Itinerari Lengkap dan Kos ke Hokkaido September 2017

18 January 2018
Banyak orang yang suka share itinerari dan kos pergi jalan2, tapi kebanyakannya backpacker atau single. 

Kami bawak anak kemana-mana saja kami travel. Memang diorang akan melambatkan dan itinerary mungkin akan jadi lari atau ada yang tak dapat buat, tapi bukan habiskan itinerary yang penting. Yang penting is the company. - the family, the kids, gambar2 buat tatapan di masa hadapan.

Oleh sebab ada reader yang request, maka nurin nak share itinerari dan kos keseluruhan kami ke Hokkaido untuk 5 malam, 2 dewasa dan 2 kanak2 umur 5 tahun dan 1.5 tahun. 

Secara jujurnya, trip Hokkaido kami ni bukan terlalu low budget dan bukan high budget. Kami ada belanja lebih sikit untuk sesetengah aspek. Dan trip kami tak begitu packed, dan ada yang kami skip. Santai satu family gitu. 

Tambah pulak sebab dalam beberapa hari yang awal, kami check-in hotel awal sebab nak solat kat hotel. Ada je tempat solat..macam di Noboribetsu Date Jidaimura dengarnya ada prayer room

Dan ini adalah trip Hokkaido musim panas/luruh! Bulan September. Hahh..orang Malaysia, nak tak pergi Hokkaido bukan musim sejuk??

Trip Itinerary

Kat bawah ni ialah route keseluruhan perjalanan kami.

Day 1: kaler brown
Day 2: kaler biru
Day 3: kaler merah
Day 4 & 5: kat Sapporo je
Late Day 5: kaler hijau
;

Day 1: 

    • Tip: Bagi nurin walaupun ada anak, attraction kat Smile Road tu kurang menarik untuk harga yang dibayar. Kalau anak2 tak perasan, boleh lah bawak keluar dari airport cepat2
  • Ambil free sim card di pos ofis level 2 di airport. Dapat free sim card sebab pakej sewa kereta 
  • Dalam pukul 12.30 pm, gerak ke kaunter kereta sewa untuk ambik shuttle ke Honda car rental (start sewa dari pukul 1)
  • Drive dari Shin-Chitose airport ke Noboribetsu melalui Hokkaido Expressway
  • Sampai di hotel dalam pukul 4-5 pm gitu sebab kami berhenti2 jugak. Kami berdua masing2 ngantuk sebab kurang dapat tidur dalam flight
  • Check-in Takimoto Inn, Noboribetsu
  • Rehat dan makan dalam hotel je sampai esok pagi.. hutang tidur
(sebab tu nurin cakap itinerary ni kurang packed and very family-oriented lah..you have been warned ;) )

Day 2:
  • Breakfast di hotel
  • Jalan kaki ke entrance Hell Valley (atau dipanggil Jigokudani)
    • Tip: Datang la awal2 dalam pukul 7 gitu, kalau lambat dalam pukul 8 pun, dah bersusun bas tourist akan datang
    • Tip: Tempat ni sangat besar, dan ada pelbagai walking trail yang disediakan. Pakai kasut yang selesa, dan kalau ada anak, sarankan cukup je la jalan sikit2 untuk ambik gambar

    • Tip: Kalau plan nak jalan jauh dengan anak2, jangan bawak stroller. Hanya satu trail sahaja yang boleh dikatakan boleh bawak stroller, itupun sebenarnya oleh kerana terlalu ramai orang, kami tinggalkan stroller sebelum masuk
  • Check out dan drive ke Noboribetsu Date Jidaimura, untuk details sila baca entri yang sama
  • Drive ke Niseko (ski town)
    • Melalui Hokkaido Expressway - masuk kat Noboribetsu-Higashi IC, dan exit kat Abuta-Toyako IC
    • Lepas tu ikut jalan biasa, melalui ski town Rusutsu, melalui kampung2 Makkari village, dan terus ke Niseko
  • Singgah di sebuah kedai kecik di kampung nama Makkari untuk beli supplies nak masak - cam bawang, sayur gitu. I is masak nasik goreng je
  • Check-in di Matthew Suites - splurge untuk accomodation yang sangat berbaloi - salah satu kebaikan pergi Hokkaido musim yang bukan puncak, tapi melawat ski town
  • Solat, masak dan tidur. Ingat nak pergi pekan nama Kutchan, tapi tak jadi. Rasa malas nak keluar dah..haha.

Day 3:

1 - Niseko, 2 - Mount Usu, 3 - Sobetsu, 4 - Jozankei hot springs area , 5 - Bandaraya Sapporo

Route trip kami pada Day 3 agak pelik, Sebab kami patah balik dari Niseko ke Mount Usu (dari nombor 1 kat atas, kami turun ke nombor 2). Masa planning sebelum beli hotel, kami dah agak dah tak sempat nak pegi Mount Usu sebelum tidur di Niseko, tapi redah je sebab nak tidur di Niseko.

  • Check out Niseko Matthew Suites - keluar agak lambat dalam pukul 11am - 12pm
  • Drive ke Mount Usu (Usuzan cable car) - naik cable car
  • Hiking trail on top - as usual kami tak cover semua trail, sikit je
  • Solat kat area Mount Usu cable car lepas turun - masa tu hampir pukul 5.30 pm i.e. sunset
  • Drive dari Mount Usu ke Sapporo melalui Jozankei Hot Springs ikut Route 230 
    • Penting!: Kalau korang gerak dari area Noboribetsu/Muroran/Lake Toya etc dan nak ke Sapporo, GPS akan route kan arah untuk ikut expressway, sebab kebiasaannya dia program yang expressway ialah 100 km/j, manakala jalan biasa ialah 40 km/j. (kami jalan laju je lebih 40 km/j huhu). So, masa route ke Sapporo tu, kami route balik ke tempat kat tengah2 perjalanan, forcing the GPS untuk ke Route 230, iaitu lalu Jozankei Hot Springs. Jimat tol 3590 yen (RM 130)!! 
    • Kredit kepada blog BumbleBeeMum sebab bagi idea ni, walaupun route yang dia tunjuk dalam blog lain, tapi she reminded that GPS selalunya akan recommend guna expressway yang ada tol
    • Yang route biru tu ialah route expressway
  • Pulangkan kereta di Honda car rental dekat Sapporo Station North Exit (dekat dengan hotel kami)
  • Jalan kaki ke Hotel Mystays Sapporo Aspen
  • Lepas check-in, naik subway ke station Susukino untuk cari kedai Ramen Horyu 

Day 4:


Day 5:
  • Check out dan simpan beg di hotel
  • Kimono wearing untuk 4 beranak. Jalan kat luar untuk ambik gambar
  • Ambik gambar di photo studio nama Studio Dash, hanya dalam 5 minit jalan kaki dari Mistuki Sakura kimono rental
  • Dalam 3-4 jam jugak kami pakai kimono dan bergambar 
  • Jalan kaki dari Tanukikoji ke Sapporo Station melalui underground shopping arcade , Sapporo Ekimae-dori underground walkway
  • Balik ke Sapporo Station, dan solat di Daimaru department store, dalam Sapporo Station
  • Ambik beg dan gerak ke train station untuk ke station Chitose 
  • Check in di Khaosan Chitose Family Hostel 
    • Tip: Kalau tidur di area Chitose Airport sebelum naik morning flight pada keesokan harinya, pastikan betul2 train stop yang paling dekat dengan hotel. Kami ingatkan hotel yang kami duduk tu, melalui review macam dekat sangattt je.. Kami beli tiket untuk ke "Chitose Airport" i.e. station Minami-Chitose, rupanya bila dah dekat nak sampai baru perasan yang kami perlu stop 1 station lebih awal i.e. station Chitose


Day 6:
  • Check out dan naik teksi ke New-Chitose Airport

Kos Keseluruhan Perjalanan
- 4 orang: 2 adult, 1 child, 1 infant
- Kami ada RM 2000 travel voucher, yang lain kami support 
- Tidur 5 malam di Hokkaido


Kos

Nurin breakdown kos perjalanan mengikut kategori. Masa ni pertukaran harga dalam 1000 yen = RM 39.85

1. Flight + tax: RM 2909.00

2. Flight add-ons:  RM 336.00. Kat bawah ialah breakdown:
  • 1 check in bag x return flights (2) = RM 114 x 2 = RM 228.00
  • 3 meals x return flights (2) = RM 54 x 2 = RM 108
  • RM 30 fees to travel agent = RM 30
  • Total RM 336
3. Sewa kereta (including free sim card with data plan for 7 days): 32040 yen = RM 1277

4. Fuel for entire trip: 2979 yen = RM 119 - total 360 km perjalanan kesuluruhan

5. Toll (Day 1 and Day 2 ikut expressway): 3170 yen = RM 126

6. Parking @ Usuzan ropeway and Noboribetsu Date Jidaimura : 1000 yen = RM 39.85

7. Taxi: 2740 yen = RM 109.20
  • From Hotel Mystays Sapporo Aspen to Takinokuji : 900 yen
  • From Khaosan Chitose Hostel to New Chitose Airport: 1840 yen (awal2 pagi)
8. Subway (1-day subway pass for 2 adults): 1660 yen = RM 66.15

9. Train - JR from Sapporo Station to New Chitose Airport (salah beli, patutnya beli sampai Chitose Station je) for 2 adults: 2140 yen = RM 85.30

10. Hotels: 51340 yen = RM 2045
  • Takimoto Inn, Noboribetsu (1 night): 14340 yen
  • Matthew Suites, Niseko (1 night): 12000 yen
  • Hotel Mystays Sapporo Aspen (2 nights): 18400 yen
  • Khaosan Chitose Family Hostel (1 night): 6600 yen
11. Entrance fees: 12050 yen = RM 480.20
  • Doraemon World - 1200 yen for 1 adult, 1 child
  • Noboribetsu Date Jidaimura: 6400 yen for 2 adults, 1 child (infant free)
  • Usuzan Ropeway: 3300 yen 
  • Shiroi Koibito: 1150 yen 
12. Dining/Groceries/Snacks including white rice: 22288 yen = RM 888
  • Groceries & Snacks: 6472 yen - we had 1 dozen of Kinotoya cheese tart, so that was already 2007 yen out of that
  • King crab + 2 set rice + grilled salmon: 10692 yen - this was a splurge :)
  • Extra large ramen for 2 adults x 2 malam makan = 5124 yen
13. Souvenirs: 14999 yen = RM 597.70
  • 7 fridge magnets: 3562 yen
  • 1 photo taking (including 1 free) @ Shiroi Koibito: 1200 yen
  • 6 kotak biskut Royce & straweberry tart @ airport: 5237 yen 
  • Jinbei untuk budak x 2 = 5000 yen
14. Splurge: 30260 yen = RM 1205.90
  • Ninja costume wearing and accessories for Aisyah @ Noboribetsu Date Jidaimura: 1980 yen
  • Kimono wearing for 1 day - 4 adults & 2 child: 17280 yen
  • Photo studio untuk 2 hardcopy photos: 11000 yen
15. Others: 5083 yen (kami hilang beberapa barang mcm botol susu Adam dan contact lens, jadi kami kena pegi beli) = RM 202.60


TOTAL COST FOR WHOLE TRIP 

RM 10486.90

Free RM 2000 voucher.. so kami spend total RM 8486.90 !!! 
*arghh pengsan*

OK tu je.. dah penat dah menaip ni, berapa lama tangguh ni. Ada je yang nurin malas nak masukkan gambar untuk penerangan, so kalau ada apa2 tak faham, comment je kat bawah insyaAllah nurin cuba jawab secepat boleh.


Sila share post ni kalau bermanfaat kepada orang lain.. thanks so much!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...