Wireless Vacuum Cleaner Mengubah Cara nurinkhairi Kemas Rumah

27 November 2017
Nurin dari kecik sampai la dah kawin, jenis yang tak suka pakai vacuum. Sebelum kahwin, kalau bilik sendiri kat rumah mama, nurin suka lap! Yes, ambik kain basah dan lap. 

Pastu usung gayung dengan air, bilas kain dan lap lagi. Bawah katil, atas meja, hujung tingkap, lantai.

Kalau ada mood nak tolong2 kemas kat bawah (hehehe nampak benau la maleh nye), is pakai penyapu. 

Vacuum2 ni..nurin tak suka pakai. Bukan takde vacuum, ada je kat rumah mama. Masa tu tak terpikir pun "eh kenapa aku tak penah pakai vacuum ek?" Cuma naturally memang dah terbiasa pakai kain lap. 



Ada ke orang macam ni??

Lepas tu bila dah kawin, dapat hadiah kawin siap 2 lagi vacuum cleaner. Hubby seorang yang suka guna vacuum. Nurin masih lagi cara lama.

Sampaikanlah Hubby bagi idea untuk beli cordless vacuum cleaner. Sebenarnya datang idea beli sejak kami start buat homestay kat Selayang tu sebenarnya. 

Encik Hubby kata lagi senang kalau nak ulang alik angkut vacuum tanpa perlu letak kat homestay sana (kadang2 ada yang tangan ringan, pernah hanger homestay kami pun ada jugak orang yang rembat!). Lagipun biasanya cleaner datang takde barang sendiri, kita yang sediakan barang. Jadi lagi senang kalau ada vacuum yang ringan dan senang bawak mana2. 

Dia belikan Bosch model GAS 18V-LI kat Lazada online je..




Yang ni boleh kata cordless vacuum untuk siapa yang baru nak berjinak2 dengan cordless gituu.. suction dia ok je, takde bag nak kena tukar. Sesuai la untuk kemaskan rumah dalam 1-2 jam sebelum bateri kena caj semula.

Sejak daripada tu, lepas dah lama gunakan vacuum ni, barulah nurin perasan...

..kenapa nurin tak pernah suka pakai vacuum cleaner.

(Boleh tak, selama ni tak perasan pun kenapa...heh).

Vacuum cleaner yang ada wayar leceh. Kalau nak bergerak dari satu area ke area lain, kena cabut dan pasang kat plug yang terdekat. 

Kalau wayar tak cukup panjang, kena tarik wayar lagi untuk keluarkan.

Tak masuk lagi wayar dah berselirat, tersangkut sana sini, bergumpal.

Berat dan susah nak angkat.

Sejak daripada biasa menggunakan wireless vacuum, nurin dah tak pernah lagi guna vacuum yang ada wayar. 

Berbeza jugak ler.. dari segi camne nurin kemas rumah dan mentaliti kemas rumah.

Dulu masa sebelum kahwin, aktiviti kemas rumah ni macam aktiviti hujung minggu. Spring cleaning gitu.

Lepas kahwin, sebelum beli vacuum cordless, kalau anak main biskut bersepah atas lantai? Pakai penyapu. Ada baki biskut tertinggal. Lap pulak dengan kain. Kalau kawasan jajahan biskut tu luas, lagi lama lah nak mengemas terbongkok2. Sikit lagi boleh jadik raksasa hijau.


Kami sayang raksasa hijau kami.. aka mama

Sekarang? Ambik vacuum terus sedut. Rasa macam kepuasan pulak tengok sepah pastu habis kena sedut. Kurang rasa macam mengemas tu sebagai satu kerja yang memenatkan. Kita kemas tang tu jugak. 

Macam pinggan jugak, kalau semua orang dalam keluarga tau kena cuci pinggan masing2 tang tu jugak daripada tinggalkan semua dalam sink, proses mengemas akan jadi lebih senaaaang.

Siapa yang suka buat kerja rumah? Ada ke yang suka ek..haha. Tapi terpaksa buat. 

Nurin ingat lagi pernah ada bos agensi cleaner datang untuk supervise cuci rumah nurin. Dia kata dia baru balik dari cuci rumah satu family ni. Anak lima. Rumah dia lantai melekit2, bersepah2 dan berdebu2. Masa cleaner tu cuci, anak2 dia boleh pulak golek2 atas lantai basah yang cleaner2 dia tengah cuci. Tak pasti agaknya anak dia taktau kot yang tak boleh buat camtu, eh!

Jangan tak caya, benda tu boleh jadi kalau kita rasa mengemas rumah ialah satu beban. Langsung kau tak buat. Tambah pulak kalau ada anak, kang dia tak reti erti mengemas dan membersih..huhu.

Kami? Dalam kekangan masa kerja full time, every little thing helps weh. Not turning back ah guna vacuum yang berwayar. Bye2..

Akhir sekali..kalau ada dishwasher pun bagus jugak..boleh skip cuci pinggan pulak kan kann..eheheh.

Apa barang yang korang ada yang sangat time dan energy-saving yang tolong kerja seharian? Selain vacuum cleaner ni, sayaaang kat airfryer nurin. Hehe. 

1 comment:

  1. hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...