak payah nak kena lipat2.



Entrance fee untuk naik ialah 1500 yen untuk remaja dan dewasa, dan 750 yen untuk kanak2. Tapi kami ada kupon diskaun dapat masa sewa kereta, jadi dapat la diskaun sikit.

Ni lagi satu port untuk hiking.. jauh oi kalau kau rajin nak hiking. Macam biasa kami naik cukup syarat je, jalan kaki sampai larat dan sampai mana stroller boleh lalu je..hehe.


Dah sampai kat atas, ada observation deck ni. Aktiviti pelancong yang biasa lah..ambik gambar sampai tak sanggup nak bergambar dah.

Cable car tu ada bergerak setiap 15 minit. Bila semua orang keluar cable car, deck ni jadi ramai orang. Tunggu lama sikit, orang pun dah blah.. baru dapat ambik gambar dengan gembira.


Budak Adam selalu takde dalam gambar sebab dia selalu nak mengamuk je. Uhu...

Lepas tu kami jalan lagi untuk ke pit stop seterusnya.



Jalan seterusnya agak curam kebawah. Siap dia bagi walking stick untuk jalan. Kami jalan je pelan2. 

Bagi sihat sikit exercise2 lagi ok.


Adam dah bagi kaki memang tak boleh berhenti. Curam pun dia redah aje. Nasib la pejalan kaki dia yang jenis bukan berbatu, tapi agak lembut jalan dia. Rasanya jenis yang getah,



Dah sampai ada satu jambatan, kena naik tangga. Kami tinggalkan je stroller kat bawah dan kunci kan.

Masa untuk memanjat anak2.. marii...


Pemandangan dari puncak.. dah penat ni.. tak larat dah nak sambung perjalanan.

Lagipun stroller kat bawah tinggal lama2 risau pulak kang ada yang letak kat lost & found kang.

Kat mana kami solat di Hokkaido?

Secara jujurnya, kami jenis yang solat je kat mana2. Dulu masa student, belakang tiang airport pun boleh jadi port solat (masa tu kat Paris). Yang paling extreme tak boleh lupa masa kat Granada Spain, solat depan sikit je dari pintu toilet. Kau jangan la bayangkan toilet tu kotor and busuk. Toilet Malaysia ada la kot camtu...erkk..

Tapi entah ler semenjak kat Hokkaido ni kami takde la pulak nak berhenti solat mana2. Kiranya memang kami kejar check in dulu sebelum masuk Maghrib.

Tapi sebab waktu kami datang cable car ni pun dah lambat, kami kena carik tempat nak solat. Bila cek kat Halal Media Japan, takde la pulak tersenarai tempat ni ada prayer room.

Dua prayer room yang kami masuk kat Sapporo ada register ni. Silalah isi untuk kita bantu kekalkan prayer room kat sini


Negara Jepun secara keseluruhannya memang dah makin banyak prayer rooms dan makanan halal. Nurin ada rasakan ada partnerships di antara Malaysia (mungkin Tourism Malaysia) dan negara Jepun tentang ni. 

Sebab waktu kat Sapporo ada orang bagi survey form tentang makanan halal dan Muslim travels, and daripada soalan2 yang dia bagi, nurin agak survey form tu datang dari Malaysia, bukan dari Jepun.



Kami berhenti kejap kat toilet depan parking area. Depan parking area tu ada nampak signboard 'WC'. 

Target ingat nak solat je kat tepi parking lot. Macam tak biasa je kan kitorang kann..

Pastu Hubby yang memang peramah, walaupun sepatah haram bahasa Jepun dia tak pandai except Arigato, dia pegi tanya dengan sorang pakcik kat luar toilet, kat mana boleh pray. 



Dia tunjuk kat bangunan sebelah toilet. Nampak tak sebelah kiri tu toilet. Sebelah kanan tu ada bangunan, sebenarnya tu kira macam tourist information centre, which is ada penerangan pasal Mount Usuzan, camne terbentuknya tasik tu.. geographical explanation.

Tapi tempat tu sunyi takde orang.



Sangat selesa dan kami solat je kat sini. Tak sia2 Hubby tanya, kalau tak mau kena solat atas jalan leceh sikit lahh..


Model kain pelekat cap Gajah Duduk


Hokkaido ni banyak sangat gunung ganang.. Entah berapa puluh terowong kami masuk sebab jalan tebuk gunung..


Hari terakhir bawak kereta sebab petang tu kami gerak dalam 2 jam perjalanan ke Sapporo. Pulangkan kereta dan bermulalah perjalanan guna train pulak.

Tidur lewat kami malam ni. Semua dah kebulur. Gerak cari restoran ramen halal. Ramen Horyu, banyak blogger yang review. Mesti carik.



Add caption

Ada 3 menu yang halal kat sini. Yang nurin paham, Ramen Horyu ni ada banyak cawangan. Yang ni je kat area nama Susukino, yang ada menu halal. 

Dengarnya chef restoran ni macam2 cuba pelbagai cara untuk bagi ramen tu rasa asli tanpa guna bahan2 yang tak halal. 




Kedai dia takde nilai estetik langsung, macam standard kedai ramen la. Memang untuk makan saja. Orang kat luar berderet nak masuk sebab kedai sempit. Harga pun kira berpatutan la dalam 1200-1300 yen (~RM 50) untuk bowl Large. Ada 4 jenis bowl: Normal, Large, Extra Large dan Extra Extra Large.

Siap bagi towel basah, rasanya untuk lap hidung kot.. kot2 la pedas ke.. actually ada menu yang pedas sikiiiit, ada yang ok. Tapi our lil' Adam makan dengan berselera je, tapi kami tak bagi dia kuah la. 

Sedap gile ramen dia.. 2 malam duduk Sapporo kami ngadap ramen ni je. Lauk lamb dengan kuah dia..fuhhh...slurpppp...




2 comments:

  1. Salam Perkenalan...
    Cantiknya pemandangan kat situ :)

    ReplyDelete
  2. Wow ramen! My fav. Nasib nurin tak letak pic ramen bnyk2. Kalo tak jenuh terliur. I da pesan kt husband, kalo ada ezeki nk pi jepun, i nak adingkn duit utk mkn siap2. Mkn sana agak mahal kan. Tp kalo sedap mmg puas hati

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...