Resipi Pasta Cheese Ayam Main Campak2 Pastu Siap!!

02 April 2018
Nurin suka betul kalau dah jumpa resipi yang senang nak buat, main campak2 je dah siap.

Kau penah baca tak post vacuum cleaner  nurin, haa tu salah satu produk jimat masa yang besstttt yang kami ada. 

Kalau dari segi masak masak pulak, yang pertama di hati sudah tentu lah airfryer. Dan sekarang tengah berjinak2 belajar ialah guna pressure cooker. Kau tau tak nasik goreng boleh campak je semua dalam pressure cooker, pastu dah boleh siap.. yeahhh... cam tak caya je..sebab selama ni masak dengan kuali kaup balik kaup balik.. *nangis*

So tujuan post kali ni ialah nak share resipi yang mudah, ringkas, jimat masa, dan.. resipi campak2 je wei.. Jangan risau kalau korang takde pressure cooker, sebab resipi asal dia hanya gunakan periuk nasik biasa je. Nurin je mandai2 nak buat resipi dalam pressure cooker. Yela dah beli mahal2 tak guna rugi la kann..ahaha.


Nurin dapat resipi ni daripada buku resipi Dumex Dugro, ada bagi 6 resipi untuk dicuba. Kan dalam post haritu nurin ada attend event anjuran Dumex Dugro kann.. Tengok2 mana satu rasa nak try, nampak resipi ada cheese dan pasta, memang terus tertarik.

Kita ikut lah kegemaran Aisyah dengan Adam.. diorang ni agaknya dah bosan dengan nasik, jadi kadang2 kita bagi dia makan pasta. Adam terutamanya suka spaghetti dan mee.. dan diorang berdua suka cheese! Jadi kita cuba resipi Pasta Si Manja.



Bahan-bahannya simple je..

  • Sebungkus pasta - ambik la bentuk apa2 tapi nurin ambik pasta siput
  • Dada ayam potong kecik2
  • Separuh biji bawang holland - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - campur dgn air sikit dan blend
  • 1 ketul brokoli
  • 1 lobak merah 
  • Satu kiub ayam 
  • Keju cheddar slices 
  • 1 sudu susu Dugro®
  • Sedikit garam
  • Sedikit black pepper




Mula2 kau cincang lah ayam tu kecik2 bagi senang budak2 nak makan. Kalau ada tulang ayam jangan masukkan pulak, kang tercekik pulak anak kang. Kebetulan nurin dah potong 2 malam sebelumnya siap2 dan masuk bekas dan bekukan semula.

Pastu kau cincang la bawang besar dengan bawang putih. Nurin guna bawang holland sebab resipi western..biasa guna bawang holland ye dok.. 

Eh haritu masa event Dumex Dugro, nurin dapat door gift 'Slap & Chop' , untuk cincang ingredient dengan cepat. OK best2.. setakat ni pencincang nurin terlalu canggih dan besar, the one yang attach dengan mixer kek, so tak sesuai untuk penggunaan seharian, kalau untuk buat kenduri ok lah. Jadi yang ni memang juuuust nicee... nak cuci pun tak susah.



Carrot pun kau cincang atau dadu. Brokoli pun kau potong2 la dari pokok dia. Aih takkan itu pun nak bagitau kann..ehehehe.. Seperti yang tertulis di atas, tomato kita blend dengan sedikit air.

Pastu.... masuk part yang paling senang. Kau campak je semua kat dalam periuk nasik atau periuk pressure cooker. Ehhh mula2 nurin rasa ragu2, walaupun dah pernah campak masak sup, nasik goreng.. boleh jadi ke pasta aku ni. Tapi kalau tak cuba kita taktau kann..

So akhirnya nurin mengumpul segala keyakinan untuk masukkan je semua dan berdoa semoga menjadi la resipi ni.. Ehhh mesti la yakin, resipi yang tulis dalam buku resipi Dugro® ni dia tulis campak je semua kat dalam, so kena la yakin. Chef Lin yang tulis kannn...

Masukkan semua pasta, ayam, bawang2, carrot, brokoli, air tomato, kiub ayam, pastu taruk la sikit garam dan black pepper ikut suka. Kau jangan masukkan cheese je tau.. diulang, yang tu jgn masukkan.



Nampak tak gambar kat atas tu ada part ayam yang masih lagi seketul..sebab keluar daripada freezer kann.. main campak je. Bila dah siap masak masih lagi seketul ahaha..tapi senang la terus je leraikan. Tu yang nurin cakap memang main campak je oi.. Senang tak senang!

Pastu dalam gambar ni belum masuk pasta lagi.. rasanya time tu macam masih dalam fasa ragu2 dan kurang yakin betulkan aku kena campak dengan pasta sekali ahaha.. tapi betul ni, masukkan je pasta tu sekali dengan semua bahan (kecuali cheese).

Haa..lepas tu jangan lupa masukkan air, kang hangit pulak takde air. Yang ni kena agak2 lah airnye yer.. rule of thumb, cuba letak air sampai parat atas sikit daripada bahan campak & pasta tadi. Jangan sikit sangat, tapi jangan banyak sangat. Nurin pun tak tenggelamkan semua, cuma elok2 je pasta tu dibasahi air. 




Untuk periuk nasik, just tekan je la untuk masak. Untuk pressure cooker, cuba cari mode pasta dalam model pressure cooker masing2. Nurin guna mode rice/risotto sebab takde mode pasta.. sama je kannn.. risotto = pasta.. errkkk.



Tadaaa.. ni lah hasil bila dah siap. Sebenarnya nurin lupa nak snap gambar hot from the oven sebab eksaited dah jadik, and rasa nervous sikit sebab pasta dia nampak berair (tu yang nurin cakap jangan banyak sangat). Tapi lepas dah lama2 air dia dah kering pun so ok jer.. So gambar kat atas ni lepas beberapa jam..tu yang sememeh tepi dia tu..ehehe.. sorii..



Akhir sekali, menu wajib kita, pemikat selera anak2 nurin. Cheese dan susu! Kaya dengan kalsium kan..nahh makan banyak2. 

Cheese slice ni kita carik2 kan dulu letak dalam mangkuk. Pastu, masukkan susu Dugro® dan sedikit air, bagi tambah rasa lemak2 dan creamy gitu...dan kaya dengan nutrisi DHA dan Omega 3 / Omega 6. Panaskan dalam oven selama kira2 30 saat bagi dia cair. 



Tip, bila nak hidang baru letak cheese tu. Panas2.. kalau dah buat siap2 takut nanti jadi cam 'rubbery' , tak sedap. Tambah pulak kalau nak simpan dalam peti sejuk, jangan siapkan cheese tu. Cairkan bila nak makan je. 

Yeay.. anak2 suka makan pasta cheese ayam ni. Sebagai seorang ibu kepada anak2 yang tak suka makan (seriusly, ada jugak la orang yang tak suka makan???!!), memang seronok sangat tengok anak mintak2 suap dan mintak2 tambah. Siap puji "mama masak sedap la".. 


Actually selalunya Aisyah puji ni bila kita masak benda lain daripada yang lain. Ahahaha.. Aisyah dah bosan makan nasik dengan spagheti kerrr.. ehehehe.

Memang terasa inspired la nak pelbagaikan menu, kena la kuatkan semangat sikit wehh.. kadang2 rasa nak masak apa harini.. nak masak apa harini.. kalau dah 365 hari pikir bende sama boleh jadi mereng.. So dengan buku resipi ni, ingredient dia mudah je, memang ingredient harian, so alhamdulillah kita semangat sikit yerr.. 

Yang penting resipi dia bernutrisi dan sesuai untuk anak2 dan mak pak jugak. 



OK, jangan lupa susu Dugro® ok! Pakar nutrisi sarankan 2-3 gelas susu sehari untuk anak2 tau.. 

Looking forward to Dumex Dugro punya next event.. :) Thank you for the inspiration! For more information on Dumex Dugro boleh visit Facebook page dia https://www.facebook.com/DumexDugro/



1 comment:

  1. sedapnya, seronok tengok anak2 makan air tangan ibunya, berselera sungguh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...