Label untuk Wayar Charger / Cords

23 October 2017
Masalah ni nurin rasa semua orang hadapi. Terlalu banyak wayar, taktau wayar yang mana untuk apa. Taktau mana yang perlu dibuang, mana yang kena simpan. Kadang2 ada wayar untuk mobile phone yang dah lamaa..dan dah rosak..

Dulu pernah kongsikan hasil pembelian labelmaker.



Labelmaker ni tak perlukan dakwat untuk berfungsi. Tapi dia ada segulung tape dalam cartridge yang kena tukar kalau dah habis. Hanya taipkan pada skrin dan labelmaker tu akan print apa yang kita nak. Bila dah siap, boleh bukak lapisan kat belakang untuk lekat kat mana kita nak. 

Bahagian belakang label tu ada belahan kat tengah2 , jadi senang nak bukak untuk reveal sticker dia

Nurin nak label wayar2 menggunakan label maker ni terutama sekali sebab stress charger tablet asyik hilang. Jarang guna tablet tu, tapi bila nak guna, bateri takde, charger pun ntah mana.

Oleh sebab kebanyakan wayar tu hakmilik Hubby, tanya dengan dia satu2, perlu ke tak wayar ni..boleh buang ke tak.. dengan harapan dia cakap 'boleh buang'. Haha. Mana2 yang tak buang tu nurin masukkan dalam ziplock bag kecik, dan masukkan semua dalam ziplock besar. Sebenarnya kalau nurin tak tanya tapi buang je semua, Hubby tak perasan pun rasanya.....hehe.

Nurin ada dilema sikit pasal benda label melabel ni. Kadang2 kau nampak dalam Pinterest sikit punya cantik tapi dari segi tahan lama ke tak, tu jadi persoalan.

Tambahan pulak sebab tekstur washi tape ni macam masking tape, tapi lagi lembut.

Macam contoh kalau setakat label dengan washi tape camni.. takut tak begitu tahan lama.

Tambah pulak macam nurin yang kerja mengangkut charger tiap2 hari pergi balik kerja, keluar masuk beg, beg penuh segala macam benda sebelum dapat tarik wayar charger dengan jayanya, bukan setakat label tu yang rosak, charger pun tak lama lagi terputus (insaf kejap..).

Setakat ni label charger yang haritu label dengan buruknya, memang dah sememeh habis.

Jadi benda yang penting bila nak label, selain dari cantik, ia mesti tahan lama.

Labelmaker ni ada option untuk buat label pada wayar. Dia boleh adjust alignment wording dia untuk jadikan label balut pada wayar. Kelemahan guna tape daripada label ni sahaja sebab kaler dia tak menarik. Tak macam washi tape banyak kaler2 dan corak2. 






Dalam stok ada 4 jenis labelmaker tape setakat ni. Harga satu tape ni dalam RM 30-40 lebih kalau tak silap. Ada beli kaler tape yang gold. Boleh guna label gold by itself, tapi washi tape lagi banyak variety and corak. 

Lagi 3 jenis, nurin ada jenis labelmaker tape yang kaler putih, kaler jernih (clear tape) dan jenis tape yang bukan ada pelekat, tapi jenis yang boleh iron atas baju. Jenis yang ni, tahan lama oo kalau basuh banyak kali pun tak tercabut. 




Nurin guna guna labelmaker tape + washi tape. Pastu tambah clear sellotape untuk bagi tahan lama.

Mula2 kita carik mana2 cardstock yang sesuai. Nurin cuba godek2 dalam my craft stash untuk carik cardstock yang tak terlalu keras tapi bukan nipis sangat macam kertas.




Pastu potong memanjang dan potong untuk buat base label. Lepas tu layer dengan washi tape, kebetulan card stock ni kaler purple sama dengan kaler washi tape tu. 

Kemudian layer dengan tape labelmaker pulak. Taip apa nak dgn labelmaker. Takpe kalau takde labelmaker tu, boleh je guna marker ke Sharpie ke untuk tulis sendiri atas washi tape tu. 


Dah collage kan gambar. Labelkan iphone4 yang lama. Dah retak tapi still function, saja nak label charger sebab takut hilang lagi. Dalam tu masih banyak gambar lagi belum transfer huhu.



Bila dah tampal tape labelmaker tu, kita layer dengan sellotape pulak (gambar no 4). Heh berapa banyak layer kau, hambik. Ni untuk bagi tahan lama dan tak kotor. Sebab washi tape ni macam masking tape, cepat je boleh kotor.

Trim tape yang lebihan bagi kemas.

Akhir sekali, balut je dekat wayar. Gam kan dengan gam UHU. Nurin taknak label tu gerak2 along the cord, jadi nurin gamkan habis semua sampai hujung. 



Finally.. sangat simple pun buat benda ni. Banyak online shop jual washi tape ni, ada yang mahal ada yang murah. Kat physical shop pun ada. Lepas ni, jangan ler ada orang ambik charger tablet lagi, jangan tercicir charger iphone lagi ok.. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...