nurinkhairi: Makan King Crab di Korea dan Hokkaido, Jepun

01 October 2017

Makan King Crab di Korea dan Hokkaido, Jepun

01 October 2017
Teringat balik masa kami pergi Korea tahun lepas, memang dah aim nak pergi makan ketam. Aih mahal sungguh king crab dia, lepas tu besar gile. Sebab kami pergi 4 beranak je masa tu, kalau kami je yang makan memang terlebih banyak, tambah pulak nurin takde la berapa gemar sangat makan ketam.

Pasar besar nama Noryangjin Fish Market



Nasib baik cik Aisyah ada bakat terpendam iaitu rupanya dia suka gila makan ketam. Akhirnya ketam tu banyak yang dia habiskan je. Abah korek isi ketam untuk dia, tengok2 zupp dia habiskan. 

Nampak macam stesen bas.. tapi sebenarnya pasar oi.


Kami beli Korean snow crab je masa kat Korea. 

Di Korea. Snow Crab pilihan. Makan kaki nye saja dah kenyang

Fast forward Hokkaido, ni nak redeem balik la ni. Nak makan king crab pulak. Heh, memang agenda pagi2 pertama bila sampai Sapporo. Mak nye layankan je la, ada 2 penggemar ketam in da family. 

Ikutkan kalau baca, kat Hokkaido ni banyak kedai yang macam restoran. Kau order je king crab, pastu tambah la set apa ke apa.. Kami tak suka yang camtu sebab tak pasti set apa dia bagi, dia masak camne. 

Nak yang macam kat Korea haritu, i.e. pergi pasar, angkat ketam, bayar, pergi restoran, suruh dia boil, makann.. 





Melalui pembacaan nurin yang tak seberapa ni sebelum pergi Hokkaido, ada 2 pasar kat Sapporo. Yang biasa orang pergi ialah Nijo Market. Tapi ada baca yang pasar ni macam mahal sikit sebab tempat tumpuan pelancong. Lagipun pasar tu dekat dengan tengah bandar. Kalau naik subway station, hanya satu stop je lepas Sapporo Station. Nak jalan kaki pun boleh.

Ada lagi satu yang nurin baca iaitu Curb Market. Kena naik subway tapi takde la jauh mana, dalam 4 station dari Sapporo station (Niju-yonken station). Dengarnya macam lagi besar daripada Nijo Market. OK, so kami set carik mana Curb Market nih.


Yang paling senang untuk ke Curb Market tu ialah set kan direction anda pergi Sapporo Wholesale Market. Yo, first time selama kami start aktiviti melancong ni kami sewa sim kad untuk data internet. Selama ni tak sangka pulak ai kami tak pernah ada internet, hanya ikut printed map dan.. mungkin jugak gerak hati. Ahaha. 

Yang nurin ingat, ada lalu kedai AEON (tapi AEON dia sebesar 7-eleven je), lintas jalan jumpa kedai Lawson, pastu jumpa pos office, pastu jumpa kedai Reebok, pastu kau jalannnn sampai pengsan.


Kalau kau dah sampai sini, kiranya dah berjaya lah



Oh padanla nama dia Curb Market. Rupanya dia pasar tepi jalan je. 

Tak sempat pun nak jalan2 cari ketam sampai hujung. Jumpa kedai yang ketiga dari hujung, terus masuk, cakap macam ayam itik, kata nak beli ketam. Dia carikkan ketam.

Pastu tak reti camne nak bagitau diorang. Kat mana nak carik kedai untuk masakkan?? Nurin asyik cakap 'tabe-mas, tabe-mas' ('tabe' tu makan). Hubby nurin pulak serahkan je kat nurin untuk berkomunikasi, sebab Hubby yang dia reti sebut Arigato je....

Abang tu pun bawak la pergi satu restoran tu dalam selang 3-4 kedai dari situ. So nurin pun ingatkan ok beb, set kita beli kedai abang, pastu kita bawak gi restoran ni. 

Pintu depan restoran


Pastu bila dah nak beli, dia pot pet pot pet lagi. Eh ada masalah lagi ke. Taknak ke kita beli ketam abang???

Nak masuk restoran tu kena lalu sini


Pastu nasib la sorang abang tu dia bawak keluar henfon dia, dengan google translate, dia translate kan bahasa Jepun pergi bahasa Indon. Errr... rupanya padanla potpet semacam rupanya... dia suruh pergi kat restoran tu, beli ketam kat pasar sebelah restoran tu, bukan dekat kedai dia. 




Mengikut pemerhatian, harga king crab yang paling murah dalam 7800 yen gitu (dalam RM 300 lebih). Yang Hubby pilih tu harga 9000 yen. Tangkap dari kolah kat luar restoran tu, pastu tukang masak kasi masak. Ada dalam 30 minit jugak la tunggu baru hidangan sampai.

Masa nurin pergi tu hari Isnin. Takde orang lain kat restoran tu. Kurang sikit susah hati, sebab dua budak kenit ni terutamanya yang paling kenit ni memang memeningkan kepala. Semua benda dia nak main. Pencungkil gigi pun dia nak main. Air nak tumpahkan. Lagi seronok sebab meja jepun boleh panjat meja.


Sambil tunggu encik ketam sampai. Kakak tengah melukis, adik tengah melakukan rondaan. Botol susu tak lekang dari mulut



Selain king crab yang kami suruh dia boil, kami order set salmon dengan nasik. 

Salmon dia sedaaapp!!! Rasa fresh ye amat. 


Ada gunting dengan pengorek disediakan. Tapi Aisyah memang dah pro, sekarang dia takyah suruh abah kopekkan. Dia korek guna tangan



Overall, puas hati makan. Restoran dia tak ramai. Masa kami duduk nak dekat sejam lebih, ada orang yang datang makan pun, diorang duduk bahagian outdoor, so bahagian indoor memang kami saja. Tak macam yang kat Korea dulu sentiasa ramai orang, so tak selesa nak duduk lama. 

King crab tu harga dia 9000 yen, pastu campur dengan nasik + salmon dan tax, total damage was 10692 yen (dalam RM 420). Demi seekor ketam..

Abah siap tapau bawak balik sebab tak habis makan.

Shell crab tu pun abahnya siap bungkus leklok bawak balik naik Air Asia.. nak buat fridge magnet katanya..hahaha.


P/s: Anyway, dipersilakan sapa2 yang rasa ada tempat lain yang lebih murah untuk makan live king crab kat sana. Sharing is caring yaww.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...