Susun Atur dan Label Barang Pantry - Sistem yang Tak Menjadi, Kita Tukar Lagi..dan Lagi.. dan TEASER GIVEAWAY!

30 October 2017
Storage box untuk pantry kami sekarang


Nurin pasti semua orang akan alami fasa organizing yang tak jadi dan tak sesuai dengan lifestyle keluarga, pastu tukar dengan sistem lain, pastu tukar lagi. Tu tak masuk lagi perasaan kalau tengok sistem organizing dari overseas punya blogger. 

Contohnya,  clipboard dengan list pantry yang ada dan yang dah habis. Untuk lifestyle keluarga kami yang kerja sepenuh masa dan lebih efektif guna smartphone untuk rekod apa barang yang dah nak habis, clipboard method takkan jadi punya kat rumah nurin. Kau ingat ada masa nak isi? Pastu bila nak balik kerja nak pergi supermarket, list pulak tertinggal kat dalam dapur..hehe. Itu untuk keluarga kami lah. Lain keluarga, lain caranya.

Kalau pasal barang pantry, macam2 barang pantry ada dalam dapur masing2. Barang2 kering yang masih dalam peket, nurin ada kabinet khas untuk simpan semua stok. Setakat ni sistem ni menjadi dan senang untuk seluruh keluarga. Tak pernah tukar lagi sistem tu. Yang ni boleh jadi entri untuk lain kali.

Tapi kalau cakap barang2 yang dah bukak dari peket, dah beberapa kali jugak 'ber-eksperimen' dengan bekas storage yang sesuai. 

Mula2 dulu nurin guna bekas storage IKEA yang tutup biru untuk simpan cereal dengan barang kering macam biskut. Tapi lama2 dah tak minat dengan bekas tu.. sebab utama kerana ia tak kedap udara. (Dah tak jual dah rasanya bekas IKEA panjang tutup biru tu)

Jangan salah faham sebab I looove IKEA and its many products, tapi untuk bekas pantry tu, mungkin tak sesuai dengan lifestyle kami, tu je. Nurin percaya kalau simpan barang yang tak memerlukan kedap udara, ok je. 



Lepas tu nurin beralih kepada bekas bentuk bersegi, supaya lagi kemas bila disusun dan maksimakan penggunaan ruang. Nurin pergi Mr DIY oi.. beli berkotak2 bekas storage! RM 4-5 satu kot rasanya. Dalam 6-7 bekas jugak nurin beli. Tujuan nak letak barang2 kering yang dah keluar dari plastik macam susu tepung, milo, biskut, tepung etc


Label kat bekas tu tulis 'Air Tight' so tak kisah..bantai je try. Murah je punn..

Bekas purple dilabel dengan labelmaker

Orang tanya kenapa tak beli je brand Tupperware? Masa beli tu nurin muda lagi kot, 27 tahun agaknya. (sekarang pun muda lagi..eheheh). Masa tu tak rasa justify nak beli tupperware yang mahal benar.. I am sure orang yang beli tupperware tu, mungkin dia dah cuba dengan macam2 storage container tapi tak jumpa yang sesuai sampai beli Tupperware? 

No, bekas storage purple ni tak kedap udara sangat pun. Didnt work for us. 



Label pulak. Labelmaker yang nurin ada ni, sangat berguna sebenarnya (boleh baca post berkaitan produk dan buat label kat wayar / charger). Contohnya kalau nak iron label kat baju Aisyah, senang sangat dan tak tercabut walaupun dah berkali2 basuh. Ataupun untuk label yang benda yang tak selalu berganti.

Tak selalu berganti tu maksudnya bagi nurin, tak sesuai untuk stok makanan yang cepat habis. Tu untuk kami sekeluarga lah. Sebab apa? Dah banyak kali dah, contohnya bekas storage purple ni tulis Milo tapi dalam dia ada biskut...kehkeh. Kebiasaannya ada sesetengah barang tu bila dah habis stok, kami malas nak beli semula untuk replenish.

Contohnya Milo tu kira macam jarang jugak ada kat rumah ni, ikut la kalau ada sale dan terasa nak minum milo kita beli la haha. Jadi tak sesuai aa label guna labelmaker ni untuk sesetengah barang stok kami. 

Tapi kalau benda yang jarang habis macam rempah ke ataupun benda yang kalau takde memang tak masak ler gamaknya..yang tu make sense lah. 


Baru2 ni nurin browse lamaa kat Spotlight. Ada 50% sale untuk pantry storage jenama Decor. Brand dari Australia. Ada selection yang nurin minat, iaitu dari range Decor Tellfresh. Puas nurin belek tengok dia ada tulis airtight ke tak, tapi takde pun. Nurin google pun tak berapa membantu, takde jual kat Amazon jadi takde review yang membantu sangat.

Err..tapi range dia Tell-'FRESH'??? Mungkinkah ia betul2 kedap udara?? Hahaha..




So kenapa nurin minat pulak dengan range Decor ni? Pertama sekali, nurin memang dah rasa sangat nak tukar bekas purple tu, kepada warna yang lutsinar, bagi nampak fresh dan airy sikit pantry ni. Lepas tu, bekas purple tu agak besar la dari segi kelebaran dia, susah nak pegang dengan satu tangan memandangkan tangan nurin ni mungkin berada dalam kategori comel ..eheheh.. wekkk.. *sila muntah*

Even benda kecik camtu pun kisah jugak ke.. errr...krik2..

Ketiga, masalah label. Nurin berminat sebab bekas ni boleh label tapi label dia tak permanent. Ia boleh tulis dengan pensel atas label tu, boleh slotkan kat bekas dia, dan kalau nak tukar , boleh padam je dgn pemadam dan buat label baru.

Kalau ada yang minat, kita review lagi jelas pasal fungsi storage Decor Tellfresh ni. Kalau ada yang berminat la haha.

Handwritten. Tak cantik macam kalau ada proper font. Tapi untuk kegunaan dari segi yang ni, berguna untuk kami. Tambah lagi sebab boleh tulis kan tarikh luput terus kat label. Takde la nak kena gunting label ke, simpan somewhere ke.. 

Tambahan pulak, ada bekas yang besar, dia bagi percuma pantry scoop warna merah. Boleh tengok dalam gambar nurin tu. 

OK semalam nurin pergi lagi Spotlight nak tambah koleksi lagi, tapi tak sempat nak rembat apa2 sebab nak cepat. This is the vicious cycle, man.. Perangkap yang menjerat peminat2 Tupperware, atau sapa2 je yang ingin melengkapkan koleksi atau nak a certain2 'look'.

Belum dapat dipastikan lagi tahap kedap udara dia sebab belum cukup bekas untuk letak stok biskut. Nanti datang lagi.

OK lah.. ladies, share la sikit macam mana storage container kat pantry korang please.. apa sistem yang menjadi dan apa yang kurang menjadi untuk keluarga korang. 


PENGUMUMAN GIVEAWAY - TEASER..

Nurin nak anjurkan giveaway dalam masa terdekat ni.. hadiah barangan susun atur bernilai sejumlah RM 1500 untuk dimenangi. Winning chance is higher kalau share and spread the word.. lucky draw based.. stay tuned ok..


3 comments:

  1. Saya suka tgk org lain punya organizing style.. It do inspire me.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Sama la pemikiran kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...