3 Perkara Yang Orang Biasa Terlepas Pandang Bila Membeli Perabot Kayu

03 November 2017
Tips Membeli Perabot Kayu Berkualiti

Lepas siap projek langsir, misi cari coffee table pulak.

Kalau sesapa yang tengah atau pernah survey nak beli perabot untuk decor rumah, mesti benda biasa yang dipertimbangkan ialah... kaler dan style mesti sepadan dengan tema lah, cantik ke tak, tengok ira kayu ada cacat ke tak, bila tolak ada goyang2 ke tak hehe..sebab mula2 kami pun camtu jugak.

Tambah pulak bila nak jimat duit je, kita akan compromise kualiti.

Ingat masa kat kedai memang nampak cantiiik je, tapi kalau tak tahan lama, calar, melendut..membazir je.

Kebiasaanya kalau kualiti bagus, mesti harga pun mahal. Betul tu sebenarnya tapi tak semestinya oi... kalau rajin survey dan kalau nampak ada sale, harga perabot yang berkualiti boleh jadi hampir sama dengan harga perabot yang kurang berkualiti.

Sebab kitorang punya kes macam tu la..

Mungkin sebab perabot yang berkualiti tu, profit margin dia kurang manakala yang kurang berkualiti tu, harga dia overpriced!

Jadi, perabot kayu yang berkualiti tu macam mana nak nilai eh..??

1. Kena tengok apa cara manufacture perabot tu

Sebelum cerita panjang, background sikit. Pokok ni ada 2 jenis: hardwood dan softwood.

Senang nak tau, hardwood ni pokok yang berdaun, yang banyak dahan macam pokok hutan Malaysia lah.

Softwood pulak asal dari pokok conical. Pokok yang macam pine tree, ala yang tinggi dan tajam, atau yg macam X'mas tree tu.

Tapi jenis pokok ni tak begitu penting, tapi yang penting ialah jenis kayu.

Dalam erti kata lain, dengan kayu yang dia dapat dari pokok, macam mana cara pembuatan dia. 

Kebiasaannya, cara pembuatan kayu atau jenis kayu ada tiga:

- Solid wood
- Plywood
- MDF

Solidwood tu macam nama dia lah. Blok kayu terus daripada pokok. Potong pokok dan buat surface finish dan sebagainya. Kalau perabot tu besar, mungkin dia akan gam. Diameter pokok pun bukannya besar mana pun kan. Ada yang solid hardwood, atau solid softwood. Ikut la pokok mana asalnya.

Kalau tak pasti macam mana nak tau kualiti ke tak, yang paling senang sekali ialah untuk pilih perabot dari solid wood. Tapi solid wood ni mahal. 

Plywood pulak ialah pokok yang dia potong nipis, ketebalan lebih kurang 1/2 inci hingga 2 inci gitu. Lepas tu dia akan gam kan lapisan2 kayu tu jadi layer, ada yang 7 layer, 9 layer etc. 

Plywood


Mungkin kalau ada jenis perabot yang kualiti rendah, dia tak tutup bahagian tepi, boleh nampak layer2 tu macam kek lapis gitu. 

Oleh sebab dia lapiskan banyak2 dan cara dia lapis ialah dia akan silangkan ira kayu tu from one layer to another, struktur perabot tu akan jadi kuat. 

MDF (medium-density fibreboard) adalah material yang biasa kita jumpa dalam pembuatan perabot kan.. Cara pembuatan dia ialah habuk2 kayu daripada projek2 lain, kilang akan kumpulkan dan akan padatkan dengan pressure tinggi, temperature tinggi, dan campur gam serta chemical lain. 

Oleh sebab MDF ni adalah campuran habuk2 kayu je, maka harga dia tak mahal. 

MDF tak tahan air so hanya untuk kegunaan indoor je.

Dulu2 masa kecik, nurin pernah ingat rak buku yang bila letak banyak2 buku, rak kayu dia akan melendut. Lepas tu sebab banyak kali keluar masuk buku, bukannya buku nipis.. kamus la, ensiklopedia la (dulu macam2 buku ada, mana ada internet cam sekarang), kayu belakang (vertical) yang tutup dari atas sampai bawah tu akan tertolak keluar pastu lopong antara board belakang dengan rak horizontal..

Yang tu dari jenis MDF la.

MDF

Dari segi appearance, kayu MDF ni agak tak cantik sebab takde ira kayu. Dia tak nampak nilai asli kemasan kayu. More on that later.

Jadi... bila membeli perabot, benda yang kena tanya ialah apa jenis kayu dia. 

2. Kena tau apa kegunaan perabot tu untuk menilai nak beli kayu jenis apa

Maksud nurin kat sini ialah, yes memang solid wood yang paling bagus, tapi kena tengok jugak apa tujuan perabot tu dan adakah solid wood pilihan yang optimum. 

Sebab solid wood harga mahal.

Contohnya kalau nak guna kayu tu untuk buat wainscoting belah dinding atas, mungkin MDF dah memadai sebab dia tak terdedah pada air ataupun tak menampung berat. 

Ataupun macam cerita rak buku tu, mungkin kau nak beli material yang lebih kuat macam plywood.

Kalau perabot tu nak letak kat atas bilik budak, mungkin takyah beli kayu mahal2, berbanding kalau nak letak kat ruang tamu then mungkin nak belanja lebih sikit untuk beli kayu macam solidwood. 

Semua orang suka nilai estetik kayu yang ada ira yang cantik kan... Tambah pulak kalau ira dia smooth je takde pusaran kayu. 


Iklan jap.. giveaway soon.. check my blog soon

3. Kena tanya kalau perabot tu ada campuran macam2 jenis kayu

Kadang2 orang kedai akan cakap, oh meja ni hardwood. Dah la murah, jadi terus rasa nak beli. 

Tanya dia betul2.

Sebab banyak perabot dia buat macam ni tau. Kayu yang belah dalam tu ialah kayu contohnya MDF, tapi kat luar dia akan lapiskan dengan layer hardwood yang nipis sangat. Nipis dia mungkin macam ketebalan tikar getah, kalau kau pernah rasa tikar getah la kan.. Kot2 la tak pernah duduk kampung hehe.

Layer nipis ni dipanggil veneer. Dari pokok hardwood, dia akan slice nipis2 untuk dijadikan veneer.

Tujuannya sebab nak nampak macam perabot tu mahal la dari luar. Up la sikit nilai kecantikan perabot tu. OK je kalau beli perabot jenis macam tu yang mungkin mesra poket, tapi jangan expect sama macam solid wood la, sebab base material dia mungkin MDF. 

Ataupun base material dia mungkin hardwood, tapi hardwood yang harga lebih murah. Tapi veneer dia adalah hardwood dalam kategori mahal sikit, atau hardwood import ke..

Lagi satu contoh, untuk kurangkan kos, mungkin ada bahagian perabot tu yang dia pakai kayu jenis lain daripada yang base material. Contohnya bahagian yang tersorok macam bahagian rak buku yang atas sekali. 

Ataupun kaki meja, mungkin pakai solid wood untuk menampung berat, tapi bahagian table top pakai MDF. 

Masa kami beli coffee table haritu, kami tanya yang ni buat daripada apa, ada tak campur kayu lain.

Ah.. lagi satu kalau kau beli, cuba kuis sikit dengan kuku, ataupun tekan kuku dan gerakkan jari sikit. Jangan bagi salesperson nampak pulak. Cuba tengok betul2 ada kesan ke tak. Kalau ada, kemungkinan tak tahan calar. Bahaya tu lama2 duduk kat rumah lagi2 yang ada anak kecik dan perabot yang selalu guna.

Harap membantu sapa2 yang tengah nak carik furniture tuuu..

Coffee Table Kami

Kami survey tak banyak kedai pun, dalam 2 kedai yang besar, dan 3-4 kedai yang kecik2 area Rawang dengan Aeon Shah Alam. 

We ended up with 3 shortlisted candidate:


No prizes for guessing.. coffee table ni dari mana..hehe.

Kaki coffee table ni dari solidwood walnut (kayu hardwood import tu..). Dan table top dia dari fibreboard (MDF) dan dilapisi dengan veneer walnut untuk bagi nampak cantik gitu. 




Hubby suka yang meja nombor 2 ni, sebab dia suka design dia. 

Bila tanya material apa, dia kata 'compressed wood'. I take it as perhaps slightly better than MDF je. Kalau tak silap, cara pembuatan dia ialah wood chips yang dah tak guna, dia akan mampatkan. Eh please correct me if I am wrong. 

Lepas tu bahagian atas dia lapiskan dengan veneer rubberwood. Pokok getah. Buatan Malaysia :)

Kebetulan masa datang tu, dia ada promo 50% off yaww.. jadi harga dia mahal sikit je dari coffee table yang pertama tu. 


Nurin nak beli yang ni. Memang nurin suka design yang meja nombor 2 tu, tapi sebab meja yang ketiga ni dari solid rubberwood. OK it's not imported solidwood but it doesn't make any difference to me. 

Walaupun pada mulanya tak nak coffee table yang berat dan bulky, akhirnya kami beli jugak meja yang ni. Harga dia murah 50 ringgit daripada harga meja yang kedua tu. Pun ada 50% diskaun. 

Oh, kami beli coffee table tu kat Elk Desa, cawangan Aeon ShaH Alam. Free delivery ke rumah.

OK.. finally.. nak announce..

PENGUMUMAN GIVEAWAY - TEASER..


Nurin nak anjurkan giveaway dalam masa terdekat ni.. hadiah barangan susun atur bernilai sejumlah RM 1500 untuk dimenangi. Winning chance is higher kalau share and spread the word.. lucky draw based.. stay tuned ok..




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...