Labelkan Passport dengan Washi Tape

18 October 2017




Sejak dari anak pertama Aisyah lahir sampai sekarang, kebiasaannya bila melancong ke luar negara, paling leceh masa dalam kapal terbang la. Yang kedua masa kat airport. Bila dah sampai tu biasanya ok je sebab kami jalan free and easy, takde tour guide ke apa melainkan ada sekali kami menang contest ke Amsterdam ada program untuk sehari.

Selalunya kat airport memang lah waktu yang kalut, lagi2 dengan anak 2 orang. Tambah lagi kalau ada infant, peraturan dia tak boleh online check in. Sekarang ni hampir semua airline boleh online check-in, jadi kurang la masa nak berkejar ke airport dan datang 3 jam sebelum. Tapi bila ada infant, dah la datang punya awal, dengan usung beg2, stroller, anak2 lagi. Masa melancong ke Hokkaido dulu, kami beli buggy board. Bayangkan kena angkut board tu jugak!!

Kadang2 masa nak kalut la benda paling remeh jadi besar. Passport control. Line panjang, semua orang beratur nak lepas security sebab dah nak masuk flight atau beratur nak lepas imigresen supaya boleh teruskan dengan aktiviti melancong masing2. Kalau pasal passport terutama di airport atau dalam kapal terbang, 3 benda kami buat:

1. Passport mesti ada kat tempat yang senang capai. Dulu kami selalu masukkan dalam beg Deuter dalam compartment yang kecik. Tapi dalam keadaan anak2 banyak ragam, percayalah kadang2 benda kecik macam nak mintak your partner tolong bukakkan zip dan seluk dan ambik passport pun jadi leceh.

Dah lepas security, nanti nak kena tunjuk balik passport masa kat gate. Bila nak masuk cabin, dia cek lagi. Takkan setiap tu nak kena masukkan pastu nak keluarkan balik. Habis end up pegang kat tangan, takut ada yang tercicir kang. Oh haru...

Lepas tu kalau dalam flight, contohnya AirAsia, kalau kita pesan makanan, dia akan mintak boarding pass untuk sahkan. Dah kalau beg tu ada kat atas compartment kapal terbang, satu hal nak ambik.

Untuk trip2 kami yang sejak kebelakangan ni, nurin ada sling bag. Alhamdulillah sangat memudahkan.



2. Passport mesti bawak ke mana2. Masa jalan2 tak perlukan passport pun selalunya, jadi kami simpan kat beg yang proper, macam beg Deuter kami letak dalam compartment kecik. Sling bag tu nurin tak berani usung dengan passport sebab takut kena tarik dengan orang.

Ada orang yang lebih selesa tinggalkan kat hotel. Walaupun hotel tu ada safe box, kami dah jadi kebiasaan sentiasa bawak. Selalunya atas faktor keselamatan (bilik hotel ada orang kemas, jadi mesti ada orang masuk punya) dan kita taktau masa bila ia diperlukan. Mungkin dapat diskaun untuk tourist ke..hehehe.

3. Labelkan passport. Benda remeh tapi sangat membantu. Passport ada 4, semua sama. Bila nak tau sapa punya, kena selak untuk tengok page yang ada gambar.

Kadang kalau boarding pass terselit kat tengah2 helaian passport, dia akan terselak kat situ dulu. Pastu terkial la nak carik page yang ada gambar masing2.

Kat depan dah ada pakcik imigresen menanti punya lama, kat belakang ada ratusan orang lagi.

Tambah lagi kalau imigresen dia panggil berdua je. Maksudnya kami tak boleh berempat satu family pergi ke kaunter. Nak kena carik passport masing2 untuk diasingkan.




Pakai washi tape je pun..alaa mesti cakap apa je ni punn.. ingatkan label apa?? Haha. Biar lah haha. Organizing 5 saat..hehe. Ingat susah sangat ke projek label..so kalau tak susah, buat lah ;)

Pink untuk girls, warna biru for the boys. Mula2 cam keliru gak, macam mana nak ingat mana satu passport Aisyah, mana satu passport mama nye.

So nurin buat yang corak2 punya tape untuk adults, yang takde corak untuk Aisyah dan Adam.

So camne nak ingat?? Yang budak2 takde dosa, macam kain bersih. So washi tape dia takde corak. So mak pak dia ada corak..yang tu paham2 la haha. Bercorak corak....errr...






1 comment:

  1. bagus jugak idea ni,
    tak payah dah selak satu-satu nak tahu tuan punya passport.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...