Melancong Hokkaido Musim Panas/Autumn: Hot Spring dan Volcano

16 September 2017
~Edisi Bercuti Jalan2 ke Hokkaido~

Bangun awal gila sebab semalam tidur awal. Subuh masuk 3.30 am, habis pukul 5.30 am.

Harini pagi nak pergi satu tempat bernama Hell's Valley. Jalan kaki je dalam 2-3 minit dari hotel. 

Posing wajib la kan dengan setan2 sekelian

Konon2 hell valley tu sebab ada steam asap berkepul2 keluar dari perut bumi. Bentuk muka bumi dia kawah gunung berapi.



Air panas masih lagi aktif mengalir dan salurkan air panas ke hotel2 yang berlambak2 kat sini. Hot spring ni orang kata ada healing properties.





I is malu la nak masuk hot spring kat sini...

Tempat ni masuk percuma je. Kena datang awal2 sebab kalau datang lambat, nanti penuh tourist...China...

Ni baru je nak masuk ke entrance, tu pun dah beratur bas dah sampai



Ada banyak hiking trail kat sini, yang paling laju dalam 30 minit. Yang paling lama sampai 4 jam. Tapi kalau berhenti ambik gambar lagi la lama jadinya.





Kami jalan2 morning walk je gitu. Setakat mana yang mak dengan anak2 mampu. Kira macam exercise ye nak ye.. Kat Malaysia panas kan, kita jalan2 sini bagi sihat sikit badan sambil menikmati kesejukan pagi

Sebelum kita mulakan, kita yoga dulu

Lagipun ikut stroller boleh bawak sampai mana. Nampak gaya macam tak boleh bawak all the way. 

Kat perkarangan entrance tu ada ramp yang boleh bawak stroller, jadi takde masalah.

Tapi ada satu observation point kat entrance tu, kami tinggalkan stroller kat bawah and memanjat tangga.





Pastu jalan jauh sikit dalam 3-5 minit ke dalam, dah start jalan berbatu2. Rasanya sebagai langkah keselamatan terutamanya bila musim sejuk dan licin. Sebab path tu turun ke bawah, tak rata.

Jauh lagi ke kita nak berjalan ni?

Kami pun dah baca datang sini kena pakai kasut yang grip bagus. 

Masuk ke dalam lagi, ada satu jambatan kayu yang membawa kami lebih dekat dengan kawah gunung berapi yang berasap2 tu. 




Dah tak boleh bawak masuk stroller dah. Tengok pathway dia susah nak bawak masuk. Sempit pulak tu. Kami tinggalkan je kat hujung sebelum masuk. Takde de orang nak ambik.

Paling hujung tu ada pulak satu kolam kawah kecik. Nama dia Tessen Ike. Ntah apa maksud dia pun taktau.




By this time dah pukul 8 lebih, elok2 je kami nak keluar dari jambatan kayu sempit tu, pomm.. segerombolan tourist...China... datang.

Alhamdulillah dah siap ambik gambar..haha.

Indah ciptaan Allah



Dah tak larat la nak jalan.. kita pulang la ye nak.. Tak sempat pun habiskan even the shortest punya hiking trail. Sebab yang paling pendek tu which is 30 minit, dia buat satu pusingan. Kami sampai hujung, pastu kami patah balik route yang sama. 

Entah apa mak aku ni tunjuk tah

Check out kat hotel2 Hokkaido ni awal betul.. yang hotel kami tu 10 am dah kena check out. 


Anak kami yang suka mundar mandir. Orang mat saleh kata photobomb?? Haha no

Lepas dah siap check out, kami memandu untuk menuju ke tempat tourist attraction iaitu nama dia Noboribetsu Date Jidaimura. Adeh berbelit2 nak sebut.

Perjalanan dalam 20 minit dari tempat air panas tu. 




OK, tempat ni memang seperti yang nurin jangka. Sebab dalam Trip Advisor pun ada tulis, tempat ni macam a bit of tourist trap, harga untuk masuk pun mahal.

Bayangkan sorang adult kena bayar 2900 yen, iaitu dah nak dekat RM 120!! Padahal kalau tempat lain, harga entrance biasanya dalam 500 - 1000 yen je. Tapi ntah la Hubby nak masuk, kita layankan je la. Untuk kanak2 4 tahun hingga elementary school (tak tahu berapa tahun tu), harga dia 500 yen. 

Pastu yang nurin rasa ralat gila, dah la mahal sangat, lepas tu tak perasan rupanya kami ada kupon diskaun!! 

Daripada 2900 yen, dapat diskaun jadi 2500 yen

Kupon diskaun tu waktu sewa kereta, Nissan ada bagi booklet tu. Tapi dalam kepenatan malam sebelumnya kitorang tak tengok pun dan taktau pun benda tu kupon diskaun.

Kat depan booklet tu dia tulis road map, so mana la nak tau dalam tu ada kupon diskaun

Nurin nak kata theme park pun tak jugak. Kiranya macam perkampungan yang dia buat macam era2 zaman Jepun dahulu kala. Nak kata tempat dia besar sangat pun tak jugak, sebab jalan kaki dari depan sampai hujung kejap je.

Lepas tu untuk main game2 yang ditawarkan kat dalam tu, kena bayar lagi extra. Contohnya untuk main blow dart, kena bayar 500 yen (~RM 20).

Kami masuk pun kebanyakannya aktiviti ambik gambar dengan tengok persembahan diorang je. Ada 4 persembahan tapi tak dan nak tengok semua sebab ada timing dia yang jarak2 sampai ke lewat petang. 


Masa persembahan. Ada persembahan ninja indoor, ninja outdoor, cultural cam geisha, dan persembahan komedi 


Persembahan ninja ni.. ok lah. Ada aksi lompat2 dari atas dan ada aksi pedang2 bunyi cing2. Walaupun sepatah haram kami tak paham apa dia cakap.

Pada entrance setiap tempat persembahan, ada dia letak pamplet dalam pelbagai bahasa, iaitu sinopsis persembahan tu. Walaupun tak paham dialog, kiranya boleh la paham jalan cerita dia.

Lepas tu masa kat entrance, ada orang akan bagi sekeping kertas kecik kat setiap pengunjung. Mula2 nurin pelik gak eh ni untuk apa, untuk vote pelakon paling popular ke. 




Rupanya nurin dah salah faham. Salah paham English Language:

Kat bawah sinopsis tu dia ada tulis "Please wrap a tip in the white paper which you received at the entrance". Ohhh..so nurin ingatkan dah paham la apa kegunaan dia.

Nurin pun lipat hujung tepi kertas putih tu ("tip" tu nurin ingatkan maksud dia hujung)

Bila emcee tu nak mulakan persembahan, dia introduce kan diri, pastu cakap pasal kertas putih tu, dia pergi renyuk pulak kertas tu..aikk.. 

Ok fine. So nurin renyuk je la. Lepas tu dia kata bila dah habis persembahan baling kat atas pentas. OK baik. Paham..

"Adakah awak rasa kutipan derma kita harini akan lebih banyak dari semalam? Hait!"

Bila dah habis persembahan, banyak kertas di balingkan ke atas pentas. Fuyoo.. camne kertas orang tu kuat gila sampai naik atas pentas. Ni dah menentang kuasa fizik ni.

Kertas nurin baling pendek je dia jatuh. Nasib ler kami duduk baris agak hadapan dan depan takde orang. Kalau tak jatuh kertas atas orang.

Pastu Hubby tanya, you ada letak duit ke tak tu???

Krik krik....

Dia kata suruh lipat kertas je kan?

Rupanya "please wrap a tip" tu maksudnya masukkan duit (tip!) kat dalam kertas tu pastu baling ke atas pentas!!

Padan la semua kertas lain kuasa power terus naik atas pentas. Ingatkan tangan diorang baling kuat2.

Takpe la gitu. Babai. Nak masuk sini pun gila mahal..eheh..

Alamak malu la mak saya ni..

Rasanya antara tujuan utama nak masuk sini ialah sebab nak pakai baju samurai. Ada tempat untuk pakai costume kimono, samurai, bla bla.

Dengarnya agak mahal, tapi bila carik dalam internet, tak dapat harga yang tepat.

Bila cek kat sini, senarai harga lebih kurang camni:

- Pakai yukata: 2100 yen/adult
- Pakai baju kimono atau samurai: dalam 4500 yen/ adult
- Pakai baju yang lebih kompleks macam "furisode": dalam 5000 yen/adult

- Untuk budak, pakai baju ninja: 1050 yen/child
- Untuk budak, pakai kimono dalam 2000-3000 yen/child 

Tapi masalahnya kami nak satu family pakai, tapi rupanya hanya adult je yang boleh pakai baju keluar. Yang untuk budak, hanya boleh pakai baju ninja keluar dan jalan2. 

Kalau nak pakai kimono, hanya boleh ambik gambar kat backdrop diorang je. Rasanya sebab kimono tu agak labuh dan takut kotor atau rosak kot.

Honestly backdrop diorang buruk. Kredit kat blog INI sebab tunjuk gambar backdrop dia haha.




Jadi akhirnya kami pakaikan Aisyah baju ninja je. Jaadilaahhh...

Ninja sehari 

OK lah, tempat bergambar menarik. Ambik gambar dengan ninja dan geisha. Cuma tak sanggup nak belanja banyak begitu lagi bila rasa tak berbaloi.

OK bye.





1 comment:

  1. Kikiki.. Part yang tip tu comel.. Rupanya bubuh duit dalam kertas dan baling ke pentas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...