Betulkan Toilet Bowl Tersumbat

21 November 2017
Ada minggu lepas, pergi tengok homestay rupanya toilet bowl dia sumbat lagi. Bila flush, air naik sampai atas, tapi nasib baik dia turun..tapi turun pelan2.. Dah panik sebab ada orang nak masuk, camne nak cakap dengan orang tu. Takkan nak cakap oh sorry la harini handyman saya cuti, guna bilik air lagi satu la ek.

Waktu tu nurin sorang (takde husband). Nurin memang takde pengalaman baiki toilet tersumbat ni. Sebenarnya dalam beberapa bulan haritu, the same toilet memang dah pernah tersumbat. Panggil handyman condo tu tolong betulkan.

Dia kata tunggu kejap dia nak pegi kedai hardware. Pastu datang, masuk toilet, curah asid berasap2 asid dia, dalam 10 minit dah siap. Mintak RM 80!

Waktu tu rasa macam eh senangnya, pastu habis RM 80 hanya untuk curahkan asid.. errr...

So minggu lepas nurin pegi kedai hardware, tanya dia macam mana nak unclog toilet tersumbat. Kedai tu tunjuk asid ni. Megapro Industrial Drain Opener.



Make sure sebelum tuang, bagi air dalam toilet bowl tu jatuh dulu sampai bawah.. sama ada level air tu kat tahap biasa (bila belum tersumbat), ataupun kat level lagi rendah dari tu. Untuk pastikan asid ni berkesan nak attack kat drain gitu.

Pastu hati2 tuang asid tu dalam toilet bowl. Curah sikit2 jangan tuang terus semua, takut nanti terpercik. Sebolehnya pakai glove sebab asid tu sakit woi.. ada kena kat kaki nurin sikit. Mula2 rasa eh apa nii.. pastu rasa menyengat. Pastu tengok ada melepuh sikit. Tapi lepas tu dah ada ok la dalam beberapa minit dah ok. 

Tuang sikit2 dan tunggu reaction asid tu. Berasap2 kau.. habiskan satu botol.



Lepas tu pegi la buat benda lain.. tunggu dalam 15-20 minit gitu for the acid to take effect. Nurin tunggu dalam 15 minit je sebab nak cepat balik rumah sendiri. Kalau rasa sumbat lagi teruk (contohnya air lambaaaat nak turun), mungkin boleh tunggu lagi lama kot..haha.

Lepas dah yakin, boleh flush. Dan yang ni nurin nampak handyman tu buat. 

Ambik baldi, penuhkan dengan air. Pastu curah dalam 1-2 kali kat dalam toilet bowl. Bagi mechanical pressure gitu.

Kot2 la ada orang ada cara lain, sebab ni dah kali kedua kena unclog guna asid ni. Handyman tu cakap mungkin cara terakhir ialah kena bukak saluran drain, which is kena turun tingkat bawah daripada rumah nurin. Rumah condo kena mintak jiran bawah la masuk..huhu.

Tak sangka haritu bayar RM 80 untuk buat kerja senang ni. Asid ni harga RM 16 je. Lagipun handyman kat kondo tu memang cekik darah pun..uhhh.. 

______________________________________________________________

GIVEAWAY masih lagi berlangsung.. klik kat SINI



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...